And we can't deny it as much as we want,
But the time our feeling will show,
Cause sooner or later,
We'll wonder why we gave up,
The truth is everyone knows.-Almost is never enough, Ariana Grande
——————————————
"Oh, awak fikir saya ni apa? Mainan? Pakai lepas tu buang? Awak kahwin dengan saya ni untuk apa? Untuk apa, hah? Kenapa baru cakap sekarang? Awak tak fikir ke apa orang lain cakap? Awak dah buat saya patahkan hati orang, lepas tu awak nak buang saya pula? Wah, bagusnya." Aku ketawa seperti orang gila di situ. Dia meraup lagi mukanya. "Oh, aku dah tahu. Kau sengaja nak kahwin dengan aku sebab kau tak nak kahwin dengan Ji Eun kan?" tebakku. Aku siap tukar panggilan lagi.
Kalau sudah fikiranku bercelaru seperti ini, pasti banyak spekulasi keluar dari otakku. "Tak Hani! Saya masuk meminang awak sebab saya sukakan dari awal kita jumpa lagi. Saya tengok awak dengan Fauzan tu rapat sangat, tulah saya ambil kesempatan untuk pinang awak sebelum dia." Mukanya tunduk. Suka kat aku? Dari awal lagi? Mustahil.
"Dahlah saya penat dengan awak." Aku masukkan makanan ke dalam peti sejuk. Hilang seleraku terus. Perutku terus rasa kenyang lepas bercakap dengan dia ini.
"Beginilah. Saya bagi awak masa untuk terima saya dengan seikhlasnya. Ambillah masa awak sebanyak mana yang awak perlu kalau awak nak. Saya tunggu. Tapi tolong jangan tinggalkan rumah ni." katanya, sayu. Aku tergendala membuat kerjaku. Ambil masa? Banyak yang aku perlu. Tapi aku tidak tahu mahu buat apa.
****
Kami tidur dalam bilik berasingan semalam. Dia betul-betul maksudkan tentang 'masa' itu. Kenapalah kau kejam sangat ni Hani?
Pagi itu seperti biasa aku sediakan sarapan. Dan dia pun turun ke bawah untuk bersarapan sebelum pergi kerja. Ya, hari ini dia akan muka bekerja. Pasti banyak kerja yang perlukan perhatiannya, daripada aku.
Selalunya aku akan disapa dengan 'selamat pagi' , 'good morning', takpun 'hai sayang'. Pagi ini tidak, dia hanya makan sarapan yang aku buat dan terus pergi kerja. Tengok aku pun tidak.
Mungkin aku patut ikut rentaknya. Buat hal masing-masing. Itu yang dia nak aku buatkan? Okay, I'll stick with it. Aku isikan hariku dengan membuat kerja seharian di rumah ini.
MALAM itu dia balik seperti biasa. Cuma dia kelihatan penat sedikit. Aku pandang dia sekejap lalu aku terus alihkan pandanganku ke kaca televisien. Aku rasa ini macam rumah aku dan dia itu hanyalah penyewa yang hanya menyewa di sebuah bilik di dalam rumah ini. Ke terbalik?
Ting!
From: Mangkuk😛
Time: 19.10
Miss u.Eh? Apa dia ni? Tak nak hadap muka aku, tapi hantar macam ni pula?
To: Mangkuk😛
Time: 19.11
???? 😓😑😑Hah! Sengaja nak mainkan perasaan akukan?
Ting!
From: Mangkuk😛
Time: 19.11
😉😉😍😍🙋💏💑❤💓💘💖💞👉👈Siotlah dia ni. Apalah hantar emotikon banyak dan menggelikan seperti ini? Dahlah, malas nak layan dan penulis pun penat nak tukar bold lepas tu, entahlah apa dia nak buat. (*😰😰😟😟 )
Aku kemudiannya terlelap di sofa. Bukan sepenuhnya terlelap, cuma tutup mata untuk cuba tidur. Aku malas nak naik bilik. Aku terdengar pintu di tingkat atas berkuak. Dia nak turun ke?
Terdengar deruan nafasnya semasa menuruni tangga. Rumah inikan sunyi, jadi semua pun dengar. Bau mandiannya pun aku tercium. Dia dekat aku ke ni?
Aku dapat rasa ada orang duduk di hadapan mukaku. Dia, memang dia. Dia mengusap lembut pipiku kemudian dia mengusap pula bibirku. Tiba-tiba, ada bibir melekap di dahiku. Lama.
"I hope that you will accepted me. I really, really love you, Hani. Haha.. I don't know why this stupid feeling can come to me like this, my heart really rely on you. The more you hate me, the more this feeling want you really badly. I wonder if you love me, I'm sure this feeling try to love you more than you love me then. Hani, Hani, I wish that I can hug you, kiss you, and do many things with you. I hope my patient for you worth this time." suaranya kedengaran di telingaku. Ya Allah, sayangnya dia kat aku.
Aku rasa tangannya sudah tiada di mukaku. Rasa sunyi, dia mungkin sudah pergi. Hai hati, sudikah kau terima? Andai tiada ego di dalam diri ini, dengan senang hati diri ini menerimanya.
****
Hari ini pula umi ajak kami berdua untuk pergi ke rumah nenek. Aku sebenarnya malas sebab ada sepupu perempuanku iaitu Syakillah yang agak aku alah dengannya kerana perangainya yang tersangatlah manja bagiku. Tapi entah di mata orang lain, dia begitu baik. Tapi aku sayang dekat dia juga.
Nasiblah masa aku kahwin hari tu dia tak datang. Dia siap telefon lagi aku dia tak dapat datang. Busy katanya.
Aku mengemas baju di dalam bilik kami. Dia hanya bermain dengan telefonnya sahaja. Kan buat kerja masing-masing, tulah."Sampai sana jangan pula tunjukkan sangat masa dan ruang tu." kataku sambil memasukkan baju ke dalam beg bagasi.
Diam.
Ah, peduli apa aku. Yang penting aku dah cakap. "Hani." panggilnya. Rindunya aku dengan suara itu. Suara yang selalu memanggil namaku. Sungguh aku rindu. Aku terus pandang mukanya. "Tiadalah." Dia kembali menyambung bermain dengan telefonnya.
"Do you still need time and space?" tanyanya. Dia mungkin sudah cukup terseksa kalau tidak bercakap denganku. Dan aku pun sama.
Aku menghela nafas berat.
"It's okay, if you still need it. Don't push yourself remember?" Dia bercakap sambil bermain dengan telefonnya, langsung tidak memandangku. Kata Chief Executive, but the manners in talking with someone is none!
Aku menzipkan beg bagasi itu lalu aku meletakkannya di hadapan almari."Boleh angkat ni turun tak?" tanyaku sambil bercekak pinggang. Dia terus meletakkan telefon lalu berdiri di hadapanku. Eh dia ni, aku suruh angkat bagasi, dia berdiri pula di hadapanku. "Can I touch your face?" tanyanya tiba-tiba. "Why would you ask for my permission?" balasku selamba. Betullah, aku isteri dia, hak dia kan?
Terus sahaja melekapkan kedua-dua tangannya di mukaku. Lembutnya sentuhan dia. Aku bagai terbuai dengan usapan tangannya. Ibu jarinya mengusap bibirku, seperti malam itu.
Aku pandang matanya. Matanya sedang memerhatikan bibirku yang diusapnya. Kemudian halkumnya bergerak ke atas ke bawah kerana menelan liur. Kenapa dengan bibir aku?
Matanya beralih pula memandang mataku. Mukanya semakin lama, semakin dekat dengan mukaku. Kepalanya dia sengetkan. Terasa deru nafasnya di mukaku. Aku perhatikan sahaja matanya yang sedang khusyuk memandang bibirku.
🎶What if, what if we run away?
What if, what if we lost today?🎶Telefonku berdering. Kami terus tersentak kerana bunyi panggilan itu.
Umi😍
Helo, assalamualaikum umi.
'Waalaikumsalam. Hani, kamu kat mana ni?'
Kat rumah lagi umi. Dah nak jalan dah.
'Oh. Kalau macam tu, hati-hati ye?'
Ya umi. Bye umi. Assalamualaikum.
'Hmm, waalaikumsalam.'
Aku matikan panggilan. Nasib sahaja dia terus turun mengangkat beg bagasi selepas kejadian tadi itu. Aku pasti dia sendiri pun malu dengan perlakuannya tadi itu. Aku lagilah malu.
Lain sangat ke bibir aku ni sampai dia tengok macam itu sekali?
YOU ARE READING
Annyeonghaseyo Husband
RomanceNUR FARHANI BATRISYA merupakan seorang gadis yang sangat ceria. Dia bekerja di sebuah syarikat dan memegang jawatan sebagai setiausaha kepada duta dari Korea yang merangkap kepada pemilik syarikat tersebut. Dia dalam diam menaruh hati kepada seorang...