"Sunbae ~" kata aku lemah.
Wonho membalasah 3 orang perompak tadi. Tapi malangnya dia gagal selepas di belasah teruk oleh lelaki berbaju hijau. Kedua tangannya dipegang oleh lelaki berbaju hijau dan merah. Aku ternampak ketua mereka mengeluarkan pisau dari dalam poket.
"JANGAN !!"
Aku menjerit sekuat hati , malangnya Wonho ditikam berkali-kali di perutnya. Kemudian , mereka bertiga pun melarikan diri sebaik sahaja melihat Wonho semakin lemah.
Aku merangkak mendekati Wonho, "Sunbae ! Sunbae !" Air mata aku mengalir deras melihat keadaan Wonho yang seperti nyawa-nyawa ikan. Aku meletakkan kepala Wonho diatas riba aku. Aku mengambil telefon bimbit dan menelefon ambulans.
"So..yeon... tak.. apa-apa? Ugh.. " Kata Wonho lemah. Tangannya memegang perut menahan sakit. Banyak darah yang mengalir keluar.
"Sunbae bertahan ,ya ? Sekejap lagi ambulance sampai" air mata aku berterusan mengalir.
"Nasib..baik saya ikut ... Soyeon .. sebaik je nampak Soyeon di... kedai ... cenderamata tadi.. ugh" Wonho tersenyum.
"Sunbae , jangan cakap dah. Tolong bertahan"
"Saya suka... awak" kata Wonho sebelum dirinya pengsan.
"Huh?! Sunbae ! Sunbae !"
Selang beberapa minit kemudian , ambulance pun tiba. Aku dan Wonho dibawa ke hospital. Aku diberi rawatan kecil manakala Wonho dibawa ke bilik pembedahan. Tangan aku menggigil mendail nombor Minhyuk. Entah kenapa aku mendail nombor orang yang tidak ada Busan ini.
"Min..Minhyuk" esakan aku tiba-tiba menjadi kuat apabila terdengar suara Minhyuk di talian.
"Kau kenapa?" Kata Minhyuk cemas.
Aku tidak dapat menjawab soalan Minhyuk dan terus menangis.
"Kau dekat mana sekarang ?"
"Pusan National University Hospital" aku terus memutuskan talian. Aku terus menangis dan menangis dihadapan operating room.
30 minit kemudian ,
"Nurse , ada nampak tak seorang pesakit yang baru tiba 30 minit lepas ?" Soal Minhyuk.
"Oh ada. Pesakit sekarang berada di bilik pembedahan. Dia juga bersama seorang perempuan berambut blonde" jawab Nurse yang bertugas itu.
"Bilik pembedahan dimana?" Minhyuk semakin cemas.
"Ada disebelah sana" kata Nurse tersebut sambil jari nya menuding ke arah jalan disebelah kiri.
Minhyuk pantas berlari sebaik sahaja ucap terima kasih pada nurse itu.
"Soyeon !!"
Aku memandang ke arah suara yang memanggil nama aku.
"Min..hyuk" tiba-tiba sahaja suara aku menjadi lemah. Aku berdiri dan melangkah ke arah Minhyuk dengan langkah yang lemah.
YOU ARE READING
The Diary
RandomGadis pemalu,Soyeon. Pertama kali dalam hidupnya meluahkan perasaan cintanya pada Wonho,senior sekolahnya. Tetapi saat cintanya ditolak muncul seorang lelaki membantunya. Ucapan terima kasih kepada si dia tetapi ucapan itu di terima dengan menjadika...