Fatin POV
"Morning,Fatin.." kata Abang Fis.
"Assalmualaikum, abang Fis.." perli aku.
"hihihi.. Waalaikumussalam, adikku Fatin.." jawab abang Fis sambil tersengih.
Kami semua sebenarnya tengah bersarapan dan macam biasalah aku paling last sebab aku suka sangat tidur lepas subuh. Walaupun orang kata tak baik lepas subuh tidur, nanti rezeki tak masuk. Tapi nak buat macammana kalau aku tak tidur lepas subuh nanti time tengahari dah pengsan atas katil.
"ehem... Ehem.. Ummi ada benda nak cakap." kata ummi secara tiba-tiba.
"cakap apa, ummi?" tanya Adik.
"Ummi dan abah dah berbincang kami nak Fatin bertunang.." kata Abah membuatkan aku tersedak bihun goreng. Abang Fis pantas menghulurkan air kepada ku. Setelah tekak dah lega.
"What?! Fatin tak nak bertunang!!" jerit aku.
"Alah... Bertunang aje. Nanti bila dah habis belajar baru kahwin.." pujuk ummi.
" I don't want to engage. This is very ridiculous.. Fatin ni baru 16years old tu pun tak termasuk birthday. Kalau masuk, Fatin ni masih 15tahun. Terlalu muda untuk semua ni. Lagipun Fatin tak nak sebab benda ni pelajaran Fatin terganggu. Fatin stress. Kata aku membantah.
" Ummi bukan apa. Ni semua untuk kebaikan kamu. Lagipun orang yang akan bertunang dengan kamu ni. Orang yang kamu dah kenal." kata ummi
"Siapa?" tanya aku dengan perasaan tanda tanya.
"Anak Auntie Fasha dan Uncle Syafieq.." kata ummi membuatkan aku terkejut. Jangan kata salah seorang dari dua manusia tu akan menjadi suami aku.
"Anak yang mana satu?"
"Syarul.."
Kali ni aku rasa dunia aku seolah-olah terhenti. Aku sangat terkejut. Aku memandang Abang Fis, dia hanya tersengih macam kerang busuk. Kenapa Abang Fis macam dah tahu je pasal ni. Aku segera menghabiskan makanan dalam pinggan aku dan aku membasuh pinggan. Aku hanya mengeluh dan...."Yelah.. Fatin setuju tapi dengan satu syarat." kata aku.
"Apa Syaratnya?"tanya Abah.
" Syaratnya dia kena menjadi imam dalam solat kita semua sebelum Fatin bertunang. Jap dia dtang bila dan pukul berapa?"tanya aku.
"Lusa, selepas Zohor."kata ummi.
"Kalau macam tu.. Suruh dia datang awal sikit. Fatin nak dia jadi imam solat zohor kita semua. Lepas sahaja solat jemaah baru Fatin bertunang dengan dia." kata aku dan berlalu pergi ke bilik aku.
~~~~~~~~~~~
Selepas Syarul menjadi imam solat zohor. Aku bersiap untuk memakai baju tunang yang berwarana biru cair. Aku sebenarnya terkejut mendengar suara Syarul ketika dia membaca doa Al- fatihah. Suaranya sungguh merdu membuatkan aku bertambah cair dengannya. Setelah selesai bersiap. Aku menuruni tangga dengan hati yang berdebar. Siapa kata time nikah je berdebar, time bertunang pun dah rasa jantung ni nak pecah. Aku duduk di atas pelamin kecil yang disponser oleh daddy angkat ku. Daddy angkatku ialah lelaki yang selamatkan Abang Fis. Dia kata dia nak ambil aku sebagai anak angkatnya so dengan ini dia yang akan sponser untuk majlis kahwin aku juga.
Selesai upacara menyarung cincin, aku sudah officially tunang Syarul. Aku memandang cincin yang berada di jari manisku ini. Aku rasa sungguh gembira dan berdebar kerana majlis nikah aku lepas Syarul ambil exam SPM. Walaupun, ummi kata lepas aku habis belajar tapi bakal mak mentua aku kata lepas Syarul amik SPM pula. Aku pulak jenis yang kalau ramai orang, aku jadi blur, malu dan baik tapi bila dengan keluarga aku sahaja aku jadi keras kepala. So aku terima jelah.
Aku keluar rumah dan ingin berborak dengan sepupu-sepupu aku tapi lain pula jadinya bila Syarul memanggil aku. Aku berjalan ke arahnya dan duduk di atas kerusi yang menghadapnya.
" Kenapa awak nak kahwin dengan saya?" pertanyaaan yang memang terlintas di otak aku sejak ummi bagitahu siapa yang akan bertunang dengan aku.
"sebab saya cintakan awak dan saya nak jaga awak." kata Syarul dengan tenang.
" sebab tu aje ke?"
"Saya rasa sedih bila awak sedih, saya rasa gembira bila awak gembira dan waktu yang Farhan bagitahu yang awak hampir kena tu. Saya rasa yang saya perlu pastikan awak sentiasa selamat."kata-kata Syarul membuatkan kau terharu tapi aku masih ingin menduga keikhlasan hatinya.
" Boleh percaya ke awak ni?" duga aku.
" Saya janji akan melindungi awak, Fatin. Saya akan pastikan yang awak takkan rasa sedih bila bersama dengan saya."
YOU ARE READING
Fatin Narfiqa ( Discontinued )
Ficção AdolescenteStart: 8 Februari 2016 Dari Mata turun ke Hati.. Dia, seorang gadis yang baik tetapi ganas. Dia berusia 16tahun dan pada tahun ini dia akan tinggal di asrama buat kali pertamanya. Dia mempunyai keunikan dia yang tersendiri iaitu bermata biru. Fatin...