Pergi

12 1 0
                                    

Dia kata dia mahu pulang
Kampung laman melambai
Memanggil datang.
Dia kata dia mahu makan
Lauk - pauk kegemaran
Air tangan bonda kesayangan.
Dia kata dia rindu
Wajah bonda ditubir mata
Lama rasa tidak bersua.

Tanpa disangka tiada diduga
Dia pulang seperti dijanji
Tapi lewat satu hari.
Lauk - pauk sejuk di atas meja
Air tangan bonda tawar tak berasa
Rindu menumpuk makin terdera,
Kerana anakanda yang kembali
Hanya jasad, kaku, diam dan sepi.
Anaknya pulang tetapi pergi...



Innalillahi wainna ilaihirojiuun...🌷

Red_aWan🍓
14:44pm, Isnin
14/10/2019.

Puisi KuWhere stories live. Discover now