S A T U

2.8K 73 2
                                    

"NUR FARHANI BATRISYA!"

Aku terbangun kerana nama penuhku dipanggil. Aku meraba-raba di meja sebelah katil untuk mencari Iphone5 milikku. Aku lihat jam, baru jam 7! Awalnya! Ada special event ke hari ini?

Aku bangun lalu aku terus turun ke bawah dengan mata yang masih lagi mengantuk. "Kenapa?" Aku menggosok mata untuk menghilangkan mamai di mata. "Kenapa Hani tanya? Dah tua sangat ke sampai lupa? Hani kan kerja hari ni? Kenapa masih lagi seronok tidur?" Itu dia Puan Farida merangkap umi kesayangan aku memberi mukadimah di pagi hari.

"Astaghfirullahalazim! Hani lupalah!" Aku menepuk dahiku lalu aku terus naik ke bilik. Macam mana pula aku boleh lupa yang aku start kerja hari ini? Susah betul orang yang dah lama menganggur ni. Dah terbiasa bangun lambat sebab tidur selepas solat subuh.

Setelah bersiap, aku turun ke bawah untuk bersarapan. Hari ini aku mengenakan baju berwarna hitam dan shawl berwarna kelabu. Setakat jadi Personal Assistant CEO di sebuah syarikat, tak payahlah pakai baju grand sangat.

Sungguh aku tidak tahu dengan siapa aku bekerja nanti. Pada hari aku ditemuduga pun, pengurus di syarikat itu memberitahu aku akan bekerja dengan seorang duta dari Korea iaitu CEO syarikat itu. Mungkin orang tua kot. Jangan sajalah dia miang, mati aku. Esy, perasannya kau Hani.

Sesampainya di syarikat tersebut, seorang wanita yang berada di kaunter receptionist yang mesranya dipanggil Linda menunjukkan di mana tempat aku bekerja. Mejaku terletak di hadapan sebuah bilik pejabat yang besar. Aku boleh melihat isi pejabat itu kerana ianya see-through glass. Aku lihat nama yang tertera dipintu itu.

LEE HAN BIN

Cantiknya nama dia. Han Bin. Tapi mana dia ek? Aku duduk di kerusi meja itu lalu aku mengeluarkan buku nota khas untuk mencatat segala urusan CEO ini nanti.

"Coffee?" Kedengaran suara lelaki di telingaku. Aku mendongak untuk melihat wajah pemilik suara itu. Aku membuat muka blur kerana aku belum mengenali semua orang disini. Nama dia kopi ke? "Oh maaf. Nama saya Fauzan. Saya arkitek di sini. Awak baru masuk hari ni?" tanya lelaki itu. Oh, Fauzan, arkitek. Aku hanya senyum dan mengangguk dengan pertanyaannya itu.

"Nama awak siapa?" tanyanya lagi. "Farhani. Panggil Hani." jawabku pendek. Bagus juga ada orang mahu berkawan denganku. "Nah, coffee for you. Sebagai tanda perkenalan." Dahlah hensem, baik lagi. "Thanks."

"You're welcome. Better get going. Got works to do. Nice to meet you!" Fauzan tersenyum lalu melambaikan tangannya. Tapi aku hanya membalas dengan senyuman.

Apa aku nak buat ni? Tiba-tiba, seorang lelaki memakai baju berkot warna kelabu masuk ke dalam pejabat. Dia diiringi oleh pengurus yang menemudugaku hari itu. Dia membuat signal menyuruhku mengikutnya. Aku hanya ikut sahaja. Kami bertiga kemudiannya masuk ke dalam pejabat yang berada di hadapan mejaku tadi. Mungkin inilah Lee Han Bin. Kacaknya.

"Encik Lee, ini dia setiausaha Encik Lee. Nama dia Nur Farhani." Dia memperkenalkan diriku kepada lelaki yang dipanggil Encik Lee. Aku hanya tersenyum. "Okay thanks. You may go." kata Encik Lee yang dari tadinya hanya memandangku sahaja. Ke aku yang perasan?

"You may sit.. Far?"

"Hani. Just call me Hani." Far, Far, jauh sangat ke aku ni? Aku terus sahaja duduk di kerusi di hadapan mejanya. "So, any appointment today?" tanyanya. Takkan baru sampai dah ada kerja? "None. You've just enter the office today. You'll have meeting tomorrow with all the staff." Ah, kekoknya. Dahlah aku tak pro English. Haiyaa.

"Aku tanya untuk hari ini. Lain kali, jawab soalan yang ditanya sahaja. Faham?" Suaranya lembut tapi cukup tegas dan menyakitkan hati. "Maaf, saya baru sahaja bekerja hari ini. Sorry for my mistakes." Mistakes. Baru sekali je pun. Sengaja aku tambah 's' dibelakang perkataan itu.

"Hmm, dah. Any questions?" Hmm, banyak benda juga aku nak tanya ni. "Do you have specific rules when people works for you?" Itu antara seribu satu soalan yang bermain dalam kotak fikiranku ketika ini. Mukanya menunjukkan dia sedang berfikir. Jangan dikenakannya aku sudah.

"Yes I have. There's many. Give me the notebook. Nanti aku bagi kat kau." Dia menunjuk buku nota yang berada di atas meja yang berada jauh sedikit darinya. Kemudian aku memberikannya buku nota itu.

Aku hanya memerhatikannya menulis di buku nota itu. Aku lihat banyak juga yang ditulisnya. Ini confirm nak kenakan aku. Ke aku yang salah sangka?

Lama aku perhatikan dia. Sungguh kacak lelaki ini. Kalau jadi laki ni.. eh? Hani! Stop dreaming! His your boss!
Dia kemudiannya menutup buku itu lalu diserahkannya kepada aku. "You can read it outside. If you want to ask me about that, we'll talk later, during lunch time."

*Mianhae. Short for story's beginning. 4 votes for next chapter. Sorry for demand. Luv u always. 😙😙😙😙😆😆😆

Annyeonghaseyo HusbandWhere stories live. Discover now