Rasa

93 8 5
                                    

Apabila memandang
Matamu bicara tanpa kata
Namun kerlingan
Dan renungan tajam
Bisa mengundang kata-kata nista
Maka zahirkan ucapan
Bukan sekadar lirik jelingan.

Apabila kau melihat
Tanpa kau mahu memerhati
Mungkin kau tersalah pandang
Atau tersalah tafsir
Maka perhatikanlah
Apa sebenarnya yang kau lihat
Atau apa sebenarnya mahu kau lihat
Sebelum kau mula mencerca
Atau berprasangka.

Apabila engkau bersenda
Kau fikir sekadar canda
Terlalu mengusik sehingga alpa
Barangkali ada hati terluka
Ada rasa yang berduka
Maka sebelum lisanmu didengar
Sebelum tulisanmu kau sebar
Timbangkanlah dengan akal.

Mata pena lebih tajam dari pedang
Lidah lebih tajam walau tak bertulang
Jangan dibangga
dengan tinggi rendah dudukmu
Atau lebih sedikit hartamu
Kalau sebaris ayat yang dilafaz
Sekadar kata-kata tiada bermakna
Sekadar garam menyimbah luka.


Red_aWan Rabu 10/08/2016

Puisi KuWhere stories live. Discover now