"Soyeon ! Kei datang" jerit Omma dari depan pintu utama.
Aku menjengukkan kepala keluar bilik ,"Ajak dia masuk Omma. Masuk bilik terus"
"Ha , masuklah dia ada dalam bilik tu" kata Omma.
"Terima kasih" Kei melangkah masuk dan terus menuju ke bilik aku. Pintu bilik aku di buka dan Kei terus tersenyum ke arah aku sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Kei terus sahaja duduk di atas katil tanpa menunggu pelawaan aku.
"Kei , ada apa kau datang ?" Aku mengambil bantal dan memberikannya kepada Kei.
"Hmm salah ke aku datang ? Tak apalah aku balik" Kei lantas bangun.
Aku memegang tangan Kei , "eh gurau je"
"HAHAHA" Kei tergelak, "aku pun gurau"
"Jahatnya kau" aku memukul lembut tangan Kei.
Kei kembali duduk di atas katil aku lalu tangannya mencapai salah satu majalah yang berselerak di atas katil.
"Aku nak bagi kau ni" Kei menghulurkan tupperware.
"Woah , cupcake !" Aku membuka tupperware dan melihat cupcake pelbagai jenis didalamnya.
"Aku buat. Nanti share la dengan omma dan oppa kau" Kei tersenyum.
"Thank you , Kei. Favourite aku ni"
"Aku tahu. Sedap tau aku buat" Kei memuji diri sendiri.
"Kei , aku suka seseoranglah" luah aku tiba-tiba. Tupperware berisi cupcake aku letak ke tepi.
Kei yang tadinya sedang membelek majalah terhenti perbuatannya dan memandang ke arah aku , "Kau suka siapa?"
"Hmm M-M-Minhyuk" tergagap-gagap aku menyebut nama Minhyuk.
"Apa ?!!" Kei terjerit kecil. "Kau biar betul Soyeon?"
Aku menganggukkan kepala. Aku memeluk bantal dengan kemas.
Kei menarik rambut aku.
"Ouch , sakitlah Kei" aku mengusap kepala aku.
"Sorry , aku ingat kau tengah mimpi" Kei membantu aku mengusap kepala.
"Kei aku serious"
Kei letak majalah ke tepi , "sejak bila Soyeon?"
Aku memintal-mintal bucu bantal , "kau ingat time Minhyuk selamatkan aku daripada terus dipukul oleh Hani ?"
Kei menganggukkan kepala tanda mengingati adegan itu.
"Aku terasa lain sewaktu dia sapukan ubat pada luka aku , kebetulan mata kami bertentangan. Aku terasa degupan jantung sangat laju tak laju seperti lepas berlari tapi yang ini lain" aku memegang dada.
"Maknanya dah seminggu ?"
Aku menganggukkan kepala.
"Lamanya. Kenapa baru sekarang nak cerita ? Merajuklah" Kei memeluk tubuh dan memuncungkan mulut kecilnya.
"Sorry Kei. Aku cuma tak ready je. Tapi sekurang-kurangnya aku bagitahu juga kau walaupun lambat" aku menghampiri Kei.
Kei mencubit ke dua belah pipi aku, "lain kali bagitahu awal sikit"
"Kei !!" Aku menggosok pipi , "sakitlah, kejamlah kau. Pipi aku juga jadi mangsa"
"Padan muka" Kei menjelirkan lidah. "Aku balik dululah, aku dah janji dengan Omma nak keluar"
"Janji pergi mana ?"
"Pergi ... tak tahu" Kei mentertawakan aku.
"Jahatlah kau ni" aku memukul lengan Kei.
YOU ARE READING
The Diary
AcakGadis pemalu,Soyeon. Pertama kali dalam hidupnya meluahkan perasaan cintanya pada Wonho,senior sekolahnya. Tetapi saat cintanya ditolak muncul seorang lelaki membantunya. Ucapan terima kasih kepada si dia tetapi ucapan itu di terima dengan menjadika...