Bab 8

3K 159 2
                                    

Farhan Narfis berlari memasuki bangunan yang terbakar kerana adiknya masih terperangkap di dalam bangunan itu.
Tiada sesiapa yang perasan Farhan memasuki ke dalam bangunan itu kerana keadaan persekitaran yang sesak dan kecemasan sebelum pasukan bomba datang membuatkan mereka sibuk dengan hal masing-masing.
"Adik! Adik!" Jerit Farhan memanggil adiknya.

"Abang! Abang! Uhuk..uhuk" suara itu kedengaran sayup-sayup di pendengaran Farhan.

"Adik bertahan sikit. Abang datang selamatkan adik."

Tiba-tiba, ada satu tiang jatuh di hadapan Farhan dan satu batu terjatuh di kepala Farhan. Farhan memegang kepalanya, darah mengalir dari kepala Farhan "Adik..." Farhan pengsan tidak sedarkan diri.
~~~
"Abang!!" Fatin terbangun dari tidur.
Dia menangis teresak-teresak. Kejadian 6 tahun lepas kini menghantui tidurnya.

"Fatin, kenapa ni?" Tanya Cikgu Suraya risau sambil memeluk Fatin. Fatin diam, hanya kedengaran esakan halus.
"Fatin, kenapa ni sayang?" Kata Cikgu Suraya sambil mengusap lembut kepala Fatin.

"Saya.. Mimpi... Abang... Saya.."
"Abang?"
Fatin menunjukkan gambar dia bersama abang kembarnya.
Cikgu Suraya melihat gambar itu dengan hairan. Ada 2 orang budak(seorang perempuan dan seorang lelaki) dan dalam lingkungan 5 atau 6 tahun. Muka mereka hampir sama macam kembar.

"Kenapa dengan abang kamu?" Kata Cikgu Suraya. Banyak persoalan yang muncul di fikiran cikgu Suraya. Keinginan untuk tahu membuak-buak.
Fatin menarik nafas dalam dan hembus perlahan-perlahan. Air mata dikesat.
'Kenapa macam berat sangat je nak cerita.' Monolog Cikgu Suraya.
Fatin berasa berat untuk menceritakan tentang abangnya sebenarnya tapi kesian dekat cikgu pula.

"Gambar dua orang kanak-kanak dalam ni ialah saya dan abang kembar saya...." Akhirnya Fatin menceritakan kepada cikgu Suraya.

"Abang saya hilang dalam satu kebakaran sewaktu kami berusia 10 tahun. Saya terperangkap didalam bangunan yang terbakar dan Abang cuba selamatkan saya tapi.... Entahlah. Saya pun tak pasti sebab saya pengsan hampir seminggu kerana terhidu banyak asap kebakaran. Tapi yang saya ingat sebelum saya pengsan dan diselamatkan oleh bomba, saya dengar abang menjerit memanggil saya. Bila saya sedar, saya tanya ibu bapa saya 'mana abang ?' dan mereka kata abang hilang sebab mayat abang tak dapat ditemui kat tempat kejadian. Tapi saya dapat rasakan abang saya masih hidup." Kata Fatin menahan sebak.

"Cikgu minta maaf sebab mengajukan soalan tentang abang kamu tadi. Tapi bagi cikgu, abang kamu seorang sangat berani sebab dalam usia 10 tahun, dia cuba menyelamat kamu semasa dalam kesusahan. Mesti dia sangat sayangkan kamu jadi kamu kena kuat semangat. Kalau abang kamu ada tengok kamu asyik menangis je, sedih dia. Cikgu doakan semoga tuhan menemukan kamu dengan abang kamu. Insha-allah." Kata Cikgu Suraya lembut.

Fatin tersenyum." Amin. Terima kasih cikgu sebab memberi semangat baru kepada saya." Kata Fatin dengan penuh bersemangat.

"Dah sekarang, kamu tidurlah dulu, Fatin. Sekarang baru pukul 4.30 pagi masih ada masa nak tidur sebelum waktu subuh."

"Okay, Cikgu. Good Night and sweet dream. Assalamualaikum." Kata Fatin sebelum melelapkan mata. Cikgu Suraya hanya tersenyum melihat kerenah Fatin.' Waalaikumussalam.' Monolog Cikgu Suraya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Melbourne, AUSTRALIA

Haris Amzah mengetuk pintu bilik kerja Tan Sri Zafri. Apabila mendengar perkataan 'masuk', Haris memulas tombol pintu itu dan masuk ke dalam bilik itu.

"Assalamualaikum daddy, kenapa daddy panggil Haris?"kata Haris sambil menutup pintu dan berjalan ke sofa yang Tan Sri Zafri duduk.

"Waalaikumussalam, daddy nak cakap sesuatu. Meh duduk sebelah daddy." Kata Tan Sri Zafri sambil menepuk ruang disebelahnya.' Macam serious je.' Monolog Haris.

"Daddy dah jumpa keluarga kandung Haris." Kata Tan Sri Zafri sambil menghulurkan fail berwarna biru.

"What! seriously.. " kata Haris terkejut.

"Yes and your real name is Farhan Narfis bin Zul Naim."

"Okay.. Thanks daddy for all of this. I can't wait to see my real family."

"Waktu Haris dekat Malaysia nanti. Daddy nak Haris selalulah call daddy. Walaupun Haris ni anak angkat daddy tapi daddy sayang Haris macam anak daddy sendiri." Kata Tan Sri Zafri sambil merenung mata biru Haris.

"Tapi Haris nak jumpa family ke nak jumpa kembar Haris dulu?" Tanya Tan Sri Zafri.

"Kembar?!" Tanya Haris terkejut

"Yes! Haris ada kembar nama dia Fatin Narfiqa dan dia sama sekolah asrama dengan Shahir."

"Who is Shahir?"

"Shahir is my niece. Dia pernah datang Australia two years ago."

"Ooo.. Anak Uncle Zahir ke?"

"Yes."

"Kalau macamtu Haris nak jumpa kembar Haris tapi Haris tak nak mengaku yang Haris ni kembar dia selagi ingatan Haris belum pulih and lepas kes kembar Haris setel baru Haris jumpa family Haris yang lain."

"Haris ada plan ke?"

"Ada. Daddy dekatlah sikit Haris nak bisik plan Haris."kata Haris berbisik. Tan Sri Zafri hanya menurut sahaja kerana ingin mendengar plan Haris. Perasaan ingin tahu membuak-buak.

Fatin Narfiqa ( Discontinued )Where stories live. Discover now