Abang menahan aku dari menyepak si Syazwan ni. Aku hairan dah kenapa dia bela mamat ni pulak.
"Dia ni abang awak?!" Kata Syazwan terkejut.
"Ye, dia ni abang aku!! Abang kembar aku! " kata aku dalam nada menjerit. Aku nak bagitahu satu sekolah yang Farhan ni abang aku.
Tiba-tiba Syarul datang sambil menghulurkan ais pada Farhan dan menenangkan aku. Syazwan cemburu melihat tingkah laku abangnya. Yelah, aku terima abang dia tapi dia, aku tolak. Mana tak marah.
"Along, kau tipu aku!!" Kata Syazwan kuat membuatkan Syarul terhenti.
"Apa yang aku tipu kau?" Tanya Syarul selamba.
"Kau kata kau nak tolong aku dapatkan dia, bukan kau yang dapatkan dia!!" Kata Syazwan dengan geram.' Ehh!! Adik aku ni apasal bangang sangat. Kalau nak cakap pasal benda ni,
cakaplah kat tempat yang tersorok sikit.' Monolog Syarul.
Aku memandang mereka berdua hairan. Dah kenapa pulak dengan diaorang ni. Siapa budak si 'dia' ni? Aku ke? Takkanlah.."Along, kau tahukan aku cintakan dia." Kata Syazwan lagi membuatkan semua perempuan pandang aku dengan pandangan tajam.
Syarul terdiam.
"Kau tahukan!!" Kata Syazwan lagi tapi kali ni lagi kuat dari tadi."Ye, memang aku tahu tapi aku tak sanggup! Aku juga cintakan dia." Kata-kata Syarul membuatkan aku blur kejap. Aku memandang Farhan.
Farhan juga memandang aku seperti ingin menjelaskan sesuatu. Jelaskan apa? Aku pun tak tahu. Sekarang aku rasa blur sangat dengan situasi ni.Syarul dan Syazwan mendekati aku. Okay, sekarang aku rasa cuak. Dah kenapa makin mendekat ni. Aku segera menolak mereka sehingga jatuh.
"Ahh!! Sakit belakang aku!!" kata Syazwan.
"Kenapa awak tiba-tiba tolak saya?" tanya Syarul hairan
"Macam mana saya tak tolak. Korang makin lama makin dekat."kata aku selamba, padahal dalam hati macam nak meletup. Aku rasa berdebar sangat. Hati janganlah buat hal!!
"Ko..Korang nak apa sebenarnya? "sambung Fatin teragap-agap.
"Saya nak buat pengakuan!"kata Syarul dan Syazwan serentak membuatkan aku bertambah hairan. Pengakuan apa pulak?
"Pengakuan?"kata aku pelik.
"Ye, Fatin. Pengakuan tentang saya cintakan awak."kata Syarul dengan ikhlas.
"Saya juga cintakan awak."kata Syazwan dengan ikhlas.
Aku terdiam. Aku memandang mereka berdua dengan mata bertakung. Aku tak tahu kenapa aku rasa nak menangis tapi aku rasa bersalah dengan mereka berdua. Aku takut aku salah membuat pilihan. Aku takut hanya disebabkan aku, mereka bermusuh."Maafkan saya tapi bagi saya ini terlalu awal untuk membuat keputusan dan saya rasa sekolah diciptakan untuk kita belajar bukan bercinta. Saya bukan nak berlagak alim ke baik ke, bukan. Saya datang ke sini dengan tujuan dan matlamat. Jadi please respect my decision. Assalamualaikum. " Setelah Fatin menyudahkan bicara. Dia terus beredar dari situ.
"Adik!!" panggil Farhan sambil mengikut jejak aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~
"Korang.... Tolong temankan aku pergi bilik laundry jap."kata aku sambil mempamerkan muka kesihan pada Nadirah dan Amiira.
"Malaslah.. Aku nak buat kerja sekolah nanti esok nak kena hantar." kata Nadirah.
"Ira.."panggil aku.
"Sorry.. Aku pun nak buat kerja sekolah." kata Amiira serba salah.
"Alah..."
"Kau dah siap ke?"tanya Nadirah.
"Dah lama.."
"Biasalah budak genius."kata Amiira.
"Banyaklah genius.. Korang yang malas buat awal-awal. Dah lah aku chaw dulu." kata aku dan hilang di sebalik pintu.
Masa sampai di bilik Laundry. Semua perempuan memandang aku tajam. Lah..... Tak habis lagi kes pagi tadi. Aku nak pergi bilik laundry sebab nak amik seterika aku yang tertinggal semalam.
Time aku nak keluar dari bilik laundry setelah mengambil seterika. Kedua-dua bahu aku dilanggar kuat sehingga terjatuh.
"Ops.. Sengaja.." kata seekor minah dengan nada gedik giler nak mampus. Seekor pulak, seorang. Sku pandang dia ni kecik, besar, kecik, besar je kat mata aku ni. Aku bangun sendiri dengan perasaan yang marah. Aku ingin segera beredar sebelum ada yang innalillah. Aku berjalan keluar dan...
" Pengecut giler perempuan ni."kata minah tu lagi kepada kawannya. Aku segera datang kat minah tu dan...
"Kalau kau nak mati awal, carilah pasal dengan aku!" kata aku kuat dan semua orang yang berada di bilik laundry sudah kecut perut. Aku cuba menenangkan diri aku dengan menarik nafas dalam dan hembus. Aku beredar dari situ. Sejak Abang hilang dulu, aku ingin belajar ilmu mempertahankan diri sebab aku rasa takut dengan orang. Aku sering dibuli dan Shahirlah penyelamat aku. Walaupun, waktu tu Shahir ada sebagai gantian abang. Aku rasa macam diri aku ni sangat lemah. Jadi aku berusaha mempelajari macam-macam ilmu mempertahankan diri. Sejak tu, aku dah tak takut orang. Tapi bila Shahir meninggalkan aku, aku menjadi orang yang panas baran. Aku selalu marah orang lagi-lagi makhluk bernama lelaki kecuali abah. Bila diaorang nak kenakan aku. Pandai diaorang nak hidup sebab aku akan ajar diaorang cukup-cukup dan aku bersyukur sebab Allah menemukan aku dengan dua manusia yang setia dan sabar dengan perangai aku. Aku ni jenis yang periang dan panas baran punya orang. Kenapa periang? Sebab aku tak suka situasi yang sedih dan hambar. Aku akan cuba buat orang ketawa atau tersenyum.
Okay tak ni? Sorrylah kalau boring. Saya cuba untuk buat yang terbaik. Tapi kalau nak bab yang lagi best. Saya cabar readers komen. Saya nak sekurang-kurangnya ada 50 komen dalam bab ni, boleh? Nanti insya-allah saya akan update hari sabtu pagi dan Ahad malam. Saya tak janji. Tapi saya berusaha untuk update ASAP. Jangan Lupa Vote+Comment!!.
Love,
Fn.zllfli (finaz)
YOU ARE READING
Fatin Narfiqa ( Discontinued )
JugendliteraturStart: 8 Februari 2016 Dari Mata turun ke Hati.. Dia, seorang gadis yang baik tetapi ganas. Dia berusia 16tahun dan pada tahun ini dia akan tinggal di asrama buat kali pertamanya. Dia mempunyai keunikan dia yang tersendiri iaitu bermata biru. Fatin...