Cinta 15

185 4 0
                                    

Hari ni sekolah seperti biasa,  hampir nak cuti penggal semua aktiviti bersambung dan bertindih.  Academic award,  International Day Dress Up,  Camping at school, sports day dan banyak lagi.  Semua berterusan hanya dengan tinggal dua minggu lagi penggal pertama ditutup.

Penat memang sungguh penat,  lupa akan segala masalah. Sedang berehat di staffroom,  masuk text dari Haikal.

"Will  meet mama esok" tulis Haikal.  Hampir terlepas hp dari tangan.  Nak buat apa jumpa mama dia.

"Nak buat apa?" soal ku kembali.

"Mama has been waiting to meet you since we first know each other" terangnya.

Aku mengeluh perlahan,  "when and where?"

"This weekend at Pavi"

"Deal"

Aku meninggalkan hp di staffroom dan terus pergi ke dewan besar bagi majlis academic award.

Sedang duduk melihat persembahan sebelum majlis penyampaian sijil pelajar cemerlang bagi pelajar yang menduduki peperiksaan O level tahun lepas, terasa bahu ku diusik perlahan.
Perlahan aku menoleh,  senyum aku melihat Tengku Arissa,  "how are you miss?" sapanya perlahan. Dia salah seorang penerima bagi mata pelajaran POA.

"Busy weeks ahead,  then holiday... " hampir aku terjerit memikirkan cuti penggal pertama.

"What's up with my brother? " tembak Tengku Arissa terus.

"Nothing, just kebetulan jumpa,  then saja nak buang stress,  dah ada orang nak teman,  teruskan je lah" aku buat muka tanpa reaksi.

"But my abang macam orang baru lepas keluar dating,  gembira senyum sampai telinga" ayat Tengku Arissa buat jantung ku berhenti sebentar.

"Tolong saya explain dekat your abang,  I went out with him as a friend, nothing more nothing less" aku cuba mengurangkan rasa tak selesa ini.  Sungguh aku menyesal keluar dengan dia.

Aku pernah terfikir untuk mem-block saja Tengku Luthfil dari ig sekiranya benda ini berterusan.  Aku pun belum sempat nak beritahu Haikal tentang benda ni. Sibuk kalah menteri.

Cinta Hati HambaWhere stories live. Discover now