Chapter 5

57 10 2
                                    

Sudah 6 hari berlalu , 6 hari ini jugalah aku tidak pernah berjauhan dengan Minhyuk di sekolah kecuali ketika kelas sedang dijalankan. Diary aku pula memang tak pernah putus aku menulis. Banyak kisah yang aku lalui sepanjang menjadi hamba Minhyuk ni. Dan esok adalah hari terakhir aku menjadi hamba dia , mungkin lepas ni kami tak bertegur sapa seperti selalu.

"Soyeon, kau okay tak?" Soal Kei.

"Aku okay" aku meletakkan kepala di atas meja.

"Tipulah, kau nampak pucat" Kei meletakkan tangannya pada dahi aku. " panasnya! Semalam kau berhujan ?"

"Berhujan la jugak masa nak balik semalam. Tapi tak apa, sikit ja"

Flashback!

*loceng tamat sekolah berbunyi*

"Alamak hujan pula. Semalam ramalan cuaca kata hari ni cuaca panas" aku merungut. Tak ada cara lain lagi, kalau aku tunggu mesti sampai malam tak berhenti hujan. Aku mengatur langkah meredah hujan menuju ke bas stop. Aku berlari secepat mungkin. Entah macam mana aku boleh tersilap langkah , aku tersadung.

"Aduh... Soyeon kenapa kau cuai sangat. Aku kena cepat nanti tertinggal bas pula" aku segera berdiri dan berjalan dengan pantas menuju ke bas stop dalam keadaan baju yang sudah basah lenjun. Aku melabuhkan punggung. Terasa pedih di lutut kanan aku. Aku memeriksa lutut aku yang terasa pedih kerana terkena air yang mengalir dari skirt aku.

"Awww , nasib baik luka kecil je. Malang betul aku hari ini"

************************************
"Soyeon , jom pergi bilik sakit? Kesian aku tengok kau ni" Ajak Kei.

"Eh tak apalah. Aku tidur sini je la. Nanti kalau cikgu sampai kau kejut aku , ya" aku melelapkan mata.

"Suka hati kau la" Kei kembali ke tempat duduknya.

*loceng tamat sekolah berbunyi*

"Soyeon , bangun..." Kei mengejut aku supaya bangun dari tidur.

Aku membuka , "Kei , cikgu sampai ke?"

"Tak adalah.. sekarang dah waktu balik" kata Kei.

"Huh" aku terkejut mendengar kata-kata Kei. "Kau tak bangun kan aku masa cikgu datang?"

Kei menggelengkan kepala, "cikgu benarkan kau tidur. Aku dah bagitahu cikgu yang kau degil tak nak pergi bilik sakit"

"Kei , terima kasih. Sayang kau" aku memeluk Kei. "Alamak Kei, aku kena cepat. Jumpa kau esok" aku terus mengemas bag untuk pulang.

"Tapi , Soyeon badan kau panas lagi tu. Okay ke balik seorang diri, tak nak call oppa kau dulu?"

"Tak apalah.. aku dah okay sikit ni.. bye" aku terus keluar kelas meninggalkan Kei seorang diri. Aku terus berlari ke pintu utama sekolah. Alamak, aku dah terlambat ni, dah janji dengan Minhyuk balik sekali dengan dia. Mesti dia marah nanti. Aku tiba di pintu utama sekolah, mencari kelibat Minhyuk , tidak kelihatan.

"Arghh, mesti dia dah balik dulu. Habis la aku kena marah esok"

Aku berjalan ke pintu pagar sekolah sambil mata aku melilau mencari kelibat Minhyuk. Tetap juga tak kelihatan. Aku ambil keputusan untuk balik sahaja tanpa menunggu Minhyuk, aku berjalan menuju ke bas stop yang menjadi tempat aku turun naik bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Arghh! Kepala aku. Aku menghentikan langkah. Semua di depan aku berpusing, mata aku semakin kabur. Tiba-tiba dunia semakin gelap. Aku dapat rasakan diri aku rebah.

Selang beberapa minit sebelumnya,

"Aish mana pula budak ni, aku balik sekejap ambil kereta je.. tak kan dah balik. Dah la lambat keluar tadi." Minhyuk parking keretanya dihadapan pintu pagar sekolah. Dia keluar dari perut kereta untuk mencari Soyeon. Minhyuk ambil keputusan untuk terus mencari Soyeon di bas stop, kerana dia fikir mungkin Soyeon sudah tidak ada di sekolah.

The DiaryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang