Fatin berjalan sambil menundukkan kepala supaya tiada sesiapa yang perasan Fatin menangis dan entah macam mana Fatin boleh tersadung.
Fatin memejamkan matanya. Tapi badan terasa diawangan. Fatin segera membuka matanya dan alangkah terkejutnya Syarul memaut pinggang Fatin supaya Fatin tidak terjatuh di atas lantai simen. Buat seketika Fatin terkaku apabila bertentang mata dengan Syarul."Piwett.. Uuuuu kalau nak ber romantik.. Buatlah kat tempat lain.." Kata seorang murid lelaki yang duduk di bangku berhampiran mereka. Bunyi itu membuatkan Fatin tersentak.
Fatin segera bangun menggunakan tongkatnya dan Syarul hanya melepaskan dan memerhatikan Fatin. Hatinya berdegup kencang. Fatin melihat sekeliling. Pipi Fatin terasa bahang kerana malu dengan apa yang berlaku tadi dan Syarul rasa nak tergelak melihat pipi putih Fatin berubah menjadi merah kemerahan seperti malu tapi dia tahan. Kalau dia gelak mesti Fatin bertambah malu, dah lah orang sekeliling asyik memandang dan mengusik mereka. Terdapat ramai murid melihat agenda tadi dan mengusik mereka tapi entah kenapa tiba-tiba Fatin rasa tak sedap hati. Biasanya sixth sense Fatin tak pernah tipu. Ni bukan sixth sense yang boleh nampak 'benda' tu tapi perasaan.
Tiba-tiba, ada seseorang menumbuk Syarul. Fatin terkejut melihat Syarul jatuh, Fatin segera meluru ke arah Syarul dan membantunya untuk bangun walaupun susah sebab dia guna tongkat tapi dia tetap cuba."Awak okey tak?" Fatin melihat ada lebam pada pipi Syarul. Fatin melihat orang yang menumbuk Syarul dan alangkah terkejutnya orang itu adalah Shahir. Fatin berasa bengang dengan tindakan tiba-tiba Shahir. Semua orang terkejut dengan apa yang terjadi. Makin lama, makin ramai yang berkumpul untuk tengok drama tak berbayar tu.
"Hoi!! Kau dah kenapa nak tumbuk Syarul? Dia ada masalah dengan kau ke?" Kata Fatin menjerit. Hati Fatin penuh dengan api kemarahan.
"Fatin.. Abang sayangkan Fatin. Abang nak Fatin balik..." Kata Shahir lembut berbaur merayu.
Fatin mengeluh perlahan." Kita dah tak ada apa. Aku harap kau tak kacau hidup aku dah. Aku datang sekolah untuk belajar bukan bercinta. Dulu mungkin aku datang sekolah untuk menghilangkan kedukaan tapi sekarang tak. Lupakan segalanya anggap aku tak pernah wujud dalam hidup kau sebelum ni." Kata Fatin tegas.
"Tak semudah itu, Fatin. Kita tak pernah cakap pun untuk putuskan hubungan kita lagi."
"Ooo.. So kau nak cakap? Okey! Kau dengar ni. Shahir Hazim bin Tan Sri Zahir, kita putus!! Dan aku nak orang sekeliling ni jadi saksi. Aku harap kau tak kacau aku dah lepas ni, if kau kacau juga. Taulah nasib kau." Kata Fatin sambil tersenyum sinis. Shahir berasa bengang dan sedih dengan kata-kata Fatin. Semua orang memandang sesama sendiri. Tak pernah dengar pun Fatin dengan Shahir bercinta.
"Awak ikut saya kejap." Bisik Fatin pada Syarul. Syarul hanya mengangguk. Fatin dan Syarul bangun dan ingin segera beredar dari situ.
"Aku akan dapatkan kau dengan cara apa pun sekali , Fatin!!" Kata Shahir menjerit. Kelihatan air mata jantannya mengalir di pipi. Fatin tidak menghiraukan kata-kata itu. Dia dan Syarul berjalan meninggalkan tempat itu.
Fatin hanya mampu menangis. Macam-macam masalah yang timbul membuatkan dirinya lemah. Lemah untuk harungi. Kalau ikutkan hati dia rasa nak pindah aje sekolah tapi kalau dia minta ummi dan abahnya untuk pindah sekolah pasti banyak soalan yang perlu dia jawab. Dia tak nak melibatkan keluarga dalam masalahnya. Pasti ummi dan abahnya risau.~~~~~~~~~~~~~~~~
Haris memberikan surat kepada Syahrif ketika Haris dalam perjalanan untuk ke tempat duduk yang di tetapkan oleh Cikgu Rahimah iaitu disebelah tempat duduk Fatin.
Syahrif membuka surat itu. Terdapat duit RM50 sekeping dan surat kecil.
Thanks bro. Ni duit upah kau.
Syahrif tersenyum.Sebenarnya soalan tadi plan Haris. Haris dan dia roommate, jadi bila Haris tahu dia dengan Syahrif akan jadi classmate. Terus Haris minta tolong. Syahrif tak nak upah tapi Haris ni beria-ria nak jugak kasi upah, Syahrif pun okey jelah. Orang tua-tua kata rezeki jangan di tolak. Hihihihi...
~~~~~~~~~~~~~~
"Ouch.. Sakitlah.. Tak apalah biar saya buat sendiri.. Awak buat ganas sangat.." Kata Syarul menahan kesakitan.
"Yelah.. Yelah.. Nah." Fatin menghulurkan sebungkus ais kepada Syarul.
Keadaan mereka sunyi buat beberapa
minit."Fatin.. Saya nak tanya sesuatu boleh tak?" Tanya Syarul lembut.
"Boleh tanyalah.."
"Apa hubungan awak dengan Shahir ?" Tanya Syarul berhati-hati, takut Fatin marah.
Fatin memandang langit. Hari ini cuaca tak beberapa panas." Kami dulu couple.." Kata Fatin perlahan tapi jelas di pendengaran Syarul.
"Macammana korang boleh break up?"
"Sebab Shahir dah bertunang." Kata Fatin tenang.
"Bertunang?" Kata Syarul terkejut tapi dalam nada perlahan. Walaupun perlahan tapi Fatin dapat mendengarnya.
"Masa mula-mula saya jumpa dia,time tu saya hampir membunuh diri dengan cuba terjun dari rooftop sekolah rendah. Dia secara tiba-tiba datang tarik saya dari belakang,menasihati saya dan menenangkan saya. Dia kata' tak guna nak salahkan diri sendiri, semua ni terjadi kerana qada'dan qadar'. Saya nak bunuh diri pun sebab saya dah tak tahan dah dengan hidup saya. Saya sunyi dan tertekan. Ummi dan abah saya asyik dengan kerja mereka. Saya kehilangan abang kembar saya. Abang dan kakak saya tak pernah pedulikan saya. Saya hanya ada Nad,Ira dan adik saya sahaja.
Disebabkan saya, abang kembar saya hilang.." Kata Fatin tenang sambil memberikan sekeping gambar kepada Syarul. Walaupun tenang, tak bermakna dia tak sedih cuma sejak-sejak akhir ni dia asyik menangis membuatkan dia rasa diri dia lemah. Jadi dia kena kuat untuk menghadapi dugaan.Syarul mengambil gambar tersebut.' Tak sangka aku yang si Fatin ni pun ada kembar.' Monolog Syarul. Tiba-tiba Syarul teringatkan sesuatu. Tak silap dia , Shahir pernah sebut girlfriend dia waktu Syarul tanya dia ada tak girlfriend. Untuk pengetahuan semua, Syarul ni jenis busybody sikit. Macam-macam soalan dia tanya,kadang-kadang soalan dia ni pelik. Syarul memerhati Fatin yang sibuk memandang langit. 'Cantiknya dia ni.. Mata biru lepastu sepet sikit, bulu mata lebat, kulit putih melepak, hidung pula tak berapa mancung tak berapa kembang dan bibir warna pink-pink tapi kalau tengok dari tepi nampak macam cina." Fatin macammana awak boleh dapat mata biru?"tanya Syarul sambil merenung mata biru Fatin.
"Keturunan"
"Keturunan?"
"Ye.. Keturunan. Saya dapat dari arwah nenek belah ayah."
"Ooo.. So maknanya nenek awak bukan orang melayulah."
"Ye.. Nenek saya kacukan cina-British tapi membesar dengan orang melayu."
"Ooo.. Padanlah kalau tengok dari tepi macam cina. Tapi bila tengok depan nampak melayu." Kata Syarul perlahan.
"Apedia? Saya tak dengar.."
"Tak ada apa.. Jomlah masuk kelas.."
"Jom."
YOU ARE READING
Fatin Narfiqa ( Discontinued )
Teen FictionStart: 8 Februari 2016 Dari Mata turun ke Hati.. Dia, seorang gadis yang baik tetapi ganas. Dia berusia 16tahun dan pada tahun ini dia akan tinggal di asrama buat kali pertamanya. Dia mempunyai keunikan dia yang tersendiri iaitu bermata biru. Fatin...