"Soyeon ! Kei dah sampai ni" jerit Mama dari depan pintu bilik aku.
"Okay Mama, Soyeon dah siap ni" aku terus mencapai bag sekolah yang telah aku letakkan diatas katil dan keluar dari bilik."Sarapan dulu" kata Mama.
"Eh tak apalah Ma, Soyeon lambat dah ni. Mama makan la dengan Oppa ye" aku mencium pipi Mama sebelum menuju ke pintu utama.
Aku menyarungkan kasut di kaki dan melangkah keluar. Di luar aku terlihat Kei sedang menunggu aku.
"Kei , sorry lambat sikit"
Kei berpeluk tubuh dan mulutnya sudah dimuncungkan.
"Kau kenapa?" Hairan aku melihat Kei yang bermasam muka selalunya dia ceria saja.
"Hahahaha"
"Eh kau kenapa tiba-tiba ketawa pula?", aku merenung tajam ke arah Kei.
"Tak adalah, lawak tengok muka kau tadi. Gelisah tiba-tiba" Kei terus ketawa besar selepas berjaya kenakan aku.
"Ish kau ni jahat ! Pagi-pagi dah buat aku risau!" Aku terus berjalan meninggalkan Kei sendirian yang asyik dengan gelak tawanya.
"Ya ! Soyeon tunggu la aku !" Kei terus berlari mendapatkan aku dan memeluk lengan aku. "Sorry la.. hihi"
Aku menjeling Kei yang berada disebelah. Geram sebenarnya, suka sangat usik aku.
"Soyeon, kau betul ke nak jumpa budak yang tolong kau tu ?" Soal Kei.
Aku terhenti, "haah la, aku lupa pasal tu... Malu la aku nak jumpa dia, dah la menangis depan dia"
"Btw , kau dah ingat macam mana rupa dia sikit²" soal Kei lagi.
"Hmm , jap.. aku ingat rambut dia. Rambut dia dye putih" aku meneruskan langkah.
Diikuti Kei disebelah aku, "eh jap dye putih?"
"Yep" aku memandang Kei. Kelihatan dia sedang fikirkan sesuatu.
"Kalau tak silap aku , dia sebaya dengan kita. And dia kawan Wonho sunbae" terang Kei.
"Eh, kawan ?!!" Aku terjerit.
"Jangan la jerit.. ye kawan , tapi dia tu jenis yang susah sikit nak bergaul mesra dengan kawan kelas dia. Dia selalu dengan Wonho sunbae la" cerita Kei.
"Wait! Kenapa aku tak tahu?" , aku memang tak tahu langsung. Walaupun aku dah lama minat Wonho dulu tapi tak pernah pula aku nampak dia.
"Oh ya, mungkin kau tak perasan. Yela mata kau kan asyik focus dekat Wonho sunbae-nim je" Kei berhenti seketika untuk mengambil nafas. "Sebelum ni rambut dia blonde , sekarang dia dah dye putih. Seingat aku , dia dye sehari sebelum kau confess dekat Wonho sunbae-nim"
"Ah ~ oh jap kau kata blonde kan ?" Aku memandang tepat wajah Kei yang berada disisi kanan aku.
"Hmm yep" Kei menganggukkan kepala tanpa melihat aku.
"Aku rasa aku ada perasan dia. Dia yang selalu tumpang motor Wonho kan ?" Aku cuba mengingatkan kembali apa.
"Yes. Tepat!!" Kei membuat thumbs up.
"Eh kita dah sampai sekolah?" Soal aku hairan.
"Iya lah Soyeon. Kau dari tadi bersembang sampai tak sedar kita dah sampai sekolah ?" Kei tergelak kecil.
"Janganlah gelak. Dari rumah tadi sampai ke sini cakap pasal Wonho je. Okay stop cakap pasal dia, aku dah naik menyampah" aku cuba berlagak serius.
"Ye². Jom cepat masuk kelas"
Aku dan Kei sama² menuju ke kelas kami. Tapi semasa kami dalam perjalanan ke kelas , ramai pelajar perempuan memandang aku dengan wajah yang menghina. Tapi aku sedar , salah aku juga kerana buat satu perkara tanpa berfikir. Ha, sekarang sendiri lah yang tanggung malu. Gatal sangat dengan senior sekolah ni , ketua pelajar pula tu. Dasyat kau Soyeon!
"Hey,Soyeon" Kei memanggil aku.
Aku mengangkat wajah dan memandang wajah comel Kei, "ye?"
"Kau abaikan je apa yang mereka cakap tu. Kau ada aku" Kei tersenyum.
Aku membalas senyuman Kei. Kami pun tiba di kelas. Di dalam kelas pun , aku dapat rasa aura kebencian daripada pelajar perempuan. Aku dan Kei mengambil tempat duduk masing-masing.
"Girls , aku dengar kan dua hari lepas ada seorang perempuan tu kena reject dengan Wonho-sunbaenim" kata Hani yang merupakan classmate aku.
"Gatal. Aku yang suka dekat Wonho-sunbaenim pun tak ada sampai nak pergi luah dekat dia." Kata Junghwa pula rakan baik Hani dan juga classmate aku.
"Wey, korang lupa part yang paling best. Choa-unnie mandikan dia dekat cafe tu. HAHA" ketawa Solji diikuti Hani dan Junghwa. Gelak tawa mereka memenuhi ruang kelas kami.
"Tak guna betullah. Hey , korang boleh diam tak?" Marah Kei pada mereka bertiga. Terus sahaja Kei berdiri dari terus melihat aku menderita diperli oleh mereka bertiga.
"Kei , biarlah. Aku terima apa yang mereka kata tu. Aku memang dah sedia untuk terima perlian mereka" aku cuba tenangkan Kei. Tak mahu aku perkara kecil macam ni boleh jadi pergaduhan.
"Eh suara siapa tu?" Perli Hani. Saki baki tawanya masih kedengaran.
Kei mendengar kata aku, dia kembali duduk ditempatnya iaitu disebelah aku. Aku dan Kei mengabaikan sahaja mereka bertiga,lambat laun mereka senyap juga. Aku mengeluh. Sekarang , aku tengah fikir macam mana cara untuk aku berterima kasih dekat dia. Aku dah la tak berani dengan lelaki, kalau nak ikutkan pasal dengan Wonho tu aku tak berani tapi entah dari mana keberanian tu datang.
"Kei..." aku melihat ke arah Kei yang asyik dengan telefon bimbitnya.
"Ye?" Aku melihat Kei menyimpan telefon bimbitnya dan memberi tumpuan kepada aku.
"Aku... aku malu la nak jumpa dia" aku meluahkan apa yang terbuku dalam fikiran aku.
"Malu ? Serius ?" Bulat mata Kei dek kerana terkejut mendengar pengakuan aku.
Aku menganggukkan kepala berkali-kali.
"Hmmm , macam ni.. Kalau nak sms or email pun kita tak ada apa-apa. Apa kata kau tulis surat untuk dia" cadang Kei.
Aku terdiam seketika memikirkan cadangan Kei, "Sape nak tolong pas kan surat dekat dia?"
Aku lihat mata Kei melilau memikirkan sesuatu, "Ha! Kita masukkan dalam locker dia."
"Ye jugakkan, tak terfikir pula aku. Nanti nak balik kau teman aku pergi dekat locker dia ya" aku mula mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen dari dalam beg.
"Okay" Kei tersenyum.
Aku mula mengarang ayat untuk si dia. Harap semua berjalan lancar.
"Kei , locker dia mana satu ?" Mata aku tercari - cari locker si dia.
"Tu , hujung sekali bahagian atas" kata Kei , " cepat sikit , takut ada orang nampak nanti"
"Ye kejap" aku terus menuju ke arah locker yang diberitahu oleh Kei dan memasukkan surat melalui celah pintu locker. "Okay selesai !"
"Dah jom pergi dari sini" Kei terus menarik tangan aku untuk pergi dari kawasan locker.
Aku dan Kei sama2 pulang ke rumah. Hmm, aku harap dia baca surat itu.
-bersambung-
Vote and comment ! ^^
![](https://img.wattpad.com/cover/73226032-288-k418911.jpg)
YOU ARE READING
The Diary
RandomGadis pemalu,Soyeon. Pertama kali dalam hidupnya meluahkan perasaan cintanya pada Wonho,senior sekolahnya. Tetapi saat cintanya ditolak muncul seorang lelaki membantunya. Ucapan terima kasih kepada si dia tetapi ucapan itu di terima dengan menjadika...