Bab 26

1.7K 86 23
                                    

Alif merenung ke arah aku. Membuatkan aku rimas. Sekarang ni pertandingan memasak. Semua ahli kumpulan aku tengah sibuk mendengar arahan aku sebab dalam game ni aku jadi ketua. Macam mana aku boleh jadi ketua? Sebab aku seorang je reti masak dan aku anak tauke restoran. Tapi aku serious tak boleh fokus sebab Alif lah.

"Akif, apa yang kau buat ni?!" kedengaran Zafril separuh menjerit membuatkan aku terkejut.
Segera aku pergi kearah mereka. Aku ternganga bila tengok ikan dah hancur. Akif tersengih.

"Aku dah cakap! Jangan acah pandai! Ni apa dah jadi ni! Ya allah! Hancur dah ikan ni!" kata aku geram.
Tadi aku nak buat, dia ni sindir aku kata ' Hek eleh senang giler kerja kau!'
aku katalah 'kau buatlah kata senang sangat.'
Akif tersenyum sinis 'okay! Aku terima cabaran kau!'
aku pulak tersenyum sinis 'Jangan acah je..'

Sekarang aku tengok ikan tu dah hancur macam tuna sandwich dalam tin.
" Kau patut bersyukur sebab aku suruh kau perah buah bukan siang ikan!." bebel aku sambil mengambil ikan baru dari Abang Khai.

"Akif! Aku nak Kau watch and learn cara nak siang ikan!" aku menyiang ikan itu. Aku sebenarnya nak masa steam dengan pucuk paku resepi arwah nenek aku belah ayah. Favourite Abang Fis dulu.
Aku ingat lagi arwah suka masakkan makanan kegemaran aku dan Abang Fis. Teringat pula memori waktu dengan arwah. Aku berasa sebak tiba-tiba. Arwah nenek meninggal setahun selepas Abang Fis hilang sebab terlalu rindukan Abang Fis. Yelah dia yang jaga kami sejak kecil lagi.
Semua perkara yang tak dijangka selalu berlaku dalam hidup aku selepas Abang Fis hilang. Seorang demi seorang meninggalkan aku.

"Wei.. Fatin, kenapa mata kau merah?" Pertanyaan Akif menyentakkan aku.

"Mana ada." Aku segera menafikan. Padahal sedikit je lagi empangan air mata akan pecah.

"Macam aku baru kenal kau semalam, Fatin. Padahal dah 2 tahun dah, Fatin.. Ni mesti rindu arwah nenek kau.. Tak pun arwah Far... Far.. Apa eh nama dia..... Hmm... Hah! Arwah Farhah Camalia!" kata Akif kuat.

Bum!
Kedengaran bunyi kuali jatuh. Semua orang pandang ke arah benda tu jatuh.
Hampir gugur jantung aku bila tengok orang terjatuhkan kuali. Syazwan..

Syazwan berjalan ke arah Akif. Dia menarik kolar t-shirt Akif membuatkan aku berhenti menyiang ikan.

"Tadi kau sebut nama sapa?" kata Syazwan tegas dan kuat. Abang Khai, Abang Joe dan Abang Alif cuba untuk meleraikan dan tenangkan Syazwan dan Akif. Tapi sempat aku halang.

"Ni kerja saya sebagai ketua.Abang-abang, jangan masuk campur." kata aku tegas. Aku rasa sudah tiba masanya aku terus terang pada Syazwan.

"Tapi Fatin.." kata Abang Khai.

"Tak apa, bang.. Serahkan pada saya."
Aku menarik belakang baju Syazwan kuat membuatkan dia terkejut dan jatuh.

"Kau nak tahukan sapa orang yang dia sebutkan?" kata aku membuatkan semua berkerut kecuali orang yang kenal aku dan tahu rahsia aku. Syazwan pandang aku dengan penuh tanda tanya. Dia diam.

" Hoi bodoh! Aku tanya kau nak tahukan sapa orang yang Akif sebut?!" kata aku seolah-olah sudah naik gila. Syazwan pandang kedalam mataku. Aku berlari pergi ke dalam khemah ingin mengambil gambar Arwah Farhah. Semua pelik dengan tindakan aku.

Dalam 2 minit, aku datang dengan kotak yang mengandungi gambar-gambar kenangan dan juga satu kotak yang diamanahkan oleh arwah. Dua kotak nilah aku akan bawa ke mana-mana. Aku jaga kotak ni macam nyawa aku sendiri.
Aku melemparkan kotak surat itu pada muka Syazwan.
"Farhah Camalia binti Abdullah Anderson.. " Syazwan hanya menunduk sambil memeluk kotak itu. Dia seolah-olah kehilangan kata-kata.

"Aku nak korang sambung buat kerja. Jangan sibuk hal kami. Abang Khai, saya minta izin untuk bawa Syazwan ke tempat lain. Saya janji akan datang balik dan sambung kerja saya." kata aku sambil menarik hujung baju lengan Syazwan. Aku ingin beredar dari situ.

Fatin Narfiqa ( Discontinued )Where stories live. Discover now