Salam Syawal PKP

20 1 0
                                    

Takbir berlagu
Jiwa - jiwa tersedu

Tiada baju baru
Berkilau labuci, swarovski

Tiada samping songket
Songkok baldu berkilat

Apa adanya cukup sudah
Sempat membeli baru
Alhamdulillah!

Langsir, yang lama
Sarung kusyen juga lama

Biskut raya, sesempatnya
Bahan banyak yang tiada

Kampung tak dapat dijengah
Taulan tak dapat disinggah.

Musim PKP, keterbatasan segala
Kesihatan, keselamatan diutama
Asal sekeluarga, bersama.
Asal semua sejahtera...

#PKP masih berjalan, bermula 18/03/2020 tetapi sejak PKP fasa 4, kelonggaran diberi bersyarat (PKPB) demi untuk kelangsungan warga dan negara dari segi ekonomi dan sempena aidilfitri. Setakat ini, PKPB berterusan sehingga 09/06/2020.

Red_aWan🍓
Rabu, 27/05/2020
Syawal 4, 1441H
17:25pm

Puisi KuWhere stories live. Discover now