Bab 28

171 4 0
                                    

Alhamdulillah.. Kumpulan aku mendapat tempat kedua dalam talent time. Sebab kumpulan pertama ialah kumpulan Tony iaitu kumpulan ungu. Mereka semua satu kumpulan berlakon agenda sebabak yang agak sedih dan diselitkan puisi yang korang dengar boleh basah baju dek air mata.

Malam itu kami semua dibenarkan balik ke khemah dalam pukul 10.30 malam. Tapi entahlah aku rasa tak mengantuk langsung. Jadi aku duduk di atas satu batu yang agak besar di tepi air terjun seorang diri. Aku memeluk kedua-dua lutut aku. Kawan-kawan aku semua sudah tidur di dalam khemah.

Aku memakai headphone dan memainkan lagu daripada iPhone.

Sedang khusyuk menghayati setiap bait-bait perkataan yang ada dalam lagu. Ada tangan yang sedang menhinggap di pinggang aku. Aku terkejut dan terus berdiri. Headphone aku dah terpelanting dan iPhone aku masukkan ke dalam poket seluar.
Orang yang berdiri di belakang aku sambil tersenyum nakal ialah.....

Abang Rul

Terkaku aku memandangnya. Dia hanya memakai seluar pendek paras atas lutut tanpa baju. Dia cuba untuk memegang tangan aku tapi aku sempat menepisnya. Dah lama aku tak belasah orang ni.
Dia ingin memeluk aku tapi aku menumbuk perutnya kuat. Aku boleh bau alkohol dari badan dia. Sah dia tengah mabuk. Dia tersungkur atas batu dan dia cuba untuk bangun.

"Aaa!!" Ada seorang perempuan menjerit.

"Pergi panggil Abang Syarul dengan abang fessi yang lain!" Jerit aku kuat memberi arahan mepada dia.
Perempuan itu lari ke arah tapak perkhemahan.

"Uuu.. Ganas I like." Kata Abang Rul setelah dapat berdiri dengan betul. Dia menampar aku kuat. Aku hampir terjatuh tapi aku dapat mengimbangkan diri. Bibir aku pecah. Aku mengesat darah itu.

"Tak guna!" Kata aku sambil menyepak kangkang dia. Mandullah kau.

"Argh!!" Dia menumbuk aku sehingga aku terjatuh dan kepala aku terhentak kuat atas batu. Aku tak menghiraukan darah yang mengalir dalam tudung aku. Dengan segala kudrat yang aku ada. Aku bangun dan terus menyepak muka dia kuat sehingga dia terjatuh ke dalam sungai. Kepala aku terasa pening. Aku tidak dapat mengimbangkan diri lagi. Aku terjatuh tapi sempat disambut oleh orang lain yang aku tak pasti siapa.

"Fatin!"
"Fatin!"

Dia membaringkan aku dan pehanya menjadi alas kepalaku.
Selepas itu, aku rasa dunia aku gelap...

~~~~~~~~~~

Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Aku di mana ni? Hospital ke? Tapi kenapa macam bukan je. Eh! Ni khemah aku ni!

"Saya sudah menjahit luka di kepala dia. Nasib tiada yang teruk. Tak ada gegaran otak. Cuma bagi dia banyak berehat dan saya cadangkan bawa dia pulang kerana dalam hutan ni banyak pekara buruk boleh jadi." Kedengaran suara doktor memberi arahan kepada seseorang sebelum doktor itu beredar dari khemah aku.

Eh aku masih ada dalam hutan rupanya.. Ingatkan dah ada dalam hospital. Ceh bukan macam dalam drama. [ Amboi kau Fatin..]

Aku memegang kepalaku. Berbalut dan rambut aku dibiarkan lepas. Hah rambut?! Aku segera bangun dan mencari tudung untuk menutup mahkota aku. Aku selongkar beg sandang aku.

Kedengaran ada suara yang menegur aku.
"Fatin! Buat apa ni? Nak cari apa?" Tanya seseorang sambil menghalang pergerakan tangan aku.

"Syarul! Awak keluar dulu. Saya nak cari tudung. Awak bukan muhrim saya. Please.. Jangan pandang rambut saya. Ataupun awak tolong saya panggilkan Abang Alif dengan Abang Fis." Kata aku kepadanya. Tangan aku masih lincah mencari tudung. Hah jumpa pun! Terus aku membalut kepala aku supaya lelaki tidak boleh nampak aurat aku.

Syarul mengganguk dan segera keluar dari khemah aku untuk memanggil dua manusia paling penting dalam hidup aku selain Mak Ayah aku dan dia.

Tak sampai satu minit..
Muka Farhan dan Alif muncul di hadapan khemah.

"Syarul.. Boleh tak kau tunggu kat tempat lain? Give us some privacy." Pinta Farhan. Syarul mengangguk dan meninggalkan kami bertiga.

Aku menangis sambil memeluk Farhan. Kalau aku tak pertahankan diri aku, entah apa dah jadi dengan aku. Farhan membalas pelukan dan mengusap belakang badan aku. Alif pula mengusap rambutku. Okay memang shawl aku terjatuh dan Alif sebab kami rapat dari kecil jadi susah sikit aku nak berubah macam pakai tudung depan dia setiap kali kami berjumpa.

Habis basah baju Farhan dek air mata aku. Farhan hanya membiarkan sahaja.

Setelah beberapa minit ..

Aku meleraikan pelukan dan Farhan mengesat air mataku dengan ibu jarinya. Aku tersenyum kerana perangainya dari dulu hingga sekarang tetap sama.

"Sorrylah Abang Alif sebab semalam Fatin kurang ajar." Kata aku kepada Alif dengan nada yang perlahan tapi masih boleh didengari. Alif mengusap pipiku dan

"Tak apa.. Small matter. Tapi Fatin dah okey ke? Ada rasa pening ke? Kalau Fatin penat, Fatin tidurlah. Nak balik tak?" Kata Alif dengan memberikan aku soalan bertubi-tubi.

"I am okay. Feeling much better now. But can I stay here until the end of this camping trip?" Kata aku dengan nada yang berharap.

"But Fatin.. The doctor said that you had to go home.." Kata Farhan dalam nada lembut.

"Please.. Okay.. I promise to be a good girl and I will always stay by my friends. Please.. Sekali ni je." Kata aku dengan suara manja dan membuat muka comel atau muka kesian aka mintak pelempang.

"Err.. Okay fine but if anything happen to you. Abang harap Fatin faham okey.." Kata Alif.

"Yeay sayang dua-dua." Kata aku sambil mencium pipi Farhan dan menampar bahu Alif. Bukan mahram siut.. Mana boleh cium dia.

Alif membuat muka acah-acah sakit.
Aku mengajak mereka keluar dari khemah sebab aku nak tengok aktiviti yang sedang dijalankan. Pasal Abang Rul iaitu Fessi untuk aktiviti ni, aku malas nak amik tau sebab aku still rasa trauma.

Aku mencapai anak tudung dan shawl untuk menutup mahkota aku tapi agak susah sebab kepala aku berbalut. Aku berhati-hati. Setelah selesai memakai tudung. Aku keluar sambil dipapah oleh Farhan. Agak susah untuk aku mengimbangkan diri kerana jahitan di kepalaku.

Aku hanya mampu memberikan sokongan kepada kumpulan aku.

Fatin Narfiqa ( Discontinued )Where stories live. Discover now