Staff retreat memang selalu diadakan di resort ini. Ia selalu menjadi pilihan syarikat-syarikat besar kerana kedudukan yang strategik dan aktiviti-aktiviti kem bina jati diri selalu saja efektif. Syarikat yang sama akan kembali semula ke sini bagi tahun depan dan tahun tahun seterusnya.
Hari ini ada syarikat besar akan mengadakan staff retreat di sini. Sekiranya syarikat itu adalah syarikat besar dan maju, semua atasan berpangkat tinggi akan diarahkan menyambut kedatangan tuan empunya syarikat. Hari ini benda yang sama bakal terjadi lagi. Sungguh aku tak gemar sangat jadi 'penyambut tetamu' kerna aku hanya pegawai bahagian akaun, langsung takde kena mengena dengan staff retreat tersebut. Semenjak pegawai cuti bersalin, aku terus jadi Pemangku Pegawai. Gaji agak lumayan jugak.
Kini kami semua sedia beratur di pintu utama, hampir 20 minit kemudian, baru yang dinanti tiba. Lamborghini yang pertama tiba, kemudian
Range Rover Evoque. Entah kenapa aku rasa familiar dengan kereta Range Rover tersebut. Tak sampai 15 saat kemudian, Raisya keluar dari bahagian penumpang, kemudian muncul Haikal dari bahagian pemandu.Sungguh aku terkejut, aku mesti lari sekarang jugak. Lita, setiausahaku ku pegang tangannya. "I urgently need to go to toilet, dah tak tahan dah ni. If boss tanya, bagitau je ye". Aku terus berpusing dan lari. Jantung aku berdegup sangat kencang, rasa seperti jumpa hantu.
Terus aku bersembunyi dalam bilik pejabatku. Kini aku harus mencari cara bagaimana nak menggelakkan diri hari Haikal dan pastikan Haikal tidak tahu akan kewujudan ku di tempat ini.
Lama aku 'menyembunyikan' diri dari Haikal, sungguh aku berdoa semoga dia takkan jumpa aku. Nak ambil emergency leave pun tak boleh ni, memandangkan Pegawai sebenar sedang bercuti. Sekiranya aku ikut bercuti, pincanglah bahagian Akaun.
Dari pagi sampai petang, nasib baik bos tak cari. Memang bahagian akaun agak popular terutama sekali hujung bulan. Namun memandangkan ini pertengah bulan, kami agak santai sikit menguruskan wang yang keluar dan masuk.
Pelbagai cara akan ku lakukan bagi memastikan Haikal takkan sedar akan keberadaan aku di sini. Aku dah 'move on' dari Haikal walau penghujung jalan cerita kami tidak seindah kisah cinta orang lain.

YOU ARE READING
Cinta Hati Hamba
RomanceDisebabkan Cinta Awak Encik Doktor saya tak sengaja terdelete. So here we are all over again.