Cinta 8

209 3 1
                                    

Dah lebih sebulan aku mula kembali mengajar ke sekolah.  Keputusan O level pun baru je kuar. Sekolah swasta macam sekolah kami ni,  kami guna international exam.

Tengku Arissa boleh pulak score 9O,  8A* dan 1A,  rasa nak menangis pun ada,  ini kali pertama dalam hidupku pelajar memperolehi A* dalam mata pelajaran yang ku ajar.

Dia ada cakap,  minggu depan nak belanja makan kat restaurant. Aku sorang je dia jemput ok,  sebab aku ni rupanya guru kesayangan dia.  Baru je ku tau semalam. Rasa kembang kempis je hidung.  Bangga yang teramat.

Dia cakap lagi lepas ni dia terus sambung belajar kat London,  ikut saranan ibu dia.  Nak jadi lawyer katanya.  Ambik course Crime and Criminology kat Sheffield University.  Untunglah orang ada duit,  senang senang je pergi belajar kat luar negara.

Ayah mampu hantar aku pergi Universiti tempatan je,  itu pun aku dah rasa syukur. Ayah cakap selagi tak habis belajar,  selagi tu tak boleh tinggal dengan Mummy kat Malaysia.  Brunei lah tempat ku membesar.

Nasib Kak Leen baik,  dia lebih dulu tinggal dengan Mummy sebab dia diterima belajar kat Manchester University,  abis je belajar bawah biasiswa kerajaan,  terus dia diterima di Petronas. Ni pun dah separuh dah dia bayar balik biasiswa.

Sebab kak Leen balajar luar negara lah,  Ayah tak kasi aku belajar luar negara.  Ayah cakap cukup lah Kak Leen yang pergi,  saya tinggal je kat Brunei. Itu jugak salah satu sebab kenapa aku lagi rapat dengan Ilham dari Kak Leen.

Cinta Hati HambaWhere stories live. Discover now