Asap api 2

17 0 0
                                    

Syukur kepadaNYA
Api itu padam jua
Disiram hujan mencurah

Meski terpadam bakarnya
Tunggul rentung bersisa
Memahat duka dalam rasa

Musnah keindahan
Musnah beribu hidupan
Hitam hangus mengganti hijauan

Tiada sudah langit keruh
Dek dakapan asap kelabu
Menyebar debu

Sunyi belantara, sendu
Tafakur kehilangan marga
Alam menyaksi, redha

Semoga pulih segala duka
Semoga kembali indah, flora
Semoga kembali meriah, fauna.
Insyaallah...


#dikhabarkan, menjelang Mac 2020, kebakaran hutan di NSW, Australia, pulih dek bantuan hujan lebat luar biasa yang turun mencurah - curah. Beribu haiwan mati dalam kebakaran yang membakar lebih kurang 10 bulan lamanya.

ReD_aWan🍓
Khamis, 28/05/2020
Syawal 4, 1441H
1:18am

Puisi KuWhere stories live. Discover now