Sebulan berkampung di hospital ini, aku hanya mampu bertawakal. Alhamdulilah mummy dah semakin sembuh. Penggunaan beteri pada jantung mama sangat-sangat merisaukan aku dan Kak Leen. Namun hasilnya setakat ini amat memberangsangkan.
Berada dikampung lebih dari sebulan. Aku terpaksa berhenti kerja demi menjaga mummy. Kak Leen pula punya pendapatan gaji yang lebih tinggi.
Aku dengan rela menjaga mummy. Kerja boleh cari tapi mummy nak cari kat mana.
Lebih sebulan di kampung, mummy dah bising suruh cari kerja baru. Aku mencuba mencari kerja diserata Johor, walau dimana sekalipun. Biar tinggal dekat dengan mummy, sekiranya terjadi apa-apa, paling tidak pun aku mampu segera sampai.
Bulan kedua jadi penganggur, aku dah mula panik bila melihat wang simpanan semakin berkurangan. Dah dewasa macam ni takkan nak minta wang dari mummy atau ayah. Nak minta dari Kak Leen, aku rasa dah bengkak dah telinga ni asyik kena ceramah je.
Kadang-kadang aku jalan keliling kampung bagi melihat keadaan kampung yang semakin maju ni.
Alhamdulillah, aku diberikan kerja disebuah resort terkenal, selepas dari interview dua minggu lepas, rezeki menyebelahi aku. Kerja sebagai penolong pengurus bahagian akaun, walau gaji tak segah dulu ketika jadi guru di sekolah swasta, namun gaji yang ditawarkan adalah baik.
YOU ARE READING
Cinta Hati Hamba
RomanceDisebabkan Cinta Awak Encik Doktor saya tak sengaja terdelete. So here we are all over again.