Setiap kehidupan, pasti ada dugaan/masalah.
Setiap dugaan/masalah, pasti ada kebahagiaan/penyelesaian.
Itulah fitrah kehidupan...Fatin hanya mampu menangis. 'Ya Allah, kenapa kau bagi ujian yang berat buatku'
"Argh... Semua lelaki sama je. Kenapa aku ni bodoh sangat!! Kenapa aku boleh terima dia.." kata Fatin separuh menjerit. Nadirah dan Amiira cuba untuk menenangkannya."Fatin! Apa yang awak nampak tadi. Tu semua salah faham je."Jerit Syarul dari luar asrama perempuan. Pelajar lelaki tidak di benarkan masuk ke asrama perempuan kecuali ada kecemasan, begitu juga disebaliknya.
"Fatin, mana kau tahu yang dia tu curang. Kut-kut perempuan yang peluk Syarul tu saja nak bagi kau marah ke."kata Nadirah.
"Aku tak bodoh. Aku nampak dia senyum berborak dengan perempuan tu sebelum dia peluk perempuan tu." kata Fatin kuat.
"Aku rasa kau kena berbincang dengan dialah, Fatin. Cakap elok-elok. Korang tu tunang so kenalah ada kepercayaan antara satu sama lain." Nasihat Amiira.
"Argh.. Korang pun nak bela dia!!" marah Fatin.
"Kitaorang tak bela dia. Cuma takut kau salah bertindak, tu aje.." kata Nadirah sambil mengusap bahu Fatin. Kata-kata Nadirah membuatkan Fatin terdiam.
"Fatin... Kau jangan guna ego kau. Aku tahu kau cintakan dia. Kau kena buat keputusan secara rasional bukan secara terburu-buru. Aku dan yang lain-lain akan siasat perempuan tu."kata Amiira.
"Thanks.. Koranglah sahabat dunia akhirat aku." kata Fatin sambil memeluk Amiira dan Nadirah. Setelah beberapa minit.. Fatin meleraikan pelukan.
"Dah.. Pergi jumpa Syarul. Kesian dia tunggu kau kat bawah." kata Amiira.
"Okay.. Doakan terbaik untuk kitaorang."kata Fatin. Amiira dan Nadirah menggangukkan kepala. Fatin memakai inner tudung dan shawl.
~~~~~~~~~~
#flashback
"Agaknya.. Kenapa eh Syarul nak jumpa."tanya Fatin pada dirinya sendiri.
Fatin berjalan menuju ke kantin. Baru sebentar tadi dia terima whatsapp dari Syarul. Katanya nak jumpa.
Fatin rasa berdebar dan tidak sedap hati dalam masa yang sama.Farin terpandang susuk tubuh yang sangat dia kenali. Dia tersenyum tapi apabila terpandang seorang perempuan yang sedang berborak mesra dengan Syarul. Senyumannya mati. Apabila dia mendekati mereka. Perempuan itu memeluk Syarul.
"Syarul.." kata Fatin dan Syarul terkejut dengan kehadiran Fatin.
"Awak.." Kata Syarul apabila dia perasan mata Fatin berkaca. Fatin berlari dari situ.
Syarul melepaskan perempuan itu. Dia mengejar Fatin.#Endflashback
~~~~~~~~~~
Fatin menurun tangga dengan perlahan-lahan. Semua perempuan pandang Fatin dengan pandangan yang pelik.
Fatin berjalan ke arah Syarul dengan perlahan-lahan. Syarul merenung kedua -dua mata biru Fatin apabila Fatin memandang wajah Syarul. Fatin memandang ke arah lain. Fatin berhenti melangkah apabila jarak antara dia dan Syarul terlalu dekat. Fatin menyilangkan tangannya, dia tak sanggup memandang mata Syarul. Setelah beberapa minit mereka berdiam diri.
"Fatin, apa yang awak tengok tu semua bukan apa yang awak fikirkan. Dia cuma berborak dengan saya dan time dia nak pergi, kaki dia terseliuh. Lepastu dia terpeluk saya."kata Syarul jujur.
"Saya tak tahu nak cakap apa tapi.. Betul jugak apa yang Ira dan Nad cakap. Patutnya saya kena percayakan awak."
"So awak percayakan sayalah?"tanya Syarul berhati-hati.
Fatin menggangukkan kepala." Saya sepatutnya siasat dulu apa yang jadi. Bukan terus menghukum. So saya harap kita dapat buang yang keruh, ambik yang jernih."kata Fatin sambil menundukkan kepala.
"Tapi kalau saya tahu awak tipu saya. Siap awak!"kata aku dengan tegas.
"Saya takkan tipu awak. Tapi.... Comel betul bila awak marah.."kata-kata Syarul membuatkan pipi Fatin berona merah. Syarul tergelak apabila melihat Fatin malu.
"Awak ni!"kata Fatin dan terus berlalu pergi meninggalkan Syarul. Syarul berhenti gelak dan mengejar Fatin.
"Sorrylah awak..."pujuk Syarul. Fatin berhenti dan memandang Syarul. "Okay."
~~~~~~~~~
"Macammana diaorang boleh berbaik!! Aku tak kira, aku nak diaorang putus kalau tak aku terpaksa menggunakan kekerasan."kata seorang lelaki di hujung talian.
"Okay, boss.."
~~~~~~~~~
"Okay, kelas.. Pihak sekolah akan mengadakan perkhemahan 3hari2malam untuk tingkatan 4 dan 5 sahaja pada Jumaat minggu hadapan, hanya pelajar yang terpilih sahaja yang dapat menyertai. Setiap kelas yang terpilih, pihak sekolah hanya pilih 10 orang pelajar. Nama yang saya sebut sila keluar kelas." Pengumuman dari Cikgu Aiden membuatkan satu kelas berdebar.
"Arissa Kaisara, Sharifah Nur Aleesya, Muhd Syafieq, Fatin Narfiqa, Farhan Narfis, Syed Khairul Zafran, Nadirah Alisa, Amiira Kaira, Tengku Muzzar........"
Fatin, Farhan, Nadirah dan Amiira bersorak. Yeay!!Mereka dapat menyertai.
Mereka keluar dari kelas bersama-sama.
"Err.. Fatin dan Farhan, boleh tolong cikgu tak? " tanya Cikgu Aiden
"Boleh!" kata mereka serentak.
"Cikgu nak panggil pelajar Form 4 yang lain. Jadi cikgu nak kamu berdua panggil pelajar Form 5 boleh tak?"
"Boleh aje, cikgu.."ujar Farhan. Fatin hanya mengganguk.
"Nanti jumpa cikgu kat dewan Orkid." kata cikgu sambil menghulurkan kertas yang mengandungi nama-nama pelajar yang terpilih. Fatin mengambil kertas itu dan berlalu ke blok yang menempatkan budak form5 bersama Farhan .
~~~~~~~
Kelas pertama yang mereka tuju ialah kelas 5Libra (kelas Syarul).
"Assalamualaikum Cikgu Suraya, izinkan saya masuk."kata Fatin sambil mengetuk pintu kelas. Cikgu mengganguk. Fatin memberitahu tentang perkhemahan pada Cikgu Suraya. Cikgu Suraya membenarkan Fatin memanggil nama siapa yang bakal terlibat. Farhan pula hanya menunggu di luar kelas. Fatin memandang ke arah pelajar yang sedang khusyuk membuat latihan tapi ada sesetengah pelajar juga sedang memandangnya terutama Syarul.
"Assalamualaikum, saya akan mengumumkan 10 nama yang bakal menyertai perkhemahan 3hari 2malam pada hari Jumaat minggu depan. "kata-kata Fatin membuatkan satu kelas fokus padanya.
"Akiira Suhaimi, Kamelia Tasya, Tengku Syarul, Tengku Syazwan, Syed Aiman, Engku Elysha, Shahir Hazim, Sharifah Natasha...."
Apabila selesai menyebut nama-nama, Fatin meminta izin untuk beredar. Syarul, Tony, Elysha dan Farhan membahagikan kelas-kelas supaya dapat siapkan kerja ini dengan secepat yang mungkin.Dalam beberapa minit baru habis sesi memanggil nama-nama peserta yang menyertai. Ada 10 kelas setiap tingkatan tapi yang menyertai hanya 4 kelas.
Kami berkumpul di dewan Orkid. Cikgu memberi taklimat tentang perkhemahan. Kami kena bagi nombor telefon ibubapa atau penjaga untuk kebenaran menyertai.
Fatin teringat masa aku panggil budak form 5Libra. Dia perasan muka Syazwan dan Shahir seolah-olah menyimpan sesuatu. Fatin takut sekiranya sesuatu tidak diingini terjadi.
Secara tiba-tiba, Fatin terasa bahu kanannya di pegang. Fatin memandang sebelah, kelihatan Syarul sedang memandangnya dengan reaksi risau. "Awak okay?" tanya Syarul risau. Dari tadi Syarul perhati,wajah Fatin tiba-tiba kelihatan pucat dan Syarul rasa dia tahu sebab apa.
"Saya okay.."
"Awak risau pasal Syazwan dan Shahir ke?"
Fatin tertunduk, dia hanya mampu megeluh. "Entahlah.."
"Awak jangan risau selagi saya ada, saya akan lindungi awak. Awak tak perlu risau." kata -kata Syarul, sedikit sebanyak membuatkan hati Fatin lega.
YOU ARE READING
Fatin Narfiqa ( Discontinued )
Novela JuvenilStart: 8 Februari 2016 Dari Mata turun ke Hati.. Dia, seorang gadis yang baik tetapi ganas. Dia berusia 16tahun dan pada tahun ini dia akan tinggal di asrama buat kali pertamanya. Dia mempunyai keunikan dia yang tersendiri iaitu bermata biru. Fatin...