Ramadhan

157 12 6
                                    

Senyumlah sahabat
Kerana yang kita nantikan
Telah hampir tiba
Membawa bersamanya
Rahmat dan berkat
Pahala berganda

Gembiralah sahabat
Kerana yang kita tunggu
Kini memunculkan dirinya
Sediakanlah diri kita
Menyambutnya dengan mulia

Sediakan tanganmu sahabat
Dengan sedekah
Dengan salam ukhwah
Hulurkan kegembiraan
Tepiskan permusuhan

Siapkan dirimu sahabat
Dengan senyum ramah
Dengan zikir dilidah
Kikiskan kata-kata nista
Ucapkan bait-bait bahagia

Ramadhan
Tamu yang dinantikan
Hari yang diraikan
Saat yang didambakan
Untuk menampal carik iman
Untuk memulih jiwa teralpa
Demi meraih cinta dariNYA


Red_aWan🍓
13/05/2016

Puisi KuWhere stories live. Discover now