Cinta 3

277 3 0
                                    

Sebulan lebih tak dating, hari ni baru ada masa berdua. Haikal tiba 15 minit kemudian, katanya traffic jam. Aku pulak memang jenis yang lurus bendul, janji jumpa jam sepuluh, jam sembilan setengah aku dah terpacak di sini.

"Happy belated birthday sayang" ujar Haikal. Terus dia duduk disebelahku. Dah lah lambat, birthday wish lagi lah lambat, seminggu lalu aku sudah bertukar usia menjadi 29 tahun.

Mula-mula dulu aku dah cakap kat dia, aku tak suka dia panggil aku sayang, meremang bulu roma. Lama-lama aku dah tak ambil peduli lagi.

"Later kita beli hadiah birtday you ok" setiap tahun dia 'belanja' aku hadiah mahal-mahal, tapi semua jadi perhiasan almari je, menyemak.

Nak menggeleng kata tak mahu, dia dengan kepala dia, pasti dia paksa, hujungnya benda tu ada jugak dalam genggaman.

"Sayang marah ke? Senyep je ni." dia seperti memujuk.

"Tak marah pun, takde mood nak cakap banyak-banyak hari ni" sungguh aku tak marah, geram je pun.

Selesai makan, seperti janjinya tadi, dia membawa aku masuk ke Kate Spade. Satu demi satu beg tangan dia tunjuk, aku gelengkan kepala. Siapalah nak barangan branded macam tu, I'm not for sale ok.

"Sayang, masa ni je yang kita ada, lepas ni dah on call balik, lagi lah lama kita tak jumpa" pujuk Haikal.

"Then gunalah masa tu untuk perkara yang berfaedah" jawabku, nasib suara tak naik satu oktaf.

Haikal mengeluh, aku tahu dia bosan. "Macam ni jelah Encik Doktor, lebih baik saya balik, kat rumah tu berlambak lagi buku saya nak kena tanda. Kalau awak rasa saya ni buang masa berharga awak, saya rasa lebih baik saya balik", sungguh aku geram dengan dia sekarang ni.

"Fine!" Haikal dah marah.

Kami sama-sama berjalan namun arah bertentangan. Terus aku menuju ke kereta. Memang semenjak kami couple, aku tak pernah minta Haikal ambik di rumah sebab aku tahu dia sibuk memanjang.

Masuk je dalam kereta entah mengapa aku terus menangis. Haikal kah yang sudah berubah, atau aku?

Cinta Hati HambaWhere stories live. Discover now