Cinta 23

123 3 0
                                    

Semalam berlangsungnya majlis pertunangan Raisya, bererti Haikal adalah tunangan orang. Hari ini hari Ahad, aku mengambil peluang ini berehat di rumah mummy. Penat beberapa hari ini masih terasa, ingin aku mengambil emergency leave bagi merehatkan badan, namun aku khuatir sekiranya dikemudian hari aku akan betul-betul memerlukan cuti tersebut.

Kami berkumpul di rumah nenek malam semalam, nenek tiba-tiba ingin semua anak-anak dan cucu-cucunya berkumpul. Hanya kak Leen je takde, masih kerja di laut. Nenek sempat bising semalam, tak suka cucu perempuannya terlibat dengan kerja lelaki. Namun nak buat macam mana, dah minat Kak Leen. Mummy hanya mendiamkan diri, dan aku pulak hanya angguk, takut nanti kalau aku menjawab, dengan aku aku sekali nenek basuh.

Balik dari rumah nenek semalam, aku terus tidur. Hampir jam 10 pagi baru aku sedarkan diri. Itu pun sebab menerima private text dari Hafiz, katanya majlis berjalan lancar semalam. Mula-mula aku berasa lain, mungkin kerna itu pertunangan Haikal. Dan aku pulak masih solo, masih mencari Encik Jodoh yang sesat entah dimana.

Ketika sedang mengelamun, pintu bilikku diketuk.

"Ween, turun jap. Nenek datang ni" ujar Mummy lepas mengetuk pintu.

Nasib aku dah selesai mandi, terus aku turun dan bersalaman dengan nenek dan sepupuku, Damia. Damia je lah harapan kami semua untuk menjaga nenek memandangkan yang lain semua ada hidup masing-masing dan tinggal berasingan dengan nenek. Nenek sangat memanjakan Damia, namun kata mereka yang lain, nenek lebih manjakan aku. Aku pun tak pasti kenapa mereka cakap seperti itu.

Nenek letakkan satu kotak empat segi yang kecil di atas meja. "Ini untuk Ween" kata nenek.

Agak terkejut, namun ku ucapkan terima kasih pada nenek. Ku cuba sarungkan cincin emas bertahtakan berlian berwarna biru. Tepat pada jari manisku. Nenek tahu kalau saiz jariku dan saiz jari nenek memang sama.

"Nenek nak Ween pakai, jangan tanggal" ujar nenek. Walaupun terkejut dengan permintaan nenek, tetap aku angguk patuh.

Aku lihat jari Damia jugak pakai cincin yang sama. Fahamlah aku kenapa nenek berikan aku cincin ini. Nenek selalu belikan aku apa yang dia belikan Damia. Mula-mula aku tak kisah, tapi bila sepupu sepapat yang lain mula berkata kata, aku jadi malu sendiri. Aku hanya mendiamkan diri dan katakan pada diriku yang itu adalah rezeki aku.

Sebelum nenek pulang, nenek sempat hulurkan satu sampul pink kepadaku, cukup hanya aku dan nenek yang tahu. Nenek selalu sembunyi-sembunyi beri aku wang setiap kali jumpa nenek. Dari kecil hingga kini.

Dulu selalu balik kampung hanya ketika setiap cuti sekolah memandangkan aku bersekolah di Brunei kerana mengikut Ayah. Setiap kali balik kampung, aku selalu jadi pengikut setia nenek. Kemana pun nenek pergi aku akan ikut. Nenek masuk hutan ambil pucuk paku, aku ikut. Nenek pergi pasar beli ikan, aku ikut. Nenek pergi kedai, aku ikut. Nenek pergi kemana pun aku ikut. Hanya tidur je di rumah Mummy. Buka mata aku terus mandi dan sarapan di rumah nenek, nenek selalu menyambut aku dengan makanan kampung yang sedap.

Mungkin kerna itu nenek agak terlebih menyayangi aku dari cucu-cucunya yang lain.

Masuk ke dalam bilik, terus ku buka sampul pink yang baru nenek serahkan. Perlahan ku lihat isinya dan kira. RM2000 dalam bentuk wang kertas RM100. Walaupun agak terkejut namun aku tahu nenek mampu. Cuma kali ini berlebih RM1000 dari biasa.

Cinta Hati HambaWhere stories live. Discover now