Selesai perbincangan semalam, aku terus masuk bilik resort, tak sempat nak balik. Awal pagi ni nak mula kerja lagi.
Hampir jam 1 pagi baru aku terlelap selepas selesai membersihkan diri. Jujur aku masih terkejut bila bertemu mata dengan Haikal kembali setelah sekian lama. Tidak semua jalan cerita itu indah. Sama seperti jalan cerita kami, dugaan sentiasa sahaja ada.
Bangun jam 7 pagi aku rasa nak sambung tidur, namun kerja masih menanti. Doaku hari ini sama seperti beberapa hari lalu, jangan bagi aku jumpa Haikal. Sungguh aku ingin melakukan kerja dengan aman tanpa perlu menghadap muka Haikal.
Seperti kebiasaannya, aku akan berlari disekeliling pantai sebelum memulakan hari bekerja. Keadaan agak lenggang hari ini memandangkan hari ini hari Selasa. Resort jarang dipenuhi dengan pelawat apabila bukan waktu cuti persekolahan. Larian yang mengambil masa 30 minit dan 5km ini selalu aku lakukan sekiranya aku tidur di resort. Sudah menjadi rutin semenjak bekerja di sini.
Dan menjadi kebiasaan jugak selesai berlari, aku akan duduk sekejap memandang laut dan melihat matahari terbit. Lokasi resort ini memang yang terbaik setakat yang aku tahu.
"Miss Seri is it?" tiba-tiba terdengar suara lelaki menegurku.
Aku menoleh kepada suara tersebut, beberapa saat aku terdiam. Kemudian aku mula ingat kembali, "Farid right!" ujarku teruja. Diantara pelajar yang paling nakal, dan disebabkan oleh dia lah aku terima DM dari Haikal d facebook menyatakan dia telah melihat aku secara berdepanan. Lama berkawan di facebook, itulah kali pertama kami berjumpa namun sayangnya aku tak kenal Haikal masa tu.
"Bercuti ke?" soalku girang, bukan senang nak jumpa pelajar lama.
"Ye Miss, cuti semester, mama dan papa takde kat Malaysia, adik beradik pun semua takde kat sini. Ingat balik Malaysia nak jumpa diorang, tau tau diorang pulak yang sibuk" jawabnya.
Aku sedar, banyak dikalangan pelajar ku dulu semua orang berada. "Now bercuti sorang sorang le ni?" soalku lagi.
"Tak lah, cuti dengan kawan-kawan Uni yang lain. Miss bercuti jugak ke?" dia menoleh kesekelilingku mencari "teman" ku mungkin.
"Nope, I work here now. Dah tak jadi cikgu lagi dah" ujarku sambal tersenyum. "Uni awak kat mana?"
"Queen Mary, ambik course Science and Engineering" aku terlopong mendengar jawapannya, salah satu university terkemuka di London. Dalam masa yang sama,aku bangga dengan pencapaiannya.
'Maaflah, I need to go, pagi ni banyak kerja menanti" ujarku kepadanya dan kami membawa haluan masing-masing.
Selesai bersiap, aku terus berjalan k opis Hafiz bagi meneruskan projek yang diberi semalam. Malam ni majlis, entah kenapalah Dato Najdi punya keyakinan untuk menerima kerja last minute macam ni. Aku dan Hafiz dah rasa nak pecah kepala dah dek memikirkan majlis orang.
Tepat jam 12 tengah hari, aku terus melangkah ke restoran, perutku dari jam 10 dah berbunyi nak mintak isi. Aku memutuskan untuk menggunakan khidmat buffet, senang dan cepat. Selesai mengambil makanan dan minuman, aku terus duduk, Keadaan restoran agak hamper penuh kerna ini jam makan tengah hari.
Sedang aku makan, tiba tiba ada seseorang duduk di depan ku dan aku tahu itu lelaki. Perlahan ku angkat wajah dan melihat siapakah gerangannya.
"Can I sit here Miss? Tempat lain semua penuh" ujar Farid. Nafas ku hela lega, nasib baik bukan Haikal.
Entah kenapa aku takut nak jumpa Haikal, Padahal orang tu dah nak bertunang pun, takdenya dia nak pandang aku lagi."Sure, duduk je" sambutku.
Selang beberapa minit kemudian kami disertai oleh Hafiz, dia sempat jelling aku sekali sebab biarkan dia sorang-sorang menyiapkan projek, Katanya semua dah selesai, doakan je majlis berjalan lancar malam ni.
Aku dah beritahu Dato Najdi yang aku takkan hadir malam ni memandangkan aku kena balik rumah Mummy. Mummy dah bising. Lagipun aku boleh wakilkan Hafiz sekiranya ada masalah pada majlis malam nanti.
Makan semeja dengan bekas pelajar buat aku berasa dah semakin tua, pelajar dah jadi dewasa dah. Dengan karisma yang Farid bawa, aku tak hairan kalau dia dah ada teman wanita. Namun katanya masih belum ada kerna sibuk dengan pelajaran. Kawan dia masih tidur lagi kerna semalam berjaga hingga subuh. Petang nanti diorang plan nak pergi scuba diving. Seronok bila mengetahui pelajar sendiri Berjaya.
Hafiz hanya berdiam diri kerna dia baru je tahu yang aku bekas guru. Dia agak terkejut bagaimana seorang guru boleh terjun ke bidang Kewangan. Aku hanya tersenyum.
YOU ARE READING
Cinta Hati Hamba
RomanceDisebabkan Cinta Awak Encik Doktor saya tak sengaja terdelete. So here we are all over again.