Cinta 24

170 4 2
                                    

Hari ini kembali kerja seperti biasa, setiap hari isnin pasti mood automatik penat, semangat melayang entah kemana. Drive selama hamper dua jam, terus memecut selepas sembahyang subuh. Penat dan terus masuk office, sungguh aku rasa nak ambil cuti lagi. Tapi nak buat macam mana, kita ni kuli je bukan boss.

Terus aku buka file yang terletak dalam tray merah, bererti projek penting. Sedar tak sedar, bila tengok jam je dah menunjukkan hampir satu petang. Patut perut rasa lapar sangat.

Terus aku ambil handphone, purse dan kad perkerja bagi mendapatkan makanan percuma. Di resort ini, perkerja diberikan makanan percuma, itu diantara sebab aku masih bertahan berkerja di sini. Kebajikan perkerja amatlah dijagai oleh tuan empunya resort.

Selepas order nasi ayam dan air longan. Terus aku duduk dan menunggu makanan dihantar oleh pelayan. Entah angin apa hari ini, watsapp family belah mummy penuh dengan text, hamper 500 text nak dibaca. Kadang aku tersenyum dengan text dari sepupu-sepupuku, tajuk perbincangan hanyalah satu tapi bila dah jadi gurauan, makin menjadi pulak jalan cerita mereka. Kerja sepanjang pagi membuatkan aku terlepas, aku hanya mampu membaca sebelum membalas text-text mereka.

Tiba-tiba kerusi di depan ku ditarik, tersenyum aku. Aku tahu hanya Farid atau Fariz yang berani duduk di depan ku, pekerja lain atau orang lain takkan berani duduk di depan ku kecuali sekirany tempat duduk semua penuh.

Sambil tersenyum, aku angkat kepala. Tiba-tiba senyuman ku mati. Mungkin berubah pucat mukaku sekarang ini.

Haikal dihadapanku menampakan senyumannya. Aku di sini semakin berdebar. Nak lari, makanan belum sampai, perut pulak lapar sangat.

Dalam keadaan janggal, aku sambung semula pembacaan watsapp ku tadi. Sungguh aku tak tahu nak cakap apa.

Haikal hanya diam memandang aku. Aku tahu dia memandang aku dengan hanya melihat dari tunduk. Sampai sahaja makanan, aku terus makan. Walaupun perutku lapar, sekarang ni makanan dah jadi tak sedap, hilang selera aku nak makan dengan kehadiran Haikal.

Mungkin dia nak sindir aku secara diam dan sinis, nak show off dia sudah bertunang dan aku pulak masih single trang tang tang.

Aku cuba makan secepat mungkin, aku nak lari dari tempat ni, dah rasa panas semacam dah walau sircond di restoran ni berada disuhu paling minima.

Selesai makan, aku terus bangkit. Laju ku berjalan nak masuk office. Aku tahu Haikal mengikuti ku dibelakang.

Jam satu setengah, office masih kosong kerana semua orang selalunya balik ke rumah masing-masing menguruskan keluarga, dan jam 2 petang baru office akan penuh semula.

Masuk bilik office, Haikal pun ikut masuk bilik office ku. "Excuse me Encik, Encik tak dibenarkan masuk sisi", berdiri di depan pintu, aku buka pintu untuk Haikal keluar.

Perlahan dia menghampiri aku, jantung berdetak macam nak pecah dah. Perlahan dia tutup pintu, betapa aku berusaha agar pintu itu terbuka, namun apalah kekuatan ku untuk melawan kekuatan Haikal.

Masih aku berdiri di tepi pintu sedangkan Haikal dah duduk di sofa yang dikhaskan dalam office pegawai ini.

"Duduk sini saying" arahnya. Nak termuntah aku dengan panggilan saying nya. Tak sedar diri tunang orang, ada hati nak panggil orang lain sayang.

Aku masih mematung di tepi pintu, tak hingin aku nak duduk dengan tunang orang. "Do you want to sit, or you want me to drag you here?" ugutan Haikal terdengar serius di telinga ku. Perlahan aku berjalan dan duduk dikedudukan sofa yang paling jauh dengan Haikal.

"You hilang again sayang" terdengar dia mengeluh.

"You know that the fact that I really hate it bila you hilang macam tu je" ujarnya lagi.

Aku hanya mencebik. Dalam hati aku berkata, dia buat-buat hilang ingatan lagi lah ni. Kan saya dah putuskan dia, tak faham ke dia ni. Dah tu, dah jadi tunang orang, ada hati pulak nak dekat-dekat dengan aku.

"Apa masalah lagi kali ni sampai nak hilang lagi ni?" dalam lembut dia bertanya ada tegasnya.

"Saya rasa tak elok Encik ada kat sini, nanti tunang Encik Nampak, Encik jugak yang susah nanti" sungguh aku nak halau dia keluar, tapi dari gayanya Nampak macam tak reti bahasa.

Kedengaran Haikal ketawa kecil, "bila pulak I bertunang?" soalnya kembali. Tajam anak matanya menikam anak matanya. Aku larikan pandangan. Entah kenapa kali ini Haikal Nampak tenang namun tegas.

Aku jadi tertanya sendiri, dengan siapa Raisya bertunang beberapa hari lalu.

"Raisya bertunang dengan teman lelaki dia, which is also my best friend" seperti tahu apa yang berlegar di kepala ku, Haikal menjawab persoalan ku.

Aku menarik nafas dalam, dan perlahan menghembuskan keluar, "I believe, kita dah takde apa-apa hubungan"

"Not as I know" jawab Haikal. "Again same question as before, bila kita putus?" soalnya kembali kepadaku.

"Saya yang putuskan awak" jawabku sedas. Aku dah rasa nak marah ni, namun aku mesti tenangkan diri. Haikal kelihatan tenang dan santai. Aku rasa macam nak hempuk je mamat ni dengan fail atas meja tu, terutama fail dalam tray merah tu, dua-dua buat aku stress.

"I tak cakap pun I setuju nak putus dengan you" santai, sungguh santai jawapannya, aku pulak rasa dah nak selamkan dia kat pantai di luar sana.

"Kan I cakap, I yang putuskan you, so I don't need your approval on that part" gigi ku ketap sambil berbicara.

"Since I tak setuju, in other words, you are still mine" ayatnya penjawab dia tu sungguh aku rasa nak selamkan diri aku pulak ke dalam pantai.

Aku berdiri dan mula buka pintu bilik office ku. "Sorry, I have work to do. Boleh tolong keluar tak dan jangan ganggu saya buat kerja"

Perlahan dia bangun dan bila berdiri di depan ku dia memberikan senyuman manis, namun bagi ku itu senyuman sinis. Dia sudah berlalu, namun harumannya masih ada dalam bilik ini. Aku ambil air freshner dan semburkan ke seluruh bilik.

Duduk di kerusi ku, ku tarik nafas dalam. Aku mesti fokus membuat kerja hari ini. Fail penting mesti siap hari ini jugak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Hati HambaWhere stories live. Discover now