Chapter 6

56 11 1
                                    

Aku membuka mata perlahan-lahan.  Aku dekat mana ni ? Aku melihat sekeliling. Bukan bilik aku.. tapi dekat mana? Aku terpandang mama yang sedang membaca majalah disebelah aku .

"Mama?"

Mama memandang aku lalu menutup majalah yang dibacanya. Mama mendekati aku. "Hi sayang" Mama tersenyum.

"Mama, Soyeon ada kat mana ?"

"Kamu kat hospital"

"Eh , hospital ?" Jawapan Mama buatkan aku terkejut.

"kenapa kamu terkejut ? Lagi satu , kenapa tak bagitahu Mama yang kamu demam?" Soal Mama.

"Sorry Mama. Soyeon nak study,exam dah nak dekat" jawab aku. Tapi yang paling tepatnya aku terpaksa datang setiap hari kerana aku kan hamba Minhyuk. Tak datang , matilah aku kena dengan dia.  "Oh ya Mama, sape bawak Soyeon ke sini ?"

"Nurse bagitahu Mama, kawan sekolah kamu yang bawa kamu ke sini. Kawan lelaki" sengaja perkataan lelaki ditekankan oleh Mama. Mama memandang aku curiga.

"Kenapa pandang Soyeon macam tu ? Soyeon tak tahu la" aku melarikan anak mata dari memandang Mama. Lelaki ? Siapa ? "Mama bila Soyeon boleh keluar Mama?" Aku mengubah topik perbualan untuk menghilangkan syak Mama pada aku.

"Doktor kata kamu dah boleh keluar hari ini. Tapi kena banyak berehat dekat rumah" pesan Mama.

"Kalau Soyeon nak pergi sekolah esok boleh Mama ?"pinta aku.

"Jangan nak mengada, kamu nak pengsan lagi" Mama berhenti berkata seketika kerana menyerah pakaian untuk aku salin, "Mama tak izin kan. Paham"

Aku memuncungkan mulut , "baiklah Mama"

Dalam hati aku risaukan Minhyuk akan denda aku, tapi aku tak nak lawan cakap Mama. Tak apalah , aku mesej Minhyuk je yang aku tak sihat. Aku masuk ke dalam tandas untuk menyalin pakaian. Sebaik sahaja aku keluar Mama sudah selesai mengemas barang.

"Soyeon mana bag sekolah kamu ?" Soal Mama.

"Bag sekolah ? Tepi katil takde Ma ?"

"Tak ada, Mama dah cari dekat semua tempat.. tu sebab Mama tanya kamu"

Aku terdiam memikirkan kembali apa yang telah berlaku. Hmm rasenya sebelum pengsan bag ada pada aku. Tapi siapa yang bawak aku ke sini ? Apa-apa pun aku kena tahu siapa orang tu, mesti bag aku ada dekat dia.


"Hyung! Adik nak tidur dengan hyung boleh?"

Minhyuk menutup diary kepunyaan Soyeon yang dibacanya lalu diletakkan diatas meja belajarnya. Dia menghampiri adiknya, "kenapa tak tidur bilik adik je ?"

"Adik takut. Lagipun dekat luar tu guruh kuat sangat" kata adiknya , Minseok.

Minhyuk mencangkung depan adiknya , " sampai bila adik nak jadi penakut ? Malam ni , hyung bagi. Lepas ni tak boleh dah"

Minseok tersenyum , "terima kasih hyung!" Minseok terus berlari memanjat katil Minhyuk.

Minhyuk melihat sahaja gelagat adiknya lalu mengekori adiknya. Minhyuk membantu menyelimut adiknya. Kemudian , Minhyuk memanjat katil dan baring disebelah adiknya. Minhyuk mencapai telefon bimbitnya dan menulis text kepada Soyeon,

'Kerja kau sebagai hamba aku tamat hari ini. Esok kau dah boleh jalani kehidupan macam biasa. Kau delete number aku, dan aku delete number kau. Mulai esok, kau dan aku adalah orang asing. Oh ya, bag kau nanti aku letak atas meja kau.'

Sent!

Tiba-tiba sahaja Minhyuk teringat nama lelaki yang menelefon Soyeon ketika di hospital siang tadi. Serta merta juga luahan Soyeon di diary juga bermain difikirannya. Ish! Dah ada boyfriend , still lagi nak suka aku ke? Perempuan jenis apa dia ni? Bisik Minhyuk dalam hati. Minhyuk melelapkan matanya sebaik sahaja meletakkan telefon bimbitnya diatas meja disebelahnya.

Pada masa yang sama ,

Aku menyelongkar bilik mencari sesuatu, "ish mana diary aku ni? Rasanya semalam aku simpan dalam laci" aku melabuhkan punggung di atas katil sambil memikirkan ke mana diary aku telah menghilang.

"Alamaaaaak !!!" Aku menjerit. "Diary tu ada dalam bag !! Matilah aku kalau orang tu baca"

Trut! Trut!

Menandakan ada mesej masuk. Soyeon mencapai telefon bimbitnya di atas katil. "Hmm dari Minhyuk ? Apa mimpi dia mesej aku malam² buta ni. Aku membuka text tersebut dan membacanya,

"Tugas aku dah tamat ?" Aku sedikit terkejut apabila Minhyuk memberitahu tugas aku sebagai hamba dia dah tamat , padahal esok adalah akhir terakhir. Aku menyambung kembali baca, " wait , what ? Orang asing ? Kenapa ?" Rungut aku seorang diri. Jap yang ini memang aku tak boleh terima, mana mungkin aku nak anggap kau sebagai orang asing. 6 hari kita selalu bersama walaupun kau banyak marah aku tapi aku rasa seronok. Mata aku terus tertumpu pada ayat terakhir text yang dihantar oleh Minhyuk , " Beg kau nanti aku letak atas meja ? Beg ? Alamakkkk!!!!" Aku menjerit sekuat hati.

Deruan tapak kaki berlari dari luar bilik , "Soyeon ! Kenapa ni ?" Soal Mama risau.

Aku terpandang pintu bilik , kelihatan oppa dan mama berdiri di hadapan pintu. Tercungap-cungap mama mungkin berlari kerana risaukan aku , "eh Mama.. Soyeon tak apa-apa"

"Kau ni kan suka buat kami risau" Oppa mendekati aku lalu terus mencubit pipi kanan aku.

"Aaw sakit la Oppa. Ala Soyeon tak sengaja la" aku memuncungkan bibir manakala tangan kanan mengusap lembut pipi kanan kerana sakit dicubit oleh Oppa.

" ha, bagitahu apa yang buat anak Mama menjerit macam nampak hantu ni ?" Soal Mama lalu melabuhkan punggung di atas kerusi belajar aku.

"Soyeon dah jumpa beg" baritahu aku.

"Mana ?"

"Ada dekat budak yang tolong Soyeon tu" aku memandang wajah Mama seperti  wajah yang minta sesuatu.

"Ni kenapa buat muka? Mesti ada something ni"

Oppa betul. Pandai je teka. Huh, benci. "Haishh, Oppa ni sibuk la" aku menjeling Oppa dan kembali memandang Mama. "Ma , esok nak pergi sekolah.. pleaseeee" pinta aku.

" kan mama kata kamu kena rehat... ish , budak sorang ni la degil betul"

" Ma, tak apalah. Biar Jongsuk yang hantar. Oh ya, lupa nak bagitahu. Esok Jongsuk ada kerja dekat sekolah budak ni" Oppa tersenyum memandang aku dan tangannya laju mengusutkan rambut aku yang sudah tersikat rapi.

"Oppa...!" Aku menepis lembut tangan Oppa. "Eh , nak buat apa dekat sekolah Soyeon esok?"

"Esok , ada projek sikit. Dengar nya nak bina bangunan untuk cafe mungkin. Itu yang minta Oppa yang tolong plan kan" terang oppa.

Aku sekadar mengangguk, "baguslah bukak cafe baru. Yang lame tu sempit sikit. Oppa lukis plan cantik² tau, biar selesa dan luas"

"Hmm.. kalau macam tu baiklah. Pastikan jaga diri itu elok-elok" kata Mama lalu bangun menghampiri aku. "Okaylah, mama masuk tidur dulu ya" Mama memberi aku satu kucupan di dahi.

"Goodnight ,Ma" ucap aku.

"Goodnight too"

Sebaik sahaja Mama beredar , oppa turut bangun. "Nasib baik ada oppa, kalau tak memang susah nak pujuk Mama tu"

"Hmm iya lah. Terima kasih"

Dan sekali lagi oppa mencubit pipi aku kali ini disebelah kiri pula ,"selamat malam"

"Awww Oppa.. haishh Oppa ni kan" aku mengusap pipi kiri aku. "Selamat malam.. Oops tutup lampu sekali"

Oppa menutup lampu seperti yang diberitahu lalu menutup pintu.

-bersambung-

The DiaryWhere stories live. Discover now