Halus

14 0 0
                                    

Aku ingin melihat dia
Dia yang senyap tapi cekap
Dia yang diam tapi ligat.

Aku ingin lebih kenal dia
Yang sesukanya datang
Tapi hadirnya menyakiti
Sukar pula disuruh pergi.

Aku mahu lebih tahu tentangnya
Yang mara tanpa mengira apa
Membawa bahana dimana - mana.

Bukan aku saja yang mahu tahu
Dia
Engkau juga
Malah mereka!
Semua berusaha mengenalnya
Tentang dia yang misterius
Hadir yang tiba - tiba
Membisukan kata
Membutakan mata
Melumpuhkan indera
Melenyapkan segala daya
Mati. Putus nyawa.

Seputar alam dia berlari
Tanpa lelah dan berhenti
Mahu kemana lagi?

Tanpa berpaling
Dia pergi
Tapi bukan hilangkan diri
Malah semakin memangsai
Siapa saja yang terleka
Atau lupa
Atau yang tiada tahu apa
Ah! Siapa saja!
Dia tidak memilih bakalnya.

Kerana dia semua berjaga
Berhati - hati dan siaga.
Memperhati
Memperhalusi
Penyelesaian terus dicari!
Ancaman corona mesti diperangi!

*virus ini dikesan bermula di Wuhan, China, sebelum disedari merebak mendunia sekitar raya cina 2020 kerana dibawa warga sewaktu aktiviti melancong. Termasuk ke Malaysia. Virus ini kemudiannya disebut covid 19. Ekoran penularan yang begitu pantas, bermula 18hb mac 2020, perintah kawalan pergerakan dilaksanakan diseluruh negara untuk mengawalnya.

ReD_aWan🍓
Ahad, 29/03/2020
03:11am

Puisi KuWhere stories live. Discover now