Bab 17

2.4K 120 2
                                    

Syarul P.O.V

Rasa-rasanya, Fatin datang tak? Hish apa aku ni. Patutnya aku tolong mummy dan daddy uruskan kenduri ni. Ni tak, aku sibuk tunggu Fatin. Tapi tadi aku dah whatsapp Farhan address rumah ni sebab dia minta. Kalau dia minta maksudnya dia datanglah kan.. Ha'ahlah kalau tak datang buat apa nak minta alamat rumah. Apasal bengap sangat aku hari ni.

"Bah!!!"

"Oh.. Fatin sayang.."kan dah keluar nama Fatin.

"Hah!! Siapa Fatin ni, Along?" Tanya Tengku Syahmil iaitu adik bongsu aku.

"Shush..." amaran aku sambil menekup mulutnya. Syahmil meronta minta di lepaskan.

"kalau along lepaskan, ucu tak boleh bagitahu sesiapa pasal latah along tadi." kata aku dan Syahmil mengganggukkan kepala.

"fuh.. Siapa Fatin ni,along?"tanya Syahmil, nak tahu jugak.

Baru aku nak bukak mulut,
"Liza!!" terdengar suara mummy jerit. Ni jeritan terkejut+teruja ni. Apakah yang terjadi?

"Along, kenapa mummy jerit tadi?" tanya Syahmil hairan.

"tak tahu.. Jom tengok" ajak aku.

"jom.."kata Syahmil. Kami mendekati mummy yang sedang memeluk seorang wanita yang macam pernah kulihat sambil menangis. Tapi dua orang yang diri disisi wanita ni pun macam kenal. Aku memerhati betul-betul dua orang tu. Eh?! Tu bukan ke Farhan dan Fatin. So maksudnya wanita tu mesti mak Fatin dan Farhan. Aku mengalihkan pandangan kepada daddy pula. Kelihatan daddy yang berdiri di sebelah mummy sedang bersalaman dan memeluk seorang pemuda. Okay, ni boleh buat aku rasa pelik. Kenapa gaya mummy dan daddy salam dan peluk mereka macam orang yang dah bertahun-tahun tak jumpa.

"Along, ucu tolong panggil angah dan acik kejap ke sini." pinta mummy secara tiba-tiba. Aku dan Syahmil menggangguk. Kami mencari adik beradik kami yang lain. Kelihatan Syazwan dan Syafique sedang bermain play station di dalam bilik permainan. Aku dan Syahmil hanya menggeleng kepala melihat telatah mereka berdua yang hanya tersengih sejak kami memasuki bilik permainan ni.

"Kalau mummy tahu ni, konfem kena bebel sepuluh hari sepuluh malam. "kata aku.

"Janganlah bagitahu mummy, along..."kata Syazwan dan Syafique serentak.
"dah lah.. Jom, mummy dah panggil kita semua.."kata aku memberitahu tujuan sebenar datang ke sini.

"Okay, jom.." ajak Syazwan. Kami berempat berjalan mendekati mummy dan daddy di ruang hadapan rumah. Entah kenapa, aku rasa berdebar dengan semua ni. Aku terpandang Fatin yang cantik berjubah biru. Aku memandang Syazwan di sebelah. Kelihatan dia tersenyum.

"Hah ni aku kenalkan dengan anak-anak aku. Yang ni anak aku yang sulung, Syarul. Ni pulak kedua, Syazwan. Mereka ni kembar lambat 15 minit. Yang ni ketiga, Syafique. Yang bongsu ni pulak, Syahmil. Semua beza setahun. "kata Tengku Fasha iaitu mummy aku sambil menunjukkan satu-satu anak-anaknya. Kami menyalam pemuda yang berdiri di sebelah Farhan. Aku rasa tu ayah Fatin dan Farhan. Aku baru perasan ada budak kecik menyorok di belakang Fatin. Aku memberikan senyuman manis pada budak kecil itu.

"Yang dua orang ni aku kenal."kata Puan Nurliza sambil menunjuk ke arah aku dan Syazwan.

"Ye ke?" kata mummy terkejut.

"Ha'ah.. Syarul nilah yang ajak aku ke sini. Kalau tak, mungkin kita masih tak berjumpa."kata Puan Nurliza untuk menerangkan situasi sebenar.

"Ooo.. Padanlah tiba-tiba datang kat rumah aku.."

"Ummi.. Ara nak pergi tandas." kata budak kecil yang menyorok di belakang Fatin tadi dah tukar tempat. Dia pergi menyorok di belakang Puan Nurliza iaitu umminya sambil menarik-narik kain jubah puan Nurliza.

"Biar Fatin teman adik gi tandas, mi..."kata Fatin yang ingin meneman adiknya.

"Biar saya tunjukkan." kata aku dan Syazwan serentak. Semua memandang kami pelik.

"Biar along yang tunjukkan." Arah daddy aku. Syazwan akur. Aku menunjukkan tandas kepada Fatin dan adiknya. Adik Fatin memasuki tandas. Hanya tinggal aku dan Fatin. Terasa suasana janggal antara kami. Kami hanya berdiam diri selama beberapa saat sebelum aku memulakan perbualan.

"Fatin, apa khabar?"

"Baik.. Syarul pulak?"

"Baik jugak.."

"Syarul, ada sesuatu benda yang saya nak bagitahu aw....."kata Fatin tapi tak sempat habis sebab adik Fatin, Farah dah keluar tandas.

"Nak bagitahu apa ye?" tanya aku.

"Tak ada apalah.. Lupakan.." kata Fatin membuatkan aku rasa ada sesuatu yang tak kena.

~~~~~~~~~~~~~~

Kenduri berjalan dengan lancar tapi hati aku ni rasa tak sedap aje.. Aku rasa macam Fatin ada sorokkan sesuatu.
Aku memandang Fatin yang dari tadi asyik termenung saje. aku mendekatinya dan duduk di sebelahnya.

"Fatin, awak ni ada masalah ke?" tanya aku prihatin. Fatin hanya mendiamkan diri.

"Kalau awak ada masalah, ceritalah dekat saya. Mana tahu saya boleh tolong?" kata aku.

"Syarul, boleh tak awak panggilkan Amiira, Nadirah, kak Ellysha, Farhan dan Tony sekali? Saya perlukan awak dan mereka. Saya nak ceritakan sesuatu. Jumpa saya dekat pondok garden rumah awak."kata Fatin dan berlalu pergi.

Aku mengikut permintaannya. Kami semua berkumpul di pondok garden rumah aku. Sewaktu kami semua sampai, Fatin menangis memeluk Amiira. Kami semua risau dengan keadaannya.

"Kenapa ni, Fatin?" tanya Amiira. Fatin meleraikan pelukan dan memandang Farhan seolah mengharapkan Farhan membuat sesuatu.

"Sebenarnya, ada sesuatu yang terjadi dekat Fatin jumaat lalu.." kata Farhan membuatkan kami bertambah risau.

"Apa yang terjadi?" tanya Ellysha.

"Fatin hampir dirogol oleh Shahir.."kata Farhan membuatkan kami terkejut. Ellysha, Nadirah dan Amiira memeluk Fatin dan memberi kata-kata semangat. Kalau ikutkan hati nak aje aku memeluk Fatin dan menenangkannya tapi aku sedar aku dan Fatin belum halal lagi.

"Apa yang sebenarnya yang terjadi ni, Farhan? Cuba cerita." kata Tony.

"Sewaktu kami menjaga cawangan restoran mak ayah kami di Kuala Lumpur. Shahir dan rakan-rakannya singgah makan. Fatin pula terserempak dengan Shahir dekat tandas. Tak jangka pula Shahir boleh tolak Fatin ke dalam tandas dan dia mengunci pintu dari dalam. Dia hampir mencium bibir Fatin tapi Fatin sempat mengelak dan dapat membuka pintu. Kebetulan aku juga ingin ke tandas dan nampak Fatin hampir di peluk Shahir di depan tandas. Aku apalagi tarik Shahir dan tumbuk perut dia. Lepas tu, aku halau dan bagi amaran kalau dia berani kacau dan dekat dengan Fatin. Aku akan buat maruah keluarga dia dan dia tercemar. Lagipun depan tandas ada cctv so aku boleh jadikan bukti report polis." cerita Farhan panjang lebar.

"Kenapa tak report je.."kata Nadirah.

"Memang nak report tapi Fatin kata dia nak bagitahu korang dulu dan suruh teman dia buat report esok."kata Farhan.

"Okay, boleh." kata Tony dan Syarul serentak.

" Untuk adik angkat kesayangan aku boleh aje.." kata Tony membuatkan Fatin tersenyum.

"kitaorang pun boleh."kata Nadirah bagi pihak dia dan Amiira.

"Aku pun okay." kata Ellysha.

"Thanks korang. Koranglah sahabat dunia dan akhirat." kata Fatin dengan suara serak-serak basah. Yang perempuan semua berpelukan manakala lelaki hanya tersenyum. Aku akan jaga kau sampai bila-bila, Fatin.

Fatin Narfiqa ( Discontinued )Where stories live. Discover now