T I G A P U L U H D U A

937 30 0
                                    

The way he look me, touch me, hug me, and kiss me, it gives me the damn butterflies.

——————————————

Selalunya dalam novel, mesti kalau dah ehem ehem tu mesti mengandung. Tapi aku tidak. Sebab baru-baru ni aku naik bendera merah. Mungkin wrong time agaknya. Itulah pasal. Kan perempuan ada fasa-fasa yang tertentu, dan kami berdua berada di fasa yang salah. Mungkin belum masanya untuk kami berdua menimang cahaya mata.

"Alaa, takpe la. Allah bagi peluang lagi untuk kita lebih bersedia. Dan mungkin Allah bagi saya masa lagi untuk bermanja dengan awak." Ashraf duduk di sebelahku dengan memegang gelas. "Nah minum teh ni. Bagus untuk legakan sakit perempuan awak tu, apa nama dia tu? Sesungut?" Tergelak aku dibuatnya. Apalah sesungut. "Senggugut la. Apalah sesungut. Awak nak ke dengan saya kalau saya ada sesungut kat kepala?" Terus dia menggeleng laju.

Aku minum teh yang dia buatkan untuk aku. Wangi teh tu. Tapi sayangnya tiada rasa, warna. Teh apa la ni. "Teh apa ni?"

"Entah saya beli je. Orang tu cakap bagus untuk kesihatan. Banyaklah dia cakap pasal senggugut tu pun kalau tak silap dia ada cakap." Hmm, mentang-mentang la banyak duit. Main beli je kerjanya. Kalau umi dengar ni, mesti kena ceramah punya. Membazir tu amalan syaitan la, nanti kang dibuang la, tak guna la dan sebagainyalah umi cakap.

Ketika aku berdiri untuk mencuci gelas di tanganku, Ashraf terlebih dahulu menghalangku. "Kejap, saya nak tanya sikit." Aku menjongketkan keningku.

"Hmm, awak period ni, it means we will not getting the baby right?" Aku mengangguk. Laa, dia lupa ke yang dia pujuk aku tadi? "Ye la, awak ni kenapa? Bukan selama-lamanya saya period. It take some times." Apalah cerita pasal period. Ngok ke apa?

Dia tersengih-sengih. "Can't wait for a day that you'll finish." Mak aihh, dah tahap gaban dah gatal dia ni. Sampai period aku pun dia tak sabar nak habis. "Merepek la awak ni. Gatal tahap apa dah awak ni?"

"Gatal tahap semesta. Sebab awak la ni. Kat depan orang semua garang je memanjang, dengan saya manjanya. Itu yang buat saya gatal melebih-lebih dengan awak. Rasa geram je memanjang." Salah aku pula? Garang tu taklah, cuma muka aku tu kencang, tegang, serius macam ada masalah je dalam hidup. Tapi kalau ada kawan yang jenis masuk air, aku pun masuk air jugaklah.

"Ish ish. Ini bukan gatal, ini miang namanya."

"Miang pun dengan sayang kita jugak." Dia mencuit hidungku. Aku berdiri untuk mencuci gelasku dan membuat kopi pula untuk minum petang.

Syok aku membancuh kopi, Ashraf memelukku dari belakang. "Wanginya." Dia mencium rambut dan leherku. Geli. "Awak, jangan kacaulah. Air panas ni. Nanti kang tumpah." Makin dia eratkan pelukannya.

"I lay my love on you, it's all I wanna do.." Nyanyi Ashraf di bahuku. Tergelak aku dibuatnya. Punya main lama tu lagu. Lagu 90 an tu. "Apalah awak ni. Takde kerja ke?" Aku siap membancuh kopi dan cuba mengambil tin biskut dalam kabinet. Selalunya aku ambil kerusi untuk ambil, tapi alang-alang Ashraf ada di sini, baik aku suruh. Mak aih, pakai kerusi? Punya main teruk keciknya.
Taklah kecik sangat, cuma sengaja tak nak susahkan diri panjangkan badan.

"Tolong ambilkan tin biskut dalam kabinet tu." Aku tunjuk kabinet yang ada tin biskut itu. Dia terus ambilkan. Tapi mungkin sebab tangannya licin, tin biskut itu terlepas dari tangannya dan terus jatuh ke atas kepalaku.

Ppang!

Bergema bunyi tin biskut itu berjumpa dengan kepalaku. Berair mata woo. Mungkin sebab hormon perempuan kan, terus saja aku menangis seperti budak kecik. Ashraf boleh pula bantai gelakkan aku? Sakitnya hati.

"Hahahahhahahaha! Kemik woo tin ni! Kerasnya kepala!" Dia ketawa sampai dia terduduk. Aku dengan sakit hatinya mengambil tin dan kopiku lalu pergi ke ruang tamu. Tak guna punya laki, benjol kepala aku.

"Hani? Awak okay ke?" tanyanya dengan sisa ketawanya. Aku diam saja. Sakitnya hati! Arghh! "Alaa, sorry la saya tak sengaja terbantai gelakkan awak." Dia duduk di sebelahku. Aku duduk di lantai tengah ruang tamu.

"Hani.."

"Sweetie pie.."

"Hani sayang.."

"Nur Farhani Batrisya.."

Macam-macam dipanggilnya aku. Aku hanya makan biskutku saja. Macam-macam dia buat, dia cucuk pinggangku lah, dia cium-cium pipikulah, dia peluk akulah, macam-macam lagilah, tapi aku hanya makan biskutku saja. Hmm, sedap lagi biskut ni dari kau.

Tiba-tiba diangkatnya badanku. Cepat-cepat aku lingkarkan kakiku di pinggangnya supaya aku tidak jatuh. "Ashraf!" jeritku kerana terkejut. "Apa?"

"Turunkan saya.." Aku lepaskan pautan kakiku di pinggangnya. Dia pergi mencempungku pula. Matilanak aku tak boleh buat apa. "Tak nak, saya sanggup angkat awak sampai bila-bila."

This moment kinda awkward because we in the middle of the house.

"Ok la! Ok la! Saya tak merajuk dah! Turunkan cepat!" Aku terpaksa mengalah. Lagi pun sekarang aku tak boleh merajuk sangat dengan dia ni, hidup aku yang sunyi nanti. "Betul ni?"

"Betul la. Cepat la!"

"Cium saya dulu." Terus aku cium pipinya sekilas. "Dah. Cepat la. Saya nak minum." rengekku. Terus sahaja dia turunkan aku. Dengan itu, aku masih lagi diam. "Tengok. Awak masih marah. Tak boleh jadi ni." Dia mahu lagi mengangkatku. "Tak la! Sakit hati tau tak. Awak gelakkan saya macam tu."

"Alaa sorry la sayang. Janji tak buat lagi." Dia memelukku dari tepi. Suka sangat peluk orang. Aku pun pelik do. "Kenapa awak ni suka sangat peluk orang? Tak penat eh?" Mukanya hanya seinci dari mukaku. "Peluk orang? Awak cakap macam ramai je saya peluk. Saya suka peluk awak je. Awak wangi, kecik, suam-suam, selesa dan banyak lagi la. Lagipun kalau saya peluk awak, saya boleh cium-cium awak, lagi best." Berapa banyak gula dia telan ni? Ke dia ni lahir dari pokok tebu? Manis sangat! Auww!

"Hmm, best sangat ke? Dahlah. Kacaulah awak ni."

****

Beberapa hari kemudian, ada seorang wanita baru pindah ke rumah di hadapan rumah kami. Cantik. Ashraf pula bila aku ceritakan, biarlah, hidup dialah, macam-macam lagilah. Aku saja nak nampakkan yang aku ni prihatin orangnya. Ceahh..

"Hmm, Hani? Jom jalan? Bosanlah duduk kat rumah je memanjang." Dia melentokkan kepalanya dibahuku lalu memeluk pinggangku. "Ish saya malas la." Aku melarikan tangannya di pinggangku. Dia mengeratkan lagi pelukannya. "Jomlah. Jadi dapatlah kita tegur jiran baru tu. Kan awak beriya-iya sangat cerita dengan saya? Jadi saya bawa awak jalan ni alang-alanglah kita tegur jiran baru kita tu."

Aku apa lagi naik suka lah. Sebab dah lama aku nak tegur jiran baru tu, tapi aku malu. "Betul ni?" Dia mengangguk. "Tapi sebelum tu.." Dia menekupkan tangannya di pipiku dan mendekatkan mukanya ke mukaku. Baru sahaja bibir kami ingin bercantum,..

Tok! Tok!

Annyeonghaseyo HusbandWhere stories live. Discover now