Memulakan pekerjaan ditempat baru bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak benda yang mesti dipelajari dalam masa yang singkat. Apa yang pernah dipelajari di Universiti dulu tidak semua boleh diaplikasikan dalam bidang pekerjaan.
Semua tentang Resort mesti dipelajari segera, bukan hanya tertumpu pada bahagian akaun, malah meliputi bahagian lain. Semua bahagian berhubung satu sama lain. Hari pertama kerja jadi lone ranger lah jawabnya, sebab aku jenis yang tak mesra alam. Lama-lama tu ada seorang dua teman bicara. Waktu lunch tak payah cakap le, nasib mummy dengan rela masak untuk lunch, kalau tak kebulur aku sampai lima petang.
Hanya mengambil masa dua minggu, aku pelajari semua. Sebulan sudah bekerja, aku mula menjalankan tanggungjawab sebagai Penolong Pengurus Bahagian Akaun. Memang agak mencabar pekerjaan baru ini.
Hari ini kami akan mengadakan meeting audit, semua pengurus dan penolong pengurus berkumpul bagi menyediakan semua yang diminta oleh bahagian audit. Setahun dua kali, memang yang ini selalu orang balik lewat kerja malah esok pagi rasa malas sangat nak masuk kerja semula. Tenaga dikerahkan hingga ketitisan peluh terakhir.
Hari pertama audit, mummy dah bising, selagi tak nampak depan mata, selagi tu lah mummy call setiap setengah jam. Balik rumah terus mandi, solat dan tidur. Perkara ini belaku selama beberapa hari.
Selepas seminggu baru lah semua kembali normal. Masih sibuk dengan kerja Akaun. Audit berjalan lancar. Hujung minggu diisi semula dengan menemani mummy jalan jalan. Kekadang tengok wayang. Ini sajalah masa yang ada untuk sentiasa ada disamping mummy.
Peluang ini ku gunakan sehabisnya. Ibu.. mana nak cari pengganti. Semenjak kes mummy masalah jantung, aku mencuba sedaya upaya luangkan masa yang ada dengan mummy.
YOU ARE READING
Cinta Hati Hamba
RomanceDisebabkan Cinta Awak Encik Doktor saya tak sengaja terdelete. So here we are all over again.