Selepas lebih sebulan berdamai, baru kali ini aku ada masa untuk berjumpa Haikal. Sungguh ku masih rasa aneh.
Terkejut aku bila Haikal dah terpacak menunggu di dalam restoran. Selalu aku yang pertama sampai, 30minit lebih awal.
Rasa janggal masih menguasai diri, macam pertama kali kami berdating.
"Awal sampai?" tegurku berbasa basi.
"I want our relationship getting better" lembut suaranya.
Sungguh aku terasa seperti kali pertama kami keluar dating. Semua indah belaka. Cuma beza kal ini adalah hatiku yang masih agak beku.
Perlahan Haikal memperbetulkan kedudukannya, "Can I just pick you up next time?" permintaan yang agak mengejutkan.
Perubahan apa kah yang ingin ditunjukkannya pada ku. Aku hanya mendiamkan diri, tak mungkin aku terus mengiakan selepas apa yang terjadi.
"Sayang, say something?" mungkin senyapku membuatkan dia terasa.
"Part yang tu, I want you to give me time please. Tak pernah-pernah you jemput I kat rumah. Awkward tu" aku cuba sembunyi debar di hati.
"Please sayang, I don't want to lose you anymore. Cukup sekali I jadi macam orang gila cari you bila you hilang. It was really hurt and it kills me." dia dah merayu dah balik.
Aku diam, sekali tengok macam orang gila talak pulak mamat ni.
"Ok fine" aku terus setuju, entah hantu mana yang baru je melintas.
"I'm going to bring you to meet my family soon. No more wasting the precious time. Kalau boleh kita nikah cepat" sedas dia cakap.
Aku dah ternganga dah aku rasa. Dia ni biar betul, ada sakit jiwa kat mana-mana kot.
"oohh... That one seriously need to wait. Gila apa nak jumpa family you. I'm not ready for that" tolakku segera.
"Well then, let me meet your family? " pintanya. Sungguh dia ni nak buat aku tercekik. Makanan pun belum order, aku dah boleh rasa macam nak tercekik kat leher ni.
"Awak please lah. Tak rasa cepat sangat ke?" aku cuba mengelak secepat yang mungkin.
"We have been together for more than two years. How do you think it is still cepat sangat? " dia dah bersungguh-sungguh ni.
"Can we please drop this first. You really make me feel uncomfortable right now" aku dah rasa tertekan dah. Apa dah jadi dengan Haikal yang ku kenal sebelum ni. Apa yang telah berlaku sepanjang ketiadaan aku dalam hidupnya.
"Sorry sayang, I tak bermaksud nak buat you tak selesa. I just can't lose you anymore. I really can't" kejujurannya terserlah.
Aku kah yang salah menilai cintanya sebelum ini. Aku kah yang tak nampak betapa besarnya cinta nya padaku. Aku kah yang salah sebab memcurigai cintanya. Eh wait. Lupa pulak nak tanya soalan keramat tu.
"Who is the girl yang you ambik gambar berpelukan kat ig tu?" cukup sudah soalan tu selalu menghantuiku.
"Raisya is my best friend. I'm so sorry sebab pergi bercuti dengan dia during your birthday. I'm get used with gambar macam tu dengan dia. And I tak berpelukan dengan dia, I cuma pegang pinggang dia. And I'm so sorry for that. It will never happened again. I will not go anywhere with her anymore." penerangan yang agak berat sebelah bagi ku.
"Kenapa caption dia With love?" yang tu jugak menimbulkan rasa curigaku.
"I confronted her and she said dia tak sengaja. She just mean it as family love" terangnya.
Pffftt... Rasa nak ketuk je kepala Haikal ni. There is no way minah tu tak sengaja. Ke dia dah tangkap feeling dengan Haikal. Haikal ni je yang suci tak tau maksud minah tu.
Hari boleh dikatakan our longest dating time. Selalu pergi pagi balik pagi, pergi petang balik petang. Tak pernah sampai kemalam. Hari ni pecah rekod, dari pagi sampai ke malam. Macam-macam idea Haikal untuk pastikan kami menghabiskan masa seharian.
YOU ARE READING
Cinta Hati Hamba
RomanceDisebabkan Cinta Awak Encik Doktor saya tak sengaja terdelete. So here we are all over again.