"Hmm Wonho sunbae, saya suka dekat awak"
Pengakuan pertama aku dekat seorang lelaki.Aku memaksa diri untuk luah perasaan ini. Wonho merupakan ketua pelajar di sekolah aku dan juga senior aku. Dia selalu menjadi rebutan ramai pelajar perempuan di sekolah ini termasuk lah aku.
Tanpa kata apa-apa Wonho tarik lengan aku dan bawa aku ke suatu tempat. Kami tiba di cafe yang dipenuhi dengan pelajar lain. Wonho melepaskan tangan aku.
"Perhatian semua !!" Jerit Wonho. Dan dalam sekelip mata semua pelajar memberi tumpuan kepada Wonho dan aku yang sedang berdiri di sebelahnya.
Ape dia nak buat? Aku tertunduk malu. Mungkin nasib aku teruk lepas ni.
"Hmm , layak ke perempuan ni jadi girlfriend aku?" Jerit Wonho.
Aku tersentak. Perempuan ? Aku ke ? Aku mengangkat wajah, mata-mata pelajar semua memandang aku dan ada yang berbisik sesama sendiri. Ahh malunya.
"Girlfriend? Sape sayang?"
Terdengar suara perempuan tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana. Aku melihat tuan punya suara itu. Choa eonnie ? Kenapa dia panggil Wonho oppa, sayang ? Diorang datekah ? Alamak !!
"This girl , baby" Wonho meletakkan tangannya di atas bahu aku.
Choa mendekati aku. Wajah nya dirapatkan dekat dengan wajah aku. Choa mengamati wajah aku. "This girl yang suka awak ?"
"Yes" Wonho melabuhkan punggung diatas kerusi yang berdekatan. Dia biar kan sahaja Choa dengan aku.
"Apa name kau?" Choa menyoal aku.
"So-Soyeon" aku tertunduk. Malu aku untuk bertentangan dengan Choa.
"Okay,listen. Kau kenal aku kan?" Choa meletakkan kedua telapak tangannya di atas bahu aku.
Aku sekadar menganggukkan kepala tanda ya.
"Bagus. Wonho tu, boyfriend aku. Yes, aku tau memang ramai perempuan tergilakan dia. Tapi dimata dia hanyalah aku" Choa berjalan mengelilingi aku. "Jimin!"
Aku pandang seorang perempuan bernama Jimin berjalan mendekati Choa. Di tangannya terdapat segelas air. Choa mengambil gelas itu.
"Jadi , kau memang tak layan untuk dia!"
Tiba-tiba sahaja aku terasa dikepala aku seperti air mengalir deras. Habis basah baju aku. Air apa ni ? Dan sekali lagi air dituang ke atas diri aku oleh Seolhyun,kawan Choa.
Pelajar-pelajar lain yang menyaksikan kejadian itu mentertawakan aku yang telah dimalukan dikhalayak ramai. Aku tertunduk malu, air mata aku tidak dapat ditahan terus saja laju mengalir keluar. Aku ambil keputusan untuk meninggalkan cafe itu , sempat juga aku menjeling Wonho yang turut tertawa dengan kejadian tadi.
"Kau memang jahat Wonho !" Aku terus berlari tanpa arah tuju.
Bbuk!
Aku jatuh terduduk. Siapa pula aku langgar ni. Air mata aku masih lagi tidak dapat berhenti.
"Woi , kau buta ke apa?" Suara seorang lelaki memarahi aku kerana melanggarnya. Dia mencangkung dihadapan aku.
Aku melihat wajah lelaki itu, terus sahaja esakkan aku semakin kuat sehingga pelajar yang berada berdekatan situ memandang kami.
"Oi kau kenapa?" Lelaki itu memandang sekeliling , " jangan salah faham. Bukan aku yang buat , dia yang tiba-tiba menangis" lelaki itu semakin gelabah.
Pelajar lain berbisik sesama sendiri,ada yang menyalahkan lelaki itu kerana menyebabkan aku menangis.
"Argh kau ni menyusahkan betul" lelaki tersebut terus tarik aku dan pergi dari tempat itu.
Dia membawa aku ke taman sekolah. Selang beberapa minit dia kembali membawa air mineral dan dihulurkan kepada aku. Sebaik sahaja dia beri aku minuman , dia terus beredar tinggalkan aku sendirian.
"Soyeon !! Soyeon !!"
Aku tersedar dari lamunan. Aku memandang wajah kawan baik aku yang berada dihadapan aku ini.
"Dah la, jangan nangis" Kei mengesat air mata aku yang tiba-tiba mengalir.
"Kei... Aku still tak dapat lupa kejadian semalam tu. Mana aku nak letak muka aku ni. Aku malu" aku menakup muka pada bantal pororo milik aku.
"Kenapalah kau pergi luah dekat dia. Kau memang tak tahu Wonho oppa dah ada girlfriend ?" Soal Kei.
Aku menggelengkan kepala, " aku tak dapat nak tahan perasaan aku ni.. tu sebab aku luah perasaan aku dekat dia"
"Kau ni, bila aku tak ada. Pandai-pandai ja buat keputusan sendiri. Tengok sekarang diri sendiri yang malu" Kei memyandarkan diri dikepala katil. "Kalau aku ada semalam mesti semua ni tak akan jadi"
"Maaflah. Aku tahu aku yang bodoh. Sebab tak fikir , terus buat tindakan melulu" aku baringkan kepala dibahu Kei.
"Esok datang sekolah tak? Hari ni kau dah ponteng"
"Tak tahu la. Tapi aku tak ucap terima kasih lagi dekat orang yang tolong aku tu.. muka dia macam mana , ya. Aku tak nampak jelas sebab time aku tengah nangis" Aku cuba mengingati kembali lelaki tersebut. Kerana kalau ada peluang aku nak ucap terima kasih sebab dah tolong walaupun dalam keadaan terpaksa. Haha!
Kei memandang aku hairan , " kau kenapa tersenyum sorang² ni ?"
"Kei !" Aku pusing menghadap Kei. "Esok aku pergi sekolah, biarlah orang nak kata apa. Yang pasti aku nak cakap terima kasih kat orang yamg tolong aku tu. Kau support aku , ya?" Aku tersenyum manis.
"Iye, aku selalu ada dengan kau" Kei mencubit kedua belah pipi aku.
"Aww sakit la" aku memuncungkan mulut lalu kami sama² tergelak.
-bersambung-
Vote and comment ! ^^
YOU ARE READING
The Diary
RandomGadis pemalu,Soyeon. Pertama kali dalam hidupnya meluahkan perasaan cintanya pada Wonho,senior sekolahnya. Tetapi saat cintanya ditolak muncul seorang lelaki membantunya. Ucapan terima kasih kepada si dia tetapi ucapan itu di terima dengan menjadika...