Hari yang dinanti akhirnya tiba, aku rasa macam nak teriak untuk kasi tau satu dunia betapa aku nervous nak berjumpa dengan mama Haikal.
Sementara menunggu hari ini, setiap malamku ditemani mimpi ngeri, ala-ala filem Ibu Mertuaku.
What if Mama Haikal berperangai sama seperti typical orang berada. What if Mama Haikal tu sporting orangnya. Terlalu banyak kemungkinan yang ada dikepalaku.
Dengan memakai pakaian yang paling sopan, nasib aku tak pakai baju kurung, terfikir jugak nak pakai, aku melangkah masuk ke Pavilion. Naik grab sekejap je sampai, nak drive sendiri, alamatnya habis masa nak cari parking.
Aku duduk di restoran yang dijanjikan, rasa cemas takkan hilang selagi tak jumpa Mama Haikal.
Datang 30 minit lebih awal memang habit yang susah aku nak buang. Sekarang ni aku yang tanggung natijahnya. Tambah cemas aku hinggakan berpeluh tanganku.
Tepat jam 11 pagi, Haikal tiba dan duduk berhadapan denganku.
"Where is your mum? " soalku dengan nada cemas.
Perlahan Haikal keluarkan Iphone X nya dan ting... Gambar aku dan Tengku Luthfil.. Satu-satunya gabar berhantu yang sungguh aku ingin lenyapkan dimuka bumi ini.
"Kebetulan jumpa and thats it, nothing more nothing less" aku cuba tenangkan nada ku. Bila dulu aku nampak gambar ni, aku dah fikirkan pelbagai alasan. Hari ni, ayat tu je yang keluar.
"You ingat tak dulu kita gaduh just because of my pictures with Raisya?" suaranya kedengaran marah.
"I do and this picture is only this once. At least we were still at KL, tak pergi keluar negara at many different cities" aku rasa ego ku dah mula dicabar.
"You realise tak you keluar dengan lelaki lain kat belakang I" dia cuba tekankan kesilapan ku yang satu ini.
"I admit I made a stupid mistake bila I accepted that guy's invitation, but it happened only this once and thats it" aku cuba menenangkan keadaan dengan mengakui kesalahan yang satu ini.
"You got mad at me for few months just because of my trip with Raisya. But I can't get mad over your picture with lelaki lain? " soalan Haikal kedengaran mencabar kesabaranku.
"It was trips that we were talking about. You went outside Malaysia with her more than once. And what was the worst part, there was once during my birthday" aku dah terasa ton suara ku semakin naik.
Sungguh aku cuba kawal kemarahanku, dia seperti meletakkan kesalahan yang amat berat dibahuku.
"I came here to see your mum, if she is not coming, I better move now"
Haikal berikan aku pandangan yang sungguh tajam, "you don't deserve to see my mum. With this kind of attitude, jangan harap I kasi you jumpa my mum"
"What kind of attitude you are talking about? " tak sengaja aku terhempas meja. Sakit sungguh hatiku. Dia dah anggap aku seperti apa, hanya kerna gambar itu.
"You should know" Haikal silang kedua tangannya ke dada. Sungguh aku nampak seperti Haikal mber pandangan yang sombong dan akulah orang yang tak layak untuknya.
Aku tarik nafas dalam. Sungguh aku tak sunggup nak lama-lama lagi menghadap muka Haikal. Kalau lagi lama, takut pulak aku hempuk dia dengan beg kat tangan ni.
Aku bangun dari tempat duduk, "I hate you Haikal", dan aku terus blah. Haikal hanya duduk memerhati dan memberikan pandangan sinis.
Aku terus balik dan tidak lagi menghubungi Haikal lagi selepas itu. Egoku tinggi untuk menghubingi dia malahan dia yang menyakiti hatiku.
YOU ARE READING
Cinta Hati Hamba
RomanceDisebabkan Cinta Awak Encik Doktor saya tak sengaja terdelete. So here we are all over again.