Pilih Kasih

230 14 17
                                    

Hanya kerana aku diam
Kau pilih yang banyak berkata-kata
Bagaimana kau mahu menilaiku sedangkan kau tak endah akan hadirku?

Hanya kerana aku juga dikenali
Kau pilih mereka yang memilihmu saja
Kenapa tidak kau berkawan saja denganku tanpa memikir siapa mengatasi siapa?

Hanya kerana alun suaramu
Kau pilih mereka yang memuji-muji vokalmu usai kau berlagu
Tidakkah kau sedar aku tidak berkata apa-apa kerana aku berlaku jujur padamu?

Hanya kerana itu semua
Aku bukan antara yang kau gelar kawan sejati
Kenapa tidak kita berkawan, bersahabat
Tanpa ada iri dan dengki
Tanpa ada keinginan berlumba untuk berbangga
Tanpa ada pilih kasih dan prasangka...

Puisi KuWhere stories live. Discover now