It feel so stupid when someone who you already forget everything about him, suddenly appeared infront of you and it makes you remember all the memory between you and him.
——————————————
Petang itu, seperti dijanjikan Syakillah, kami berdua masing-masing menaiki basikal meronda-ronda kampung. Kami mengelilingi sawah padi, dan banyak tempat lagi. Keadaan di sini sungguh menenangkan hati.
Pada awalnya umi tidak suruh kerana aku ni isteri orang, tak manis orang pandang. Tapi, aku pujuk punya pujuk, jadi juga.
Syok aku mengayuh, boleh pula ada motosikal pergi langgar aku. Aku terjatuh dari basikal terus ke atas jalan raya. Tak guna punya orang. Penunggang itu turun dari motosikalnya lalu tergesa-gesa ke tempatku. "Kurang ajar, buta ke?! Aduh." Aku terjatuh menghempap tangan kananku. Aku rasa macam patahlah.
"Saya minta maaf, saya tak seng.. Pani." Aku mendongak, Amir. Ah, aku sudah lama lupakan dia. Kawan dan musuh aku dari kecil. "Amir? Kau? Kau ni buta ke apa? Mata tu bagus buanglah kalau tak guna dengan baik." marahku. Syakillah membantuku untuk berdiri. Seluar aku pula koyak sedikit di bahagian lutut sebab terheret sekejap tadi. Tak guna punya Amir.
"Pani, maaflah. Aku tak sengaja. Aku ingat awek lawa dari mana tadi, rupanya kau."
katanya selamba. Memang kalau dah mata keranjang. Aku jeling sahaja dia. "Sya, jom balik. Kau Amir, bawakan basikal kami, sebab kau dah langgar aku." arahku pula. "Motor?" tanyanya. "Kau nak bawakan atau aku patahkan tangan kau sama dengan aku?" ugutku pula. Tangan aku patah. Habislah aku oleh umi.Kami berjalan kaki ke rumah nenek. Jauh tu tak juga, tapi memenatkan juga. Tapi perjalanan kami tu dipenuhi dengan sembang kosong.
****
"Nenek! Mak cik Farida! Abang Along! Abang Angah! Suami Pani!" laung Syakillah dari luar rumah. Suami Pani, lucu pula. Sebab dia belum tahu lagi nama si Ashraf tu.
Mereka semua keluar. Matilah aku umi dengan nenek. "Kenapa dengan Pani?" tanya nenek. "Tangan dia patah. Amir langgar dia tadi." Amir sedang menggaru kepalanya. "Ya Allah, ya Tuhanku! Farhani! Kan umi dah larang tadi?! Tulah nak sangatkan main basikal?! Sekarang dah jadi apa?!" marah umi. Kan dah kata.
"Ashraf! Meh sini tengok apa jadi dengan bini kamu ni!" panggil umi. Ashraf terkejut lalu pergi ke tempat kami. "Kenapa ni? Hah? Jom kita pergi klinik." kata Ashraf pula. "Hah betul tu, pergi bawa dia." kata Syakillah di sebelahku.
Selepas dari klinik, nenek pula marah aku. Diikuti pula dengan Along, lepas tu Angah. "Eh korang ni. Kita patah tangan je lah. Bukannya badan kita koyak sampai keluar tulang pun." kataku selamba. "Hah! Melawan!" kata umi dan nenek serentak. "Hehe, Pani masuk dululah ye? Cian kat kita sakit tangan, eh?" Aku kemudiannya masuk ke dalam bilik dan duduk di atas katil. Aku menyandar di kepala katil.
Ashraf pun ikut masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelahku. "Awak ni, umi dah larang jangan main basikal, tapi awak pergi juga. Siapa yang susah? Saya juga. Tengok tadi umi, punya main mengamuknya dia awak jadi macam ni." kata Ashraf lembut. "Hmm, dia tu langgar saya tadi."
Selepas itu, kami hanya diam membisu. Dengan tanganku lagi yang sakit. Tak guna betul punya Amir. Nasiblah setakat pergelangan tangan sahaja yang patah, kalau sekali dengan lengan, aku patah-patahkan tangan dia juga sekali dengan kepala dia.
"Awak nak makan ke?" katanya tiba-tiba. Aku perhatikan jam, sudah pukul 8 malam. Patutlah perut ni meronta-ronta minta diisi. "Biar saya pergi keluar sendiri nanti. Pergilah makan dulu." Aku menyuruhnya keluar. Sebenarnya aku mengantuk dan lapar. Aku nak makan, tapi aku malas."Awak tak nak makan ke?" tanyanya ketika ingin bangun dari tempat duduknya. "Nak, tapi saya malas. Dahlah pergilah makan." Aku membuka tudungku dengan menggunakan tangan kiriku lalu aku membetulkan perbaringanku.
"Awak nak saya bawakan?" Banyak pula tanya dia bila duduk sini. Kat rumah, bisu je memanjang. "Thanks, but no, thanks." Aku memejamkan mataku. Aku terdengar pintu berkuak. Dia sudah keluar.
Aku membuka mataku kembali. Aku berfikir, bila hubungan kami jadi baik? Ini sebenarnya salah aku ke?
AKU bergulik-gulik di atas katil, cuba untuk tidur. Tapi mata ini masih lagi segar dan perut aku pula berkeroncong kelaparan. Ah, baik aku pergi makanlah. Aku keluar daripada bilik dan terdengar gelak ketawa mereka di ruang tamu. Terus sahaja aku pergi melihat.
Ashraf, Syakillah dan dua orang lagi sepupu perempuanku, iaitu Iman dan Ika sedang bergelak ketawa bermain Playstation. Syakillah berada jauh sedikit daripada Ashraf, dia duduk di atas sofa sambil melihat mereka bermain. Ika dan Iman pula masing-masing mengambil tempat di sebelah kiri dan kanan Ashraf.
Terkekek-kekek sambil menepuk bahu Ashraf. Aku hanya melihat mereka dari belakang. Kata pergi makan, ini kerja kau ye? "Eh abang ni, ejek kita pula mentang-mentang kita tak pandai main." Kedengaran suara manja si Iman. Nasiblah aku tak bawa piring nasi aku, kalau tak, dah lama piring tu melekat kat kepala dia. Siap berabang-abang lagi dengan si Ashraf tu.
"Betullah tak pandai main. Kata tadi nak cabar kita pandai main atau tak, sekarang ni? Iman memang tak pandai main." Ashraf tergelak lagi. Iman merengek lalu menepuk bahu Ashraf.
Panas pula aku menengok.
"Abang, kita main game lainlah. Tak bestlah. Iman asyik-asyik kalah je ni." Iman meletakkan game control itu ke atas lantai. "Alaa, merajuk ke dia ni? Okaylah. Tapi, tak naklah main game lagi. Kita tengok tv jelah. Malaslah abang sebab abang balik-balik menang je ni." Ashraf membangga diri. Ceh, itu pun nak bangga? "Iman setuju. Kita tengok wayang romance, nak tak?" cadang Iman.
Aku terus sahaja berganjak dari situ lalu ke dapur. Aku membuka tudung saji di atas meja. Sedapnya lauk. Huhu. Mu tunggu aku datang.
Habis sahaja makan, aku pergi menjenguk mereka di ruang tamu. Tapi aku berdiri seperti kedudukanku tadi, di belakang mereka. Mereka langsung tidak sedar. Hanya Iman dan Ashraf sahaja berada di ruang tamu.
Tepat pada masa aku keluar, boleh pula cerita tu tengah kissing scene? Terus sahaja adegan siang tadi menerjah masuk ke dalam otakku. Mereka seperti tiada apa-apa ketika menonton wayang itu. "Apa rasanya bercium?" suara seseorang memecah kesunyian antara mereka. Iman. Peliklah dia ni.
"Hah? Siapa Iman tanya?" tanya Ashraf pula. "Abanglah." Eyy, budak perempuan ni. Ada yang aku cepuk ni kang. "Hah? Kenapa tanya abang? Iman tahu sendirilah bila Iman dah kahwin." Iman berpindah tempat duduk ke sebelah Ashraf. Apa dia nak buat tu?
"Abang, boleh tak.." Aku lihat Iman semakin lama, semakin dekat dengan Ashraf. Terus sahaja Ashraf terkejut. "Abang, Iman sayang abang." Dia bangun dan cuba untuk dekat dengan Ashraf.
Ah, aku dah tak tahan.
"Iman!" teriakku. Terkejut mereka berdua. Terus sahaja mereka berdiri. "Kau nak buat apa ni, hah?! Sepupu tak guna! Kalau dah gatal sangat, pergi cari lelaki lain! Yang kau nak rembat laki aku juga ni apasal?!" Aku menolak-nolak bahunya. Ashraf memegang kedua-dua bahuku. Sakit tanganku tidak aku peduli sudah kerana amarahku yang melampau.
Semua orang di dalam rumah itu keluar dari bilik mereka. "Pani! Kenapa ni?" tanya nenek. "Hah, tanya cucu bertuah nenek tu. Mentang-mentang berdua je duduk kat situ, boleh pula dia pergi goda laki kita." kataku sambil berpeluk tubuh. "Mana ada nek!" nafi Iman. "Kau jangan nak tipulah, aku dah berkurun dah berdiri kat belakang korang. Korang tu je yang tak perasan. Kau kira nasiblah aku tak pecahkan muka kau tu. Dari tadi aku perhatikan kau je ya Iman." Aku tunjuk-tunjuk mukanya. "Dahlah tu Hani." kata Ashraf.
"Awak pun sama. Nak jadikan dia bini nombor dua? Pergilah saya tak halang." Aku menepis tangannya yang sedang memegang tanganku. "Memang patut pun. Kau tu dahlah macam lelaki, tak patut langsung dapat suami macam abang Ashraf ni." kata Iman sambil menjeling aku.
Terus sahaja aku tampar mukanya dengan tangan kiriku. Nasiblah kau dapat kiri, kalau dapat kanan, memang tercabut gigilah jawabnya.
"Hani!" marah Ashraf. Dia marah aku? Sanggup dia? Dadaku berombak turun naik kerana amarah, kini terus sahaja air mataku mengalir dengan lebat. Dia sanggup bela perempuan tu daripada aku.
YOU ARE READING
Annyeonghaseyo Husband
Storie d'amoreNUR FARHANI BATRISYA merupakan seorang gadis yang sangat ceria. Dia bekerja di sebuah syarikat dan memegang jawatan sebagai setiausaha kepada duta dari Korea yang merangkap kepada pemilik syarikat tersebut. Dia dalam diam menaruh hati kepada seorang...