When you have feeling for someone, it makes you trembling when he or she talking to you. And it is a happy and exciting feeling when that someone also feel the same.
——————————————
Hari ini Ashraf keluar daripada hospital selepas dua hari sedar. Aku menjadi pemandunya pada hari ini. Dia hanya berdiam diri sahaja. Dia mungkin takut nak tinggal dengan aku kot.
Sampai sahaja di rumah, aku terus mengemas apa yang patut. Apa taknya, masa Ashraf di hospital, aku balik rumah ni pun kalau aku nak mandi.
Aku perhatikan sahaja gayanya di ruang tamu. Dia sedang melihat gambar kahwin kami di dinding. Gambar tulah yang aku pernah menyampah sangat. Apa taknya, atas tv, lepastu besar macam skrin panggung wayang. Ideanya lah tu. Konon supaya ingat sampai bila-bila. Last-last dia yang hilang ingatan.
Lama dia perhatikan gambar itu. Gambar itu ketika aku ketawa di atas pelamin, masa tu jugaklah dia peluk bahu aku. Jurugambar kata itu gambar yang paling cantik sekali. Itulah si Ashraf tu nak besarkan.
"Saya nak beli barang dapur, awak nak ikut?" kataku mendiamkan cengkerik di situ. "Saya nak rehat. Awak pergilah." Dia kemudiannya naik ke bilik. Eh? Kata hilang ingatan, tapi tahu bilik pula. Mungkin dia cari, malas dia mahu bercakap dengan aku. Takpe, sabar.
****
Aku pergi ke Tesco untuk membeli barang dapur. Aku menolak troli ke bahagian makanan basah. "Pilih ikan ye dik?" suara seseorang di belakangku. Aku menoleh dan orang itu adalah Fauzan. Lama tak nampak dia. "Eh Fauzan? Lamanya tak nampak awak!" kataku. Dia hanya tersenyum.
"Rindu saya tak?" katanya selamba. "Eipp, rindu kawan awak ni tak?" Terus sahaja aku tergelak. "Haha, bolehlah. Awak sihat?" tanyaku. Lama tidak berjumpa dengan dia. Bahkan berhubung pun tidak. "Alhamdulillah sihat. Awak? Encik Lee mana?" Dia memilih ikan di sebelah ku. "Sihat jugak. Encik Lee ada di rumah. Dia sakit sekarang ni." Aku memasukkan bungkusan ikan itu di dalam troli.
"Awak bahagia?" tanyanya.
"Apa yang awak tanya ni? Ya saya bahagia. Saya dah dapat terima dia dalam hidup saya." Aku senyum kepadanya. Kenapa dia tanya macam ni?
"Oh. Ingat tak janji saya dulu? Saya akan jadi kawan awak sampai bila-bila?" Aku senyum lalu aku mengangguk.
"Hmm, awak dah jumpa Ms. Right awak?" Aku tergelak kecil.
"Belum lagi. Saya tengah tunggu dia ni. Tapi, saya rasa dia mungkin tak nak terima saya." Perempuan manalah sanggup buat dia macam tu? Hensemnya Fauzan ni. Sampai aku pun nak tau. Tapi aku dah ada suami yang aku ingin sayang dan cinta.
"Bagi tahulah dia. Supaya dia tahu. Mustahillah dia tak nak, awak ni kacak tau tak?" Sempat lagi aku puji dia. Memang betul apa. "Ye ke saya kacak?" Dia pula tergelak. Suka la tu orang puji.
"Eleh, bangga la tu."
"Jarang la orang puji saya ni. Haha.. anyway, let's have a drink? It's on me. Sebagai balasan awak dah puji saya."
Aku mengangguk. Lama tidak berborak dengan dia. Nasiblah perasaan tu sudah hilang.****
Petang itu aku balik, terus aku susun barang ke dalam kabinet. Selepas itu, aku tanak nasi dalam rice cooker dan terus masak lauk. Tudungku pun aku belum buka.
Selesai sahaja aku terus naik bilik untuk menukar baju. Aku lihat Ashraf sedang tidur. Biarlah dia. Aku nak mandi lepas tu aku nak makan.
Selepas aku mandi dan pakai baju, aku bangunkan Ashraf untuk makan. "Awak, bangun." Aku menggoyangkan badannya. Masih lagi tidur. "Awak.. bangunlah." Kali ini dia menggeliat dan memisat-misat matanya. "Bangunlah, kita makan." Aku terus turun ke bawah.
Tidak lama kemudian, dia turun dan sudah mandi pun. Patutlah berkurun. Kami hanya makan dalam keadaan yang senyap. Habis makan, aku cuci piring dan terus ke ruang tamu untuk menonton televisien.
Tapi aku naik sekejap untuk mengambil bantal, selimut dan tilam tipis. "What are you doing?" tanyanya kehairanan. "Saya tidur sinilah. Kenapa?" Aku menepuk-nepuk bantalku. Living room is mine!
"Bukan sepatutnya isteri tidur dengan suami dia ke?"
"Ya lah, tapi kan awak baru sedar lepas tu awak tak ingat saya lagi. Saya tak naklah bagi tekanan kat otak awak tu. Sampai masanya nanti, saya tidurlah sebelah awak." Aku wink kepadanya. Dia sambung lagi menonton tv. Tapi dia kecilkan suara tv sebab aku tidur.
"Goodnight awak." Aku membelakangkan dia. Aku cuba untuk tidur.
"Hmm, goodnight." suaranya mendatar, dingin. Aku kemudiannya tidur.
Tepat pukul 5 lebih, aku bangun kerana masuk waktu subuh dan aku ternampak dia sedang tidur di sofa bahagian khas untuk 3 orang. Badannya yang panjang itu mengerekot di sofa.
Dia tidur dengan berbantalkan tangannya. Nyenyak sungguh dia tidur. Entah jam berapalah dia tidur tadi. Sempat lagi aku memerhatikan mukanya.
"Ashraf.." aku menggoyangkan sedikit badannya untuk membangunkan dia. Entah keberapa kali sudah aku membangunkan dia.
"Hmm.." responnya. Hmm je? Memang nak kenalah dia ni. "Awak bangunlah. Saya kira sampai tiga. Kalau tak, saya cium awak sampai awak bangun. 1.. 2.." Terus saja matanya terbuka. Tahu takut.. Lelaki sepatutnya lagi syok bila kena ugut macam tu, dia ni, lain betul.
"Kenapa awak tidur kat sini?"
"Saya tengok awak sendiri je. Jadi saya temankanlah." Dia terus bangun dan naik ke bilik. Siapa yang gementar ni sebenarnya? Aku ke dia? Tapi lucu tengok muka dia gelabah tadi sebab kena ugut cium. Haha.
Kami berdua menunaikan solat bersama-sama. Habis sahaja, seperti biasa aku menyalam tangannya seperti biasa selepas solat. Bila aku menyalam tangannya, sejuk do tangan dia. Aku boleh bezakan orang kesejukan dengan gementar. Dan sekarang ini dia gementar, aku tahu. Allahu, dia ni.
Aku kembali berbaring di ruang tamu sambil menonton tv. Tiada rancangan sangat awal pagi buta ni, jadi aku pasang CD dan tengok sorang-sorang. Ashraf pula mungkin tidur di atas. Badan dia sakit mengerekot kat sofa tu. Ke nervous dengan aku? Haha.
Habis sahaja aku menonton wayang sendiri, aku siapkan pula sarapan. Alaa, kerja orang rumah biasalah.
Siap aku hidangkan sarapan, Ashraf pun turun dari bilik. Sudah siap mandi pun. "Awak, saya nak pergi joging dulu." katanya sambil memasang earphone ke telinganya. Ish dia ni, aku dah siapkan sarapan.
"Hmm, ye la. Kalau awak balik, ni hah ada sarapan." Dia memandangku sekejap. Baru pula aku perasan ada earphone di telinganya, lantaklah kau kalau nak dengar ke tidak.
Bilalah keadaan kami jadi seperti suami isteri yang biasa? Yang normal?
YOU ARE READING
Annyeonghaseyo Husband
RomanceNUR FARHANI BATRISYA merupakan seorang gadis yang sangat ceria. Dia bekerja di sebuah syarikat dan memegang jawatan sebagai setiausaha kepada duta dari Korea yang merangkap kepada pemilik syarikat tersebut. Dia dalam diam menaruh hati kepada seorang...