Selepas beberapa minggu kemudian, kami telah dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan bagi Ashraf. Omma terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya sewaktu menaiki teksi dari lapangan terbang menuju ke rumah kami.
Ashraf sikit lagi pengsan mendengar berita itu. Aku juga turut sedih kerana omma melayan aku dengan baik sangat. Sampai tak terbalas kebaikannya itu.
Selepas mendengar berita itu, kami bergegas ke hospital di mana omma dirawat. Sempat lagi aku bergaduh dengan Ashraf gara-gara membawa kereta. Aku sendiri menjadi sukarelawan untuk memandu keretanya. Sebab aku takut kami pun ter'join' sekali dengan omma masuk hospital dengan keadaan emosi Ashraf yang tidak stabil pada saat ini.
Sampai sahaja di hospital, kami terus pergi ke wad ICU. Omma masih lagi dibedah. Ashraf duduk di kerusi menunggu sambil menangis-nangis. Eyy, buruknya muka. "Ashraf, janganlah nangis macam tu. Omma awak tengah dirawat tu kan, bukannya apa." Aku cuba menenangkan dirinya.
"Omma tu Hani. Saya risau.. saya takut tak sempat minta ampun dengan dia." Tangisnya lagi. Tersedu sedan dia menangis di situ. Aku pula bingung memikir bagaimana untuk menenangkannya kembali. "Tahu itu omma awak, sekarang ni awak doa banyak-banyak supaya dia selamat. Dahlah tu nangis, buruk betul muka awak tu." Kali ini aku menyapu lembut belakangnya.
Aku ni jahat, jahat juga. Taklah sampai nak derhaka dengan suami. Mungkin saat ini dia perlukan peneman untuk menjadi tempat luahan hatinya?
Setelah menunggu beberapa ketika, doktor kemudiannya keluar daripada bilik ICU tersebut. Ashraf terus sahaja meluru ke tempat doktor tersebut. Aku hanya duduk di kerusi itu tanpa bergerak. Aku hanya melihat mereka berbincang.
Doktor tersebut memberitahu sesuatu kepada Ashraf dan kemudiannya Ashraf terduduk di atas lantai. Ehh, kenapa pula tu? Aku terus datang ke tempat Ashraf. "Kenapa doktor?" tanyaku pula. "Hmm, anda siapa ya?" tanya doktor tersebut dengan sopan. "Ohh, saya menantu dia. Kenapa ya doktor?"
"Puan Aisyah tidak dapat diselamatkan sebab kecederaan yang sangat parah. Dan bukan hanya sebab itu, dia juga ada penyakit jantung di tahap kritikal yang menyebabkan dia tidak dapat diselamatkan." Aku turut menangis di situ. "Terima kasih doktor." Doktor itu kemudian berlalu pergi. Seteruk aku menangis, teruk lagi Ashraf menangis sampai meraung-raung dia di situ. Memang drama Korea betullah dia ni.
Aku kemudian memberitahu umi tentang kepergian omma. Selepas itu, aku cuba lagi menenangkan Ashraf. "Awak, sabar ya? Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini." Aku menolongnya untuk berdiri. Tiba-tiba sahaja dia memelukku. "Hani, awak jangan tinggalkan saya pula ya? Saya dah tak kuat dah sekarang ni. Mungkin saya patut ikut omma sekali." katanya sambil menangis-nangis di bahuku. Terus sahaja aku leraikan pelukan. "Apa ni cakap macam ni? Awak dah minta saya jangan tinggalkan awak, sekarang ni pula awak nak ikut omma awak pula? Omma pergi sebab Allah lebih sayangkan dia. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup." Aku memarahinya pula. Mengarut betul. Tak nak aku jadi janda awal.
****
Setelah selesai pengebumian omma, kami pulang ke rumah umi untuk membuat bacaan tahlil untuk omma. Jiran terdekat dan keluarga datang untuk mengucap salam takziah kepada Ashraf dan Appa.
Aku, umi dan semua makcik jiranku berada di dapur untuk menghidangkan makanan. Sibuk aku menolong mereka di dapur, anak Angah, Faez memanggilku di dapur. "Maksu, atuk, appa Paksu panggil." katanya sambil menarik lengan bajuku. "Hah? Iyalah, nanti maksu datang." Aku kemudiannya meminta izin daripada umi.
Aku pergi ke tempat appa dan Ashraf. Ashraf pula seperti lemah dan tidak bermaya. "Kenapa appa?" tanyaku. "Ni bawa Ashraf naik bilik. Kurang sihat dia ni. Temankan dia eh?" Aku hanya mengangguk dan menolong Ashraf untuk bangun dan berjalan.
YOU ARE READING
Annyeonghaseyo Husband
RomanceNUR FARHANI BATRISYA merupakan seorang gadis yang sangat ceria. Dia bekerja di sebuah syarikat dan memegang jawatan sebagai setiausaha kepada duta dari Korea yang merangkap kepada pemilik syarikat tersebut. Dia dalam diam menaruh hati kepada seorang...