Balik dari sekolah hari ni rasa nak lari pun ada. Haikal dengan selambanya menunggu di depan pintu pagar rumah.
"What are you doing here? " soalku geram.
Ini kali pertama dia datang ke rumah. Dua tahun lebih jadi pasangan, jangan kan aku pergi ke rumahnya, dia nak pandang rumahku pun tak sudi. Pergi dating pun asing-asing kereta.
"As I told you before, we are not done discussing our problem yet" dia buat muka kasihan. Malangnya aku tak kasihan langsung.
"Ish.. Tak payah kot nak cakap ulang-ulang. Kan kita dah putus" aku cuba lembutkan patah bicara.
"We are not over. Bila kita decide? " soalnya kembali. Nampak macam nak marah je dia ni.
"Ni lagi satu saya malas nak ulang, kan kita putus bila terakhir kita jumpa dulu. Tak ingat ye" aku dah naik geram ni.
"Sayang please.. I tak nak kita putus macam tu. Sungguh I tak sengaja nak marah awak waktu tu" makin lembut petah bicaranya.
Aku diam, malas nak cakap apa lagi dah.
"Sayang say something please" rayunya.
Aku dah nak cair dah ni. Tapi aku kuatkan hati.
"Give me time please" pinta ku.
"Is eight months not enough? " soalnya perlahan.
Aku mengeluh, "after what happened, saya tak tau nak fikir apa lagi dah. Sungguh saya ikhlas dan redha kalau hubungan kita setakat tu saja"
"Sayang, please.. I merayu, kali ni je. Tolong bagi peluang untuk hubungan kita dan tolong maafkan saya" dia macam dah nak melutut ni.
Aku tarik nafas perlahan dan "ok kita cuba semula, tapi tolong jangan berharap semua akan kembali sama seperti sebelum ni"
"Alhamdulilah, thank you sayang" lebar sungguh dia tersenyum, nampak lega sangat.
"Sayang, to start with. Can I have your new number?" aku buat muka blur..
"You changed your number, remember? "
"Oh, ok.. Sekejap" aku keluarkan perlahan handphone oppo R9 ku.
"Can I dail my number using your new phone? " dia hulurkan tangan.
Macam kena pukau, selamba je aku bagi phone baruku kat Haikal. Phone tu pun bukan ada password.
"Cantik wallpaper. You went to which part of Japan? " perlahan dia hulurkan kembali phone ku.
"Wakayama" pendek jawapanku. "Can i go in now? I'm so tired"
"Sure sayang" dia memberi ruang aku untuk masuk rumah.
Dia menunggu sehingga aku benar-benar masuk rumah, kemudian baru dia bergerak pergi.
Bagiku tak salah beri dia peluang kedua.
YOU ARE READING
Cinta Hati Hamba
RomanceDisebabkan Cinta Awak Encik Doktor saya tak sengaja terdelete. So here we are all over again.