Di sekolah pada keesokkan harinya,
Aku dan Kei berjalan menuju ke kelas , "Kenapa ramai pelajar perempuan depan kelas kita tu?" Soal aku.
"Iye la. Jom tengok"
Aku dan Kei pergi menyertai pelajar perempuan yang sedang berkumpul dihadapan kelas kami. Setibanya kami disitu , aku ternampak ada seorang lelaki sedang berdiri dan tersandar pada pintu kelas aku.
"Soyeon, tu la dia orang yang tolong kau hari itu" kata Kei separa berbisik.
"Apa ??!!" Bulat mata aku mendengar kata-kata Kei. Aku melihat semula lelaki itu , ya memang dia. Macam manalah aku boleh tak perasan rambut dia tu.
Lelaki itu melihat ke arah pelajar perempuan yang sedang berkerumun disekeliling dia dan tiba-tiba mata kami bersatu. Aku segera mengalihkan pandangan. Dia mendekati aku.
"Kei aku nak pergi toilet kejap"
belum sempat aku melangkah tiba-tiba aku terasa tangan kanan aku dipegang oleh seseorang. Alamak! Siapa pulak ni ? Aku memalingkan kepala dan melihat tuan punya tangan yang telah memegang erat lengan aku ini. Oh My God ! Dia la !! Mata aku sempat melihat pelajar2 lain yang memerhatikan kami termasuk juga Kei.
"Kau ikut aku!"
Dia terus menarik aku entah kemana dia hendak bawa aku. Aku sempat menjeling ke arah Kei tanda minta tolong tapi Kei tidak dapat buat apa2. Macam mana ni ? Aku melihat wajah dia , sangat serius. Ramai pelajar dikoridor melihat kami.
"Awak lepaskan tangan saya. Sakit la" aku minta dilepaskan tapi dia tidak mendengar kata-kata aku.
Kami tiba di bumbung sekolah, barulah dia melepaskan tangan aku. Aku mengurut lengan aku kerana sakit digenggam oleh dia. Aku melihat dia sedang mengambil sesuatu dari dalam poket seluarnya.
"Ni kau punya kan?"
Alamak surat aku. Dia dah baca ke? Aku menganggukkan kepala menandakan aku mengaku surat itu kepunyaan aku.
"Nak ucap terima kasih tak perlu pakai surat. Kenapa tak jumpa aku terus?"
Aku memandang wajah dia. Serius! Tiada senyuman yang terukir.
"A-aku malu. Lagi pun aku dengar cerita kau ni jenis yang tak suka perempuan" aku tertunduk. "Tapi... kalau kau dah suruh macam itu, aku nak ucap terima kasih sebab tolong aku"
"Bukan terima kasih je aku nak. Aku nak kau kena jadi.." Dia mendekatkan wajahnya pada wajah aku sebelum kembali sambung bercakap, "hamba aku selama seminggu mulai esok , sebab kau dah malu kan aku dihadapan pelajar lain. Mereka ingat aku yang buat kau menangis" dia pusing membelakangi aku.
"Apa? Hamba ?" Bulat mata aku mendengar perkataan 'hamba' yang keluar dari mulut dia. "Apa maksud kau kena jadi hamba?"
"Kau ni lembab juga kan. Hamba maksudnya kau kena ikut apa saja yang aku suruh" dia tersenyum nakal , "tapi... aku tak suruh benda yang susah tapi benda simple je"
"Tapi , aku langsung tak kenal kau. Jujurnya aku cuma pernah nampak kau beberapa kali saja , itu pun dengan Won.." aku berhenti berkata apabila nama 'Wonho' hendak keluar daripada mulut aku.
Dia menghadap aku kembali apabila mendapati aku tidak sambung kata-kata aku tadi, "Won apa ? Wonho ? Kenapa ? Dah jadi takut pula nak sebut nama dia?"
Kini aku pula membelakangi dia. Mulut ni pun kenapa tak sebut je nama Wonho sunbae, "Ermm ... tak mengapalah. Aku akan jadi hamba kau. Lagipun seminggu saja kan ?" baru sahaja aku hendak memusingkan badan , dia sudah berada disebelah aku. Alamak ! Bila pula dia dekat sebelah aku.
YOU ARE READING
The Diary
RandomGadis pemalu,Soyeon. Pertama kali dalam hidupnya meluahkan perasaan cintanya pada Wonho,senior sekolahnya. Tetapi saat cintanya ditolak muncul seorang lelaki membantunya. Ucapan terima kasih kepada si dia tetapi ucapan itu di terima dengan menjadika...