Chapter 11

48 11 0
                                    

Sebulan sudah berlalu. Musim luruh pun tiba. Aku mula berkawan rapat dengan Minhyuk sejak kejadian di rumahnya dahulu. Tetapi Minhyuk tetap juga dengan sikap angkuh dan dinginnya. Perangai dia berbeza ketika berada di rumahnya dahulu. Tetapi ketika berada di sekolah, kami berdua akan menjadi seperti orang asing.

"Perhatian semua , 2 minggu lagi kita akan adakan school trip ke Busan" kata Puan Kim. "Siapa yang berminat , waktu rehat bagi nama dekat saya"

Riuh rendah kelas apabila Puan Kim umumkan tentang school trip itu. Masing-masing berasa teruja.

"Diam semua. Kita sambung pembelajaran semalam"

Pada waktu rehat , aku dan Kei pergi berjumpa Puan Kim untuk menghantar nama. Rasa teruja untuk ke Busan masih lagi terasa.

"Kei aku pergi toilet kejap. Kau balik kelas dulu" pinta aku setelah kami keluar dari bilik guru.

"Okay" balas Kei lalu beredar pulang ke kelas.

Selang beberapa minit aku keluar dari tandas dan menuju ke kelas yang berada di tingkat bawah. Waktu rehat juga telah tamat, kelibat pelajar di koridor sudah tidak kelihatan. Aku menuruni tangga, tiba-tiba aku terserempak dengan Wonho yang hendak ke tingkat atas, mungkin hendak ke bilik guru.

"Dah lama tak nampak" kata Wonho.

Aku mengendahkan Wonho dan terus menuruni tangga. Tiba-tiba terasa tangan aku dipegang oleh dia dan dengan sekelip mata aku ditolak ke dinding. Jarak aku dengan Wonho sngat rapat.

Wonho merapatkan mukanya ke telinga kanan aku, "Kau takut ?"

"Huh?" Aku dengan pantas menolak Wonho sebaik sahaja aku menyedari dia hampir mencium pipi aku. Aku dengan pantas terus berlari menuruni tangga dan balik ke kelas.

Pada masa yang sama ,

"Minhyuk , minta tolong ambilkan buku latihan di atas meja saya" kata Puan Lee.

"Hurmm"

Dengan langkah yang malas Minhyuk pergi ke bilik guru. Setiba di tangga dia terdengar suara. Dia naik selangkah dua , dan ternampak Wonho dan Soyeon di situ. Niatnya hendak mendekati mereka berdua terbatal sabaik sahaja melihat Wonho merapatkan wajahnya pada Soyeon. Jantung berdegup laju , entah kenapa dia berasa sangat marah. Minhyuk menuruni tangga dan meyorok disebalik dinding apabila terlihat Soyeon hendak menuruni tangga. Minhyuk sekadar memerhatikan sahaja Soyeon berjalan menuju ke kelas.



Malam itu aku menelefon Minhyuk untuk memberitahu perihal school trip yang diumumkan oleh Puan Kim ketika di sekolah.

"Minhyuk , ada dengar pasal school trip ke Busan ?"

"Ade. Dan langsung tak berminat"

"Oh , tapi saya pergi" kata aku penuh teruja.

Tut tut

"Eh ? Terus letak je ?!! Aku tak habis cakap lagi" aku terus menghempaskan tubuh di atas katil. Kenapa dengan Minhyuk, dia badmood ke hari ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Minhyuk membuka kakaotalknya kerana ada banyak mesej masuk.

'Wonho'
Minhyuk , jom pergi Busan. Aku pergi

'Minhyuk'
Tengok la macam mana nanti. Tak janji.

'Wonho'
Jangan menyesal kalau tak pergi.

"Menyesal apa lak ni ? Peduli apa aku" bisik Minhyuk dan melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil. Tiba-tiba dia teringat akan kejadian di antara Soyeon dan Wonho ketika di sekolah siang tadi.

The DiaryWhere stories live. Discover now