I promise I try and will loving you forever, no matter what happen between us. Even it hurts me all the time.
——————————————
Aku bergegas ke hospital. Sampai sahaja di hospital, semua keluargaku sudah ada di situ. Kenapa aku yang lambat tahu?
Aku terus pergi ke katil Ashraf. Melihat dia disambungkan dengan banyak hos dan wayar, membuat hati ini semakin rasa bersalah. Dia minta maaf dengan aku, aku endahkan saja.
"Ashraf, bangunlah. Saya nak minta maaf.." Aku memegang lengannya, cuba untuk membangunkannya. Mereka di sekelilingku hanya diam dan keluar daripada ruangan itu.
"Awak, bangunlah.. Saya janji saya akan terima awak. Awak nak peluk cium saya pun saya tak kisah. Yang penting awak bangun." luahku. Memang aku sanggup buat apa saja, yang penting dia bangun.
Masih lagi diam.
Pintu berkuak. Seorang doktor masuk ke dalam bilik ini. "Doktor, bagaimana keadaan dia sekarang ni?" Aku mengusap sisa air mataku. "Puan, Encik Ashraf tiada apa-apa yang teruk. Cuma itulah, dia mungkin menghadapi short term amnesia." jelas doktor itu. Maksudnya dia akan lupa aku?
"Maksudnya?" tanyaku sedikit bingung.
"Maksudnya, dia akan hilang ingatan tapi buat sementara waktu. Dia boleh jadi sementara kalau ada orang cuba bantu dia ingat semula. Dan, ia akan jadi kekal, bila dia dibiarkan begitu sahaja." jelas doktor itu lagi. Aku kena ingatkan dia dan mulakan hidup yang baru.
Aku akan ingatkan dia, dan aku jadi isteri yang sebaik mungkin untuk dia. Hari ini aku akan menjaga dia disini sampailah bila-bila. Dia suami aku, dia sayang aku, dia takkan tinggalkan aku, kan? Atau tidak? Aku pun ikut mati kalau dia tiada.
****
Hari ini genap 3 minggu Ashraf tidak sedarkan diri. Aku menjaganya 24/7. Sampai aku pun macam tidak terurus. Nasiblah ada Appa yang tolong jagakan anak dia.
"Hani sabar ya? Tak lama lagi dia sedarlah tu. Ashraf kuat semangat." kata Appa di sebelahku. Kemudian Appa meminta izin untuk pulang."Awak bangunlah. Awak tak kesiankan saya ke? Hidup sorang-sorang?" Aku mengusap lembut tangan milik Ashraf.
"Auch.." kedengaran suara seseorang mengaduh.
Ashraf dah sedar! Aku cepat-cepat memanggil doktor. Doktor pun bergegas masuk ke dalam biliknya. Tapi, aku tidak dibenarkan masuk. Biarlah, yang penting dia okay saja.
Aku menelefon umi dan abah dengan appa. Nasib appa tidak jauh lagi dari hospital. Beberapa minit kemudian, doktor tersebut keluar dari bilik Ashraf. "Dia macam mana doktor?" tanyaku. Doktor tersebut hanya tersenyum.
"Dia okay. Bolehlah masuk melawat dia." Aku terus masuk ke dalam bilik Ashraf. Ashraf terpinga-pinga melihat aku. "Cik tak salah bilik ke?" tanyanya tiba-tiba. Rindunya dengan suaranya. "Tak. Ini saya Hani, isteri awak. Awak tak kenal?"
"Pardon me? My wife? I'm single. I think you has met the wrong person, lady." katanya. Aku cuba tahan air mataku daripada mengalir. Dia memang tak ingat aku.
Pada masa itu, appa sampai dan masuk ke dalam bilik. "Appa! Omma eodi-ya?" tanya Ashraf. "Omma-neun .." jawab appa teragak-agak. "Why appa? Where is omma? She didn't want to visit me?" suara Ashraf, merundum. "Your omma already passed away, Ashraf. Now, you have this beautiful lady who is your wife for few months now." Ashraf terkejut dengan perkhabaran itu. Oh my god, I think he's gonna to cry again.
Tapi, kali ini dia tidak menangis. Aikk?
"My wife, appa? When did I married??" Aku terus keluar daripada bilik itu dan terus pergi ke tandas. Aku menangis sepuas-puasnya di dalam tandas. Dia ingat orang lain, bukan aku. Itulah kau Hani, kau tak hargai dia masa dia dah sayangkan kau, sekarang ni dah jadi macam ni, baru nak terhegeh-hegeh.
Takpe, kau kan kuat? Kau mesti boleh hadapi ni semua. Aku ingat pesan Along, Allah nak duga aku sebab Allah sayangkan aku. Aku yakin itu.
Aku menyapu air mataku dan membersihkan mukaku lalu aku masuk ke dalam bilik itu kembali. Ashraf sedang mengelamun. Mungkin pasal omma. Appa pula menenangkannya lalu mengajak aku keluar. "Hani, cubalah cakap dengan dia. Mana tahu ada yang dia boleh ingat?" Aku hanya mengangguk. Aku masuk semula kali ini dengan bacaan basmallah lagi.
"Hai." kataku. Dia hanya memandangku dengan pandangan kosong sahaja. Aku cuba untuk sabar. "Saya nak tengok bukti yang kita ni betul-betul dah kahwin." Perkataan kahwin itu ditekannya. Aku terus mengeluarkan telefonnya yang diberi oleh pihak hospital tadi. Nasiblah telefonnya masih okay.
Aku membuka galeri. Aku pasti dia ada simpan. Aku cari dan cari, akhirnya jumpa. Terus sahaja aku bagi dia telefonnya. Dia sedikit terkejut dengan gambar itu. Apa taknya, gambar yang ada di dalam telefonnya itu semua yang masa dia cium aku di dahi masa akad nikah.
"Oh no. I think this must be other people." Tangannya meluncur laju di atas telefon melihat gambar. "Awak, buat apa saya nak tipu? Saya tak bodohlah nak suruh orang lain cium saya lepastu gambar macam ni. Appa dah cakapkan? Kenapa awak tak percaya dengan appa awak sendiri?" kataku. Memang gilalah aku nak buat benda tidak berfaedah dan mendatangkan dosa macam tu.
"Omma? Sebab apa dia meninggal?" Aku pasti dia sudah tanya appa tadi. Dan dia tanya aku ni sebab dia betul-betul nak pastikan aku ni isteri dia.
"Omma meninggal sebab kanser. Apa lagi yang awak nak tahu?" tanyaku selamba.
"I don't know. I'm just confused right now." Dia meraup mukanya. "Kalau macam tu, take your time. Bila awak discharge nanti, saya tinggal di rumah umi saya. Awak tinggallah di rumah kita tu. Ambillah masa awak secukupnya. Saya takkan kacau awak. Tapi, bila awak dah rasa okay, bagi tahu saya eh? Saya balik dulu." Aku berdiri dan mencium pipinya selamba. Mungkin itu terbaik? Siapa tahu?
"Wait, no. Who gives you permission? No, you will not going anywhere. If you really my wife, stay with me." Ya, itu jawapan yang aku tunggu. Stay with me. Tapi aku malu, sebab aku cium dia tadi. "Doktor kata awak alami amnesia jangka pendek. Tulah awak tak ingat saya." kataku sambil duduk di kerusi sebelah katilnya.
"Awak nak makan tak?" Cubaanku untuk dia selesa dengan aku. Dia hanya mengangguk. Mukanya langsung tiada perasaan.
Aku bagi dia makanan di dalam bungkusan. Aku ingin menyuapnya, tapi dia terlebih dahulu merampas sudu dari tanganku. "Saya bukan budak kecik. Saya hilang ingatan bukan cacat." Aku terus sahaja tergelak. Bukan lucu, tapi terpaksa. "Hahaa, kita tahulah abang sayang hoi, cuma kita nak suapkan je." Terkejut mukanya sekali aku panggil dia abang sayang. Aku pun geli sebenarnya.
Ketika dia makan, aku hanya memandangnya sahaja. Itu menbuatkan dia tidak berasa selesa. Baru sahaja dia buka mata, aku sudah cuba untuk mengingatkannya. "Kenapa awak tengok saya macam tu?" Dahinya berkerut. Dia memang dingin.
"Salah ke nak tengok suami saya sendiri? Saya rindu sebab awak tidur lama sangat." Aku mengelip-ngelipkan mataku. Apalah yang aku buat ni?
"Suka hati awaklah."
Habis sahaja dia makan, dia terus baring dan cuba untuk tidur. Aku perhatikan setiap inci mukanya. Teringat pula bila dia meminta maaf dengan aku. Sekarang ini aku lupa semua yang pernah dia buat dengan aku. Aku akan cuba ingatkan dia, tidak pun hidup dengan dia sampai bila-bila dengan cara apapun, kalau aku terpaksa menggodanya sekalipun, aku akan buat. Why not?
YOU ARE READING
Annyeonghaseyo Husband
RomanceNUR FARHANI BATRISYA merupakan seorang gadis yang sangat ceria. Dia bekerja di sebuah syarikat dan memegang jawatan sebagai setiausaha kepada duta dari Korea yang merangkap kepada pemilik syarikat tersebut. Dia dalam diam menaruh hati kepada seorang...