D U A

1.7K 58 2
                                    

Gegaran 2.0 skala ritcher berlaku di kawasan besar perutku kini. Aku melihat jam di telefon menunjukkan pukul 1.30 petang. Patutlah. Baru sahaja aku ingin berdiri untuk pergi ke pejabat Encik Lee, dia sudah terpacak di hadapan mejaku kini.

"Kau tak nak lunch ke? Aku dari tadi tunggu kau panggil aku. Ke kau nak aku yang panggil kau?" soalnya tiba-tiba. Ini yang geram ni. Kau ingat aku sengaja ke tahan lapar untuk tunggu kau? Memang taklah. "Encik Lee nak pergi lunch ke?" soalan cepumas kubagi kepadanya. Sengaja aku panaskan lagi hatinya. "Kau ni nak aku tarik kau keluar dari sini ke?" Alamak. Wrong step Hani. "Okay maaf. So, let's go?" Aku tersengih-sengih. Mungkin itu dapat meredakan sedikit barannya.

Baru hari pertama dia masuk, dia dah tunjuk belang dia. Nasib sahaja staf belum ada lagi masuk ke dalam pejabatnya, kalau tak, itupun kena.

Sampai sahaja di bawah, di tempat letak kereta, aku berfikir, bagaimana lunch sama-sama? Naik kereta masing-masing? Or what? "Encik Lee, kita pergi naik kereta masing-masing ke?" tanyaku yang berada di belakangnya. Aku melihatnya dengan sedikit mendongak kerana ketinggianku hanya paras bahunya sahaja.

"No. We use my car. Aku malas nak tunggu-tunggu orang sampai. Dah masuk." Kereta sport yang aku tidak tahu namanya apa, aku terus masuk ke dalam keretanya. Aku duduk di bahagian belakang kerana tidak selesa duduk di sebelahnya.

"Hoi! Aku ada suruh kau duduk di belakang ke? Kau jangan perasan aku pula jadi driver kau. Kau pindah sini sekarang." Badannya berpusing menghadap ke tempatku. Tak boleh cakap baik-baik ke? Ini main terjah je kerjanya.

"Sorry." Itu sahaja yang keluar dari mulutku. Lalu aku berpindah ke tempat duduk hadapan, bersebelahan dengan dia. Sepanjang perjalanan, keadaan dalam kereta itu sangat senyap. Hanya bunyi radio sahaja kedengaran. Selalunya aku ikut bernyanyi sekali, tapi heh, nanti aku kena teriak pula tanpa sebab.

Kami sampai di sebuah restoran yang agak mewah bagiku, entah baginya, mungkin restoran mamak je kot. "Encik Lee, saya takde duit nak makan kat restoran macam ni." Aku bersuara. Mak aih, kalau aku hari-hari makan kat sini, gaji sebulan memang habis kat sini je.

Dia hanya memandangku. "Encik Lee, kalau Encik nak makan kat sini, silalah. Saya makan kat kedai sebelah tu. Tak jauhkan? Bye." Aku tunjukkan restoran India yang terletak selang dua kedai daripada restoran itu lalu aku melambaikan tangan.

"No. Who give you permission? Biar aku bayarkan. Kau makan je. Aku kan bos kau. Tak payah risau benda tu semua. Nanti kau mati keracunan, aku juga yang susah menjawab dekat mak kau." katanya panjang lebar. Betul ke dia ni orang Korea? Cakap macam mat rempit kat sini je. Muka yalah, hensem macam muka orang Korea, tapi cara percakapan langsung tak macam orang Korea. Dia ni betul ke Korea?

Aku akur dengan cakapnya itu. Orang belanja woi, siapa tak nak? Restoran mewah tahu tak. Bertuah kau perut hari ni, makan free kat restoran mahal.

Seorang pelayan datang ke meja kami dan dia memberikan buku menu. Encik Lee terus sahaja menilik buku itu. "Order." katanya kepadaku.

"Enciklah pilihkan. Encik nak belanjakan? Pilihkanlah. Takut nanti saya jadi tamak." kataku selamba sambil menolak buku menu di atas meja. Dia hanya diam sahaja. Aku tahu mulut aku nio macam celupar sikit. But who cares?

Setelah selesai menempah, kami hanya diam. Tak macam orang lain, sembang memanjang. "Encik Lee? Boleh tanya tak?" soalku berani. "Apa?"

"Encik Lee betul ke orang Korea?"

"Kenapa kau tak percaya ke?" soalnya kembali. Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Kang aku cepuk kang. "Bukan tak percaya, cuma cara Encik bercakap tu macam bukan orang asing." Minuman sampai diatas meja kami. Aku terus sahaja menyedut minuman itu. "Kalau aku pelat berbahasa Melayu, kau mesti gelakkan aku nantikan?" tebaknya. Bila aku fikir, ada juga betulnya. Memang mentaliti orang sekarang, ada saja yang tidak kena. Bila orang boleh, ditanya kenapa boleh. Bila orang tidak boleh, ditanya kenapa tidak boleh tidakpun digelakkan kerana tidak boleh.

Annyeonghaseyo HusbandWhere stories live. Discover now