"Fatin.."kata Shahir terkejut.
"Abang Shahir.."kata Fatin perlahan dan menahan dari menitiskan air mata.Syarul menoleh melihat Fatin dan alangkah terkejutnya dia. 'Macammana aku boleh tak perasaan yang dia ni Fatin.'sempat Syarul bermonolog. Syarul membantu Fatin bangun kerana Fatin hampir terjatuh duduk.
"Hmm.. Can you guys leave us alone?"tanya Shahir pada Syarul dan Tony. Mereka hanya mengangukkan kepala dan beredar dari situ.
"Fatin, I think we should sit there and talk about us."kata Shahir setelah melihat Fatin mendiamkan diri. Fatin hanya menurut sahaja. Mereka duduk di atas bangku bawah pokok.
"Apa yang abang nak bincang dengan Fatin. Don't waste my time."kata Fatin tegas.
"Fatin, I really miss you.. Do you miss me?"tanya Shahir dengan lembut.
"Abang, please do not pretend that tak ada benda yang berlaku antara kita. Abang, Fatin tunggu abang like one year and a half but abang boleh buat macam tak ada apa. Abang, ingat Fatin ni apa hah? Fatin tunggu abang setiap hari, tunggu call and whatsapp dari abang. Fatin call tak jawab, Fatin whatsapp tak reply. Abang anggap Fatin ni macam tak wujud je.." kata Fatin mengalirkan air mata yang tak dapat dibendung lagi. Fatin memandang ke arah tempat lain. Tak sanggup dia melihat lelaki yang dia pernah cinta dahulu.
"Fatin salah faham ni. Tak ada sehari pun abang lupakan Fatin. Mama dan papa abang yang tukar nombor telefon abang sebab mereka tahu abang masih call Fatin malam tu."kata Shahir jujur. Tak sanggup dia melihat Fatin menangis.
"Tipu!! Fatin pernah nampak abang bagi bunga dan peluk Sasya kat depan sekolah dulu."
"Fatin sayang.. Apa yang Fatin tengok tu semua salah faham.. Abang datang sekolah senyap-senyap sebab nak jumpa Fatin. Tapi si Sasya tu tiba-tiba datang, ambil bunga yang abang nak bagi kat Fatin dan peluk abang tiba-tiba. Abang tak pernah lupakan Fatin. Betul!! Abang berani bersumpah." Kata Shahir. Mengangkat tangan kanan tanda bersumpah.
"Dahlah abang.. Tak perlu bersumpah, nanti boleh makan diri sendiri. Sasya tu tunang abang dari kecil dan lepas abang dah dapat result SPM nanti abang akan berkahwin dengan dia." Kata Fatin lemah. Dia masih ingat kata hina ,cacian dan macam-macam lagilah yang keluar dari mulut mak Shahir, semuanya kata pedas tak ada satu pun yang menyedapkan hati. Fatin sudah lama lupakan Shahir kerana dia faham cinta mereka hanyalah cinta monyet.
Ala cinta kanak-kanak ribena. Fatin bercinta dengan Shahir ,sejak Fatin darjah5 dan Shahir pula darjah6. Bila Fatin tingkatan2 dan Shahir pula tingkatan3, Shahir dipindahkan sekolah disebabkan ibu bapa Shahir tahu yang Fatin dan Shahir bercinta.
(*haih.. Apasal complicated sangat cerita ni..)** sorry..abaikan"Kita pertahankanlah cinta kita. Kita tunjukkan kat mama dan papa abang. Yang mereka salah tentang kita."
"Abang tak ada guna kalau abang membantah cakap mereka. Cinta kita hanyalah cinta monyet. Fatin dah lama lupakan abang. Tak ada guna kita nak pertahankan kalau hati ini sudah lama melupakan kisah lalu. Dahlah.. Sampai disini sahaja.Fatin nak minta diri dulu. Assalamualaikum" kata Fatin sambil berlalu meninggalkan Shahir sendirian. Shahir terkedu mendengar kata Fatin. Dia tak sangka Fatin sudah berubah menjadi lebih matang. Akhirnya, Shahir mengalirkan air mata jantannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[#flashback]
Fatin sedang berjalan menuju ke kelas selepas membantu cikgu mengangkat barang. Tiba-tiba..
"Assalamualaikum, nak.. Boleh pakcik tahu kelas seorang murid perempuan yang bernama Fatin Narfiqa." Tanya Tan sri Zahir kepada Fatin sopan. Fatin memandang pemuda itu dengan penuh hairan. 'Eh.. Biar betul pakcik ni nak jumpa aku. Siapalah pakcik ni?'monolog Fatin. Tetapi kelihatan Ada seorang wanita disebelahnya , seperti sedang menahan amarah."Ye saya, nama saya Fatin Narfiqa. Boleh saya tahu kenapa pakcik cari saya?" Kata Fatin dengan lembut.
"So kaulah yang bercinta dengan anak aku. Hei.. Jangan harap aku akan terima kau. Keluarga kau tak setaraf dengan keluarga aku. Dasar budak tak tahu malu. Budak hingusan tak sedar diri yang dia tuh miskin ada hati nak bercinta dengan anak aku . Lagipun anak aku dah lama bertunang jadi jangan kacau dia lagi!! Lepas sahaja ambil result SPM, dia akan bernikah." Kata Puan sri Shafiqah meninggikan suaranya. Orang yang berada di sekeliling hanya memerhati. Drama free, siapa tak nak tengok.
"Dah bertunang?.." Kata Fatin perlahan sambil mengalirkan mata. Dia terkejut dengan apa yang dikatakan oleh mak Shahir. Tan sri Zahir hanya menjadi pemerhati antara mereka. Dia rasa kesian pada Fatin. Dah lah dekat kawasan sekolah lepastu dimarahi oleh isterinya teruk.
"Ha'ah.. Anak ak~" Tak sempat Puan Sri Shafiqah menjawab habis. Didatangi seorang gadis berambut perang.
"Hai ,mama.." Kata seorang gadis itu."Hai, Sasya. 'Bakal menantu' mama."kata Puan Sri Shafiqah dengan mesra dan sengaja di tekankan 'bakal menantu'. Fatin hanya diam seribu bahasa. 'Kenapa Abang tak bagitau Fatin? Abang dah bertunang. Sampai hati abang..'monolog Fatin. Hati Fatin sangat sakit. Fatin rasa tertipu. Fatin ingin segera beredar. Tiba-tiba dia terasa seperti seseorang sedang mengengam tangannya erat. Fatin menoleh mahu melihat gerangan yang mengengam tangannya. Alangkah terkejutnya dia, orang yang mengengam tangannya ialah Shahir. Shahir sedang merenung mata biru Fatin seolah-olah memberi kekuatan pada Fatin. Sasya dan Puan sri Shafiqah tergamam melihat mereka berdua.
" Mama buat apa kat sini?"kata Shahir dengan perasaan amarah tapi masih mampu di tahan. Yelah, syurga ditelapak kaki ibu.
"Mama nak jumpa tunang Shahlah. Atau bakal menantu kesayangan mama"
"Alah macam tak boleh jumpa kat tempat lain. Kenapa mesti sekolah?"
"Salah ke? Lagipun mama teringin jugak jumpa dengan Fatin atau lebih dikenali sebagai budak tak sedar diri yang dia tu orang miskin." Air mata Fatin makin mengalir dengan deras.
"Mama cukuplah hina dia. Yang penting ibu bapa Fatin masih mampu menyara mereka. Fatin ialah gadis yang unik, menarik dan cantik, tak macam orang lain fake terus. Lagi-lagi macam si Sasya tak habis-habis berlakon baik konon depan mama padahal belakang mama, kutuk ." Kata Shahir mempertahankan diri Fatin.
"Mama.. Tengok Shah,ma.." Kata Sasya dengan tak puas hati.
"Shahir!! Cakap baik-baik eh.. Sasya baik bukan macam budak tu.. Tak sedar diri! Dia cuma nakkan harta kita je. Dia guna-gunakan Shahir je." Kata Puan Sri Shafiqah dengan sinis. Fatin berasa geram apabila diperkatakan begitu.
"Assalamualaikum,Puan sri.. Walaupun saya miskin tapi tak bermakna saya nak kikis harta puan sri. Saya ada maruah dan harga diri. Saya sayangkan keluarga saya dan saya nak tak hampakan mereka. Tapi Saya cintakan Shahir dengan ikhlas. Saya harap Puan sri faham tentang perasaan kami. Dah sampai disini sahaja. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Kata Fatin berlalu dari situ. Shahir ingin mengejarnya tapi Sasya menarik lengan Shahir. Shahir segera menepis.[#endflashback]
"Assalamualaikum, Fatin" kata Amiira dan Nadirah secara tiba-tiba. Fatin terkejut.
"Waalaikumussalam,hah dah kenapa?" Kata Fatin hairan.
"Tak ada apa! " kata Amiira dan Nadirah serentak sambil tersengih macam kerang busuk.
YOU ARE READING
Fatin Narfiqa ( Discontinued )
Ficção AdolescenteStart: 8 Februari 2016 Dari Mata turun ke Hati.. Dia, seorang gadis yang baik tetapi ganas. Dia berusia 16tahun dan pada tahun ini dia akan tinggal di asrama buat kali pertamanya. Dia mempunyai keunikan dia yang tersendiri iaitu bermata biru. Fatin...