Bab 15

3.1K 167 5
                                    

Nadirah mendail nombor phone Puan Nurliza.
Nadirah tersenyum apabila talian disambungkan.

"Assalamualaikum, Makcik."

"Waalaikumussalam, ni siapa ye?"

"Saya Nadirah, makcik."

"Oh.. Nadirah. Kenapa kamu call makcik guna phone Fatin ni."

"Saya ada benda nak cakap kat makcik ni."

"Apadia?"

"Sebenarnya saya nak bagitahu makcik yang Fatin tengah demam panas ni. Tadi dia pengsan."

"Hah!! Fatin Pengsan!!"

"Iye, makcik. Tadi dia pengsan."

"Sekarang ni dia kat mana?"

"Dia dekat wad klinik sekolah."

"Okay, makcik datang sekarang! Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.." Nadirah menamatkan talian.

"Okay. Semua kena bersedia!!" kata Nadirah

"Okay!!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Assalamualikum. Boleh saya tahu mana anak saya di tempatkan?"tanya Puan Nurliza kepada seorang jururawat.

"Nama anak puan?"tanya jururawat itu.

"Fatin Narfiqa."

"Okay,puan. Mari ikut saya."kata jururawat sambil tersenyum penuh makna.

Dekat sekolah ni ada klinik. Klinik ni pula macam hospital. Ada dalam 20 wad dan klinik ni beroperasi selama 24 jam.

Setiba di hadapan wad yang menempatkan aku. Iaitu wad 9A.

"Nilah wadnya."kata jururawat itu.

"Okay. Terima kasih."

"Sama-sama. Kalau tak ada apa-apa. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum" kata Jururawat itu dan beredar dari situ setelah mengucap salam.

"Waalaikumussalam."

Puan Nurliza membuka pintu dan masuk. Ummi memandang aku dengan hati yang sayu.
Ummi berjalan perlahan mendekati aku.

"Assalamualaikum, Fatin. Ni ummi datang,"kata -kata ummi membuatkan aku tersedar dari tidur.

"Waalaikumussalam, ummi" kataku. Ummi memandang muka aku yang pucat. Dia menyentuh dahi aku.

"Aik! Tak panas pun." kata ummi membuatkan aku terdiam. Alamak dah kantoi!!
Aku hanya mempamerkan reaksi tenang.

"Fatin tipu ummi. Badan Fatin tak panas pun." kata ummi geram.

"Mana ada Fatin tipu. Uhuk uhuk."kataku dengan suara yang dibuat-buat sakit dan juga batuk tipu.

"Yelah tu.. Macamlah Ummi baru kenal Fatin semalam."

"Okaylah Fatin menyerah kalah."

"Haih.. Fatin ni. Buat ummi risau je. Nasib harini ummi cuti."

"Ummi cuti?"

"Ha'ah. Ummi cuti sebab penat. Minggu ni ummi kurang rehat. So ummi ingat nak rehat hari ni. Tapi Fatin pula buat hal. Penat ummi datang sini. Nasib tak jam tadi."

"Sorry..."kataku serba salah.

"Jadi Fatin boleh balik dengan ummilah." sambungku

"Yelah.. Dah alang-alang kat sini. Fatin balik dengan ummilah." kata ummi.

"Tapi penat ummi akan terbalas dengan sesuatu yang berharga."kata aku dengan senyuman yang penuh bermakna.

"Maksud Fatin?" kata ummi dengan kerutan di dahi.

"Just wait and see.."kata aku dengan penuh misteri.

Tuk tuk
Farhan memulas tombol pintu dan masuk.

"Assalamualaikum.."kata Farhan. Ummi terkejut memandang abang.

"Ummi. Fatin memperkenalkan ni Farhan Narfis bin Zul Naim iaitu anak ummi dan abang kembar Fatin. Abang. Ni Nurliza iaitu ummi kita." kata aku dengan penuh berdebar. Aku memandang ummi. Kelihatan mutiara jernih mengalir di pipi wanita itu.

"Ummi.."kata Farhan menahan sebak didada.

"Fis..."kata ummi dan terus memeluk abang. Abang membalas pelukan ummi.

"Akhirnya Allah makbulkan doa ummi. Rindunya ummi dekat kamu, Fis." kata ummi. Nama panggilan abang dalam keluarga ialah 'Fis'. Cuma aku sorang je yang tak panggil guna nama Fis.

"Mana kamu menghilang sebelum ni?"kata ummi sambil meleraikan pelukan.

"Nanti Fis cerita kat ummi. Kalau cerita sekarang sampai esok kita tak balik rumah." kata Farhan.

"Jom balik, ummi.. Tak sabar nak jumpa adik ni." kata aku teruja.

"Jom!"



Fatin Narfiqa ( Discontinued )Where stories live. Discover now