Hari kemarin 'selamat' ku lalui tanpa terserempak dgn Haikal. Pagi ni boss besar nak jumpa, ada emergency case katanya menggenai staff retreat company kepada ayah Raisya, Dato Wira Rahman.
Dengan berbekalkan fail kewangan staff retreat RR Holdings, aku menemui CEO resort ini iaitu Dato Najdi. Orangnya berusia 43 tahun, namun masih bujang.
Selesai mengetuk pintu biliknya, perlahan aku masuk. Dia kelihatan agak sibuk dengan kerjanya. Tiba-tiba aku terfikir, kenapa orang berada sepertinya masoh bujang. Lengkap pakej jadi suami mithali. Mengenalinya selepas beberapa bulan kerja di sini, ada kalanya sisi lain kelihatan secara tak sengaja. Orangnya sangat baik, hari ni mengenakan suit biru tua, rambut disisir kemas, sedikit kumis dan janggut yang kemas. Orangnya elok paras wajahnya, agak cerah dan tinggi.
"Miss Dewi, have a seat", terus terbang semua angan-angan ku tadi.
"What happened actually is, Dato Wira nak buat surprise event during closing ceremony, dia nak announce majlis pertunangan his daughter. So we need a planner for the event as well as the budget planner which I belief is your area" terangnya.
Aku terdiam sebentar, yang aku tahu anak Dato Wira Rahman hanya ada seorang anak perempuan iaitu Raisya, beerti Raisya akan bertunang. Bertunang dengan Haikal ke?
"Dewi, are you here?" terkejut aku bila Dato Rahman memetik jarinya di depan ku.
"Sorry boss, saya tengah berfikir tadi" aku senyum tawar.
Tiba-tiba pintu dibuka dari luar, "speak of the devil, here you are Rahman", ayat Dato Najdi mengejutkan aku. Terus aku duduk tegak.
Dato Najdi bangkit dan melintasi tempat duduk ku dan kedengaran dia menghampiri Dato Wira Rahman.
Supaya tidak kelihatan biadap, aku pun turut berdiri dan memalingkan badan menghadap tetamu istimewa bos besar kami.
Selesai berpusing, aku terus mati akal, terkejut melihat Haikal berdiri di sisi Dato Wira Rahman. Melihat Haikal terpaku melihat ke arahku, aku tahu dia dah sedar akan kewujudan ku ditempat ini.
'Think Weena, think'. Otak ku ligat berputar bagi melarikan diri.
"Boss, I go first, any update after this, boss bagitahu saya ye" aku terus berjalan, hanya satu dalam kepala ku, iaitu keluar dari temlat ini.
"Sure. Anyway Dewi, I need you to see Hafiz now, dia akan brief you in detail" hanya itu yang ku perlukan keizinan bagi keluar dari tempat ini. Aku tahu Haikal masih terkejut melihat aku, pandangannya langsung tak lepas dari melihat aku.
Keluar dari office Dato Najdi, aku tarik nafas dalam-dalam. Sambil kaki melangkah menuju ke office Hafiz, bermacam cara aku fikirkan untuk pastikan Haikal takkan pernah jumpa atau melihat aku lagi.
Perbincangan aku dengan Hafiz membawa dari pagi hingga ke petang, hampir saja kami tak makan, nasib baik resort ada delivery makanan ke office. Kami terpaksa mencari event planner dari luar memandangkan event planner kami baru saja meletakkan jawatan. Jawatan tersebut masih terbuka bagi permohonan. Hafiz, pegawai dari bahagian sumber manusia, terpaksa ikut campur memandangkan pegawai bahagian lain sibuk dengan urusan masing-masing.
YOU ARE READING
Cinta Hati Hamba
Roman d'amourDisebabkan Cinta Awak Encik Doktor saya tak sengaja terdelete. So here we are all over again.