T U J U H B E L A S

996 31 0
                                    

Kiss me on my lips and set me free,
But please don't bite. 

-Bite, Troye Sivan

——————————————

Aku bersiap di dalam bilik yang aku sekarang ini gunakan. Cuma pakaianku ada dalam bilik kami. Aku memakai baju dan shawl berwarna khaki dipadankan dengan skirt berwarna hitam.
Keluar sahaja aku dari bilik itu, Ashraf pun turut keluar dari bilik kami. Dia pun memakai baju berwarna khaki dan seluar jeans. Dia ni sengaja nak jadikan kami bahan di sana ke? Dahlah family gathering. Mesti keluarga dari setiap pelusuk Malaysia ni datang.

Tapi aku hanya memandangnya sekejap sahaja kerana kejadian tadi. Sebab aku sendiri pun hilang kewarasan.

Aku turun ke dapur untuk mengisi air ke dalam botol. Untuk minum dalam kereta. Banyak orang lagi suka minum air bergas, takpun kopi semasa perjalanan jauh. Tapi aku tidak. Sebab pundi kencing aku jadi longgar bila minum air manis.

Aku kunci semua rumah dan matikan segala suis di dalam rumah. Di luar rumah, Ashraf sedang menyelenggara kereta. Aku dengan selambanya terus masuk ke dalam kereta. Takkan nak berdiri kat situ? Buat semak je.

Setelah selesai menyelenggara, dia masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan. Aku sempat lagi melihat bibirnya mengucapkan basmallah.

Semasa dalam perjalanan, kami hanya ditemani dengan lagu di radio. Ada lagu yang membuatkan Ashraf menyanyi perlahan.

🎶 Said you just don't know how beautiful you are,
And baby that's my favourite part,
You walk around so clueless to it all ,
Like nobody gonna break your heart ,
It'll be alright babe see me I got you covered,
I'm gone be your lover you might be the one ,
If it's only tonight ayy we don't need to worry ,
We ain't in a hurry rushin' into love.

Said you know I know who you really are,
Ain't need to lie,
Said the universe couldn't keep us apart,
Why would it even try?
Yeah said don't let them hurt you ever,
I know you far too smart,
Before things come together,
They have to fall apart,
It's been a while since I've been sober this life can be so hard,
I'd rather talk about you.

Said you just don't know how beautiful you are,
And baby that's my favourite part ,
You walk around so clueless to it all ,
Like nobody gonna break your heart ,
It'll be alright babe see me I got you covered ,
I'm gone be your lover you might be the one ,
If it's only tonight ayy we don't need to worry ,
We ain't in a hurry rushin' into love.

If you wanna stay we're taking it slow babe ,
Cause you and me and I got enough on my mind ,
But I can make time for something so divine ,

Said you just don't know how beautiful you are,
And baby that's my favourite part ,
You walk around so clueless to it all,
Like nobody gonna break your heart
It'll be alright babe see me I got you covered
I'm gone be your lover you might be the one
If it's only tonight ayy we don't to worry
We ain't in a hurry rushin' into love🎶

Suara penyanyi itu seperti dia malas untuk menyanyi. Tapi yang membuatkan lagu itu seronok didengar, lagu itu featuring Ariana Grande jadi dia best sikit. Dan beat lagu dia pun best. Maksud dia lagilah, itu pasal ke Ashraf menyanyi?

We ain't in a hurry rushin' into love.

Merujuk kepada? Pandai dia cari lagu.

****

Sampai sahaja di kampung, terus aku meluru keluar dari kereta. "Nenek! Atuk!" teriakku. Terkejut mereka semua disitu. Apa tidak, aku digelar si tomboy alim. Sebab perangai mengalahkan lelaki dan memakai tudung seperti uztazah.

Tak macam sepupu perempuan aku yang lain. Semuanya free hair lepas tu gadis melayu terakhir pula tu. Siapa je tak terpikat. Tapi aku pula yang awal kahwin dari diorang ni.

"Pani!" Hmm, Syakillah. Panggilan untuk aku, Pani. Sebab masa budak-budak dulu, dorang nak juga sebut nama penuh aku Farhani. Hujung-hujung, bila panggil laju-laju jadilah Pani.

Lupa nak bagitahu, aku ni merupakan sepupu kesayangan si Syakillah ini. Asyik nak berkepit dengan aku je. Cuma dia yang berani dengan aku. Sepupu lain berani juga, tapi kurang sikit.

"Pani! Rindu dengan Pani! Laki Pani mana?" Dia memelukku sekejap lalu meleraikannya.
"Tu." Aku tunjuk ke arah Ashraf yang sedang mengangkat beg bagasi.
"Macam pelakon Korea lah!" Dia menepuk lenganku. "Eh?" tanyaku. Tapi memang betullah.

"Sayang, nak bawa pergi mana ni?" Pandai nak panggil aku sayang pula. "Ashraf!" laung Angah dari jendela. "Angkat beg kamu tu masuk sini. Hani tu bila jumpa sepupu dia, semua dah tak ingat." Aku dengar apa Angah cakap. Eh, bukan aku yang nak sangat melekat dengan Syakillah ni. Dia yang datang.
"Saya masuk dulu eh?" Aku hanya mengangguk. Banyak pula cakap dia kat sini. Mungkin sebab aku dah cakap tadi kot, jangan tunjukkan ruang dan masa. Tapi ruang dan masa tu akan ada sebab si Syakillah ni. Nak bawa aku ke sana dan ke sini.
"Jom masuk. Nenek dah lama tunggu Pani. Rindu katanya." Syakillah memaut lenganku lalu menarik aku masuk ke dalam rumah terus masuk ke dapur.

"Assalamualaikum!" kataku. Terkejut mereka semua yang ada di dapur. "Pani!" kata nenekku. "Nenek!" Terus sahaja aku memeluk nenekku. Ah, rindunya! "Nenek sihat?" tanyaku. "Macam nilah Hani. Hah ni, bila nak bagi nenek cicit ni?" Dushh! Cicit? Berciuman pun tak pernah, nak bagi cicit? Memang tak ada lah.

"Hah? Nantilah." kataku. "Pani tu nenek masih nak manja-manja dengan saya, tulah lambat sikit cicit tu." sampuk Ashraf entah dari mana. Tergelak makcik, kakak iparku, umi dan nenek di situ. Buat malulah dia ni.

"Laa, yeke? Dia tak garang ke?"

"Garang.. tapi lagi saya suka." Tergelak lagi mereka di situ. Mengadanya dia ni. Mungkin dia tidak mahu orang perasan.

"Dahlah. Pani masuk dulu. Penatlah." Aku terus sahaja masuk ke bilik yang dikhaskan untuk kami berdua. Aku membuka tudungku dan menyalin bajuku. Selesai sahaja, terus aku hempaskan badanku di atas katil dan bermain dengan telefon.

Ashraf kemudiannya masuk ke dalam bilik. Dia dengan selambanya membuka baju di hadapanku. Lama tak tengok badan dia. Makin cantik pula badan dia. Rajin sangatkan pergi gim.

Aku kemudiannya duduk menyandar di kepala katil dan kakiku melunjur di atas katil. "Kalau nak pergi mandi tu, tutup badan tu. Sepupu saya banyak kat luar tu. Kang ada sanggup jadi bini nombor dua pula." kataku memecah kesunyian bilik itu. Dia kemudiannya naik ke atas katil dan mengepung kakiku. Mukanya pula dekat dengan mukaku. "Apa?" tanyaku.

"Awak cemburu ke?" Matanya memandang mataku sedalam-dalamnya.

Tok! Tok!

Aku terus sahaja membuka pintu. Syakillah. "Ya, kenapa Sya?" tanyaku. "Nenek suruh korang makan. Lagi satu, petang ni kita ronda-ronda kampung naik basikal nak tak?" ajaknya. Rindunya! "Nak! Masih ada tak basikal tu?" tanyaku berminat. "Masih. Tahu tak Sya pergi baikkan basikal tu lepas tahu Pani nak datang sini." Syakillah memang baik. Aku je yang jahat sebenarnya.
"Ye ke Sya? Sayangnya Sya dekat Pani!" Aku memeluk dia. "Sya!" laung nenek dari dapur. "Ye nek! Kejap!" balas Syakillah pula. "Panggillah suami Pani tu makan, lepas tu Pani rehat dan petang-petang sikit kita main basikal." Syakillah memegang tanganku. Aku hanya mengangguk. Aku kemudiannya masuk ke dalam bilik semula. Aku nampak Ashraf sudah berbaju, mungkin terdengar Syakillah memanggil tadi.

"Awak pergi mandi cepat, lepas tu makan. Nenek suruh." Aku terus keluar dari bilik itu. Baru sahaja aku ingin keluar, dia terlebih dahulu memegang tanganku lalu menarik badanku rapat dengannya. Tangannya melingkar di belakangku. Jantungku pula berdegup bagai mahu pecah.

"A-apa awak buat ni?" tanyaku, gagap. Gila tak gagap kalau dah gementar macam ni.

Dia terus sahaja mengucup bibirku. Lama. Tapi aku tidak memberi respon. "Kiss me back, Hani." sempat lagi dia bercakap. Aku ikutkan saja katanya itu. Setelah itu, dia melepaskan bibirku. "I really want to taste that lips badly. You make me suffer Hani."

Aku lepaskan pautan tangannya. Lagi lama aku di sini, lagi banyak benda boleh terjadi. Gila ke apa? Aku pun sama, kenapa pula aku boleh bagi respon dengan dia tu?

Annyeonghaseyo HusbandWhere stories live. Discover now