Whatever or wherever you do always remember, that family must come first before anything else. The blessings are important in doing things.
——————————————
Keesokan paginya, aku langsung tidak tidur selepas subuh. Aku siapkan sarapan untuk Ashraf kerana hari ini dia mula bekerja.
Aku sanggup jadi suri rumah sepenuh masa untuk dia. Asalkan makan minum dia terjaga, aku sanggup. Pasal nafkah zahir dia mampu menanggung aku. Lagipun masih aku yang ditanggungnya. Belum ada our junior.
"Hani, awalnya awak bangun." Dia turun ke bawah dengan memakai baju kemejanya dan baju kotnya berada di tangannya. "Ya, saya takut kelam kabut nak siapkan sarapan. Tadi lepas subuh, saya langsung tak tidur." Dia duduk di kerusi meja makan. Aku menuang kopi ke dalam cawannya. "Alaa, kenapa awak tak bagi tahu saya?" Aku hairan. Kenapa pula?
"Apasal pula?"
"Kalau awak bagi tahu saya, dapatlah saya cuddle dengan awak supaya ada semangat sikit nanti nak balik kerja." Terus sahaja aku mencubit lengannya. "Gatal eh?" Dia menyapu lengannya yang tadi aku cubit.
Aku duduk di sebelahnya untuk bersarapan. "Awak sinilah." panggilnya. Aku dah dekat dengan dia ni pun, nak panggil aku lagi. "Apa? Kenapa?" tanyaku. Dia menarik tanganku dan aku berdiri lalu pergi ke tempatnya.
"Kenapa ni?" tanyaku lagi. Terus sahaja dia menarikku duduk di atas ribanya. "Ish awak ni. Saya belum mandi la. Nanti awak busuk." Aku cuba bangun dari atas ribanya. "Awak tak busuk la. Awak selalu wangi." Dia mencium leherku. "Awak, sarapanlah. Janganlah macam ni. Nanti awak tak pergi kerja."
"Saya nak 'sarapan' awak la. Boleh tak?" Ya Allah, mengadanya dia ni. Ashraf Lee Han Bin yang dingin sebenarnya orang yang tersangatlah romantik dan sweet. Dan gatal.
"Oh awak nak sarapan saya eh? Ni dia." Aku memukul lembut dadanya lalu aku bangun dari atas ribanya. Kalau aku ikutkan kehendaknya, memang dia cuti lagi la hari ini.
"Awak ni, orang nak manja sikit pun tak boleh." Dia menarik muka. "Eleh nak merajuk la tu. Kita tak nak pujuk la." Aku makan roti di atas pingganku. Sempat lagi aku menjeling dia."Okay la macam tu. Saya nak pergi kerja dulu." Alamak, merajuk betullah. Dia berdiri dari tempat duduknya. "Alaa, awak.. Saya main-main je la. Alolo, bucuk bucuk." Dia tergelak. "Apa la awak ni. Comellah awak ni. Okay, saya tak merajuklah." Dia kembali duduk di kerusinya tadi.
"Awak, tolong pasangkan tali leher ni. Boleh tak?" Dia menghulurkan tali lehernya. Hmm, hilang ingatan betul dia ni. Aku mengambil tali leher dari tangannya. Aku lilitkan tali leher tersebut seperti yang dia minta. Tangannya pula melingkar di pinggangku.
"Apasal awak tengok saya macam tu?" soalku seperti tidak puas hati. Bukan aku tidak suka dia pandang aku, tapi pandangannya itu tepat terus ke dalam mataku walaupun kami tidak bertentangan mata.
"Salah ke?"
"Taklah. Awak pandang saya macam nak makan saya je. Takut saya dibuatnya." Aku menepuk dadanya setelah selesai melilitkan tali lehernya. "Memang pun, tapi tak jadi. Nanti saya tak jadi pergi kerja pula kalau saya makan awak." Terbuntang mataku dibuatnya. Apalah guna inuendo awal pagi macam ni. Bagi aku la.
****
Petang itu aku pergi ke rumah umi. Kebetulan Along dan Angah ada di rumah umi jadi alang-alang aku ingin lepaskan rindu dengan mereka.
"Assalamualaikum.." laungku dari luar rumah. Terus sahaja kak Alina, isteri Angah keluar dari rumah. "Waalaikumsalam. Hani! Rindunya kat Hani!" Terus saja kak Alina memelukku. "Hani pun rindu kak Lin jugak."
"Maksu!" panggil Shira. Terus sahaja dia memelukku walaupun dia paras pinggangku sahaja. Aku tunduk untuk memeluk dan mencium pipinya. "Rindu maksu tak?" Aku menggomol pipinya. Putih seperti kak Sara.
"Of cos laa." Tergelak aku dan Kak Lin dibuatnya. Apalah of cos. "Of course la. Bukan of cos." Dia tersengih kambing sambil menggaru kepalanya.
Kami bertiga masuk ke dalam rumah. Terus saja aku peluk abah. Lama tak jumpa dengan abah. Lagipun abah sekarang kurang sihat sebab dia ada tekanan darah tinggi.
Ting!
From: Ashraf 😋
Time: 2.30 p.m
Wassalam. Okay sweetie honey. Sorry lambat reply banyak sangat kerja😰😟😟.
See u tonight. 사랑해..😗😙😍Hmm, baru nak balas. Aku mesej tadi sebab nak minta izin tapi aku dah sampai dia baru balas. Biarlah, dia dah izinkan pun.
To: Ashraf😋
Time: 2.32 p.m
It's okay. Sy dah smpai rumah umi dah pun. But, okay, see u. 나도 .."Eyy, takkan baru pisah kejap pun dah rindu?" usik Angah. Terkejut aku dibuatnya. Terus sahaja aku tepuk pahanya. Along dan Angah sayang dekat aku sebab aku satu-satunya anak perempuan yang paling manja dengan diorang.
"Mana ada. Aku cuma bagi tahu yang aku pergi sini. Aku minta izin, bukan begitu abangku Farid Nazim?" Aku membuat muka comel depan muka Angah. Terus sahaja Angah mencubit kedua-dua pipiku. Aku mengaduh kesakitan.
"Wahai kandaku Firash Nazmi, lihat lelaki ini, berani-beraninya dia mencubit pipi adiknda." Terus sahaja mereka tergelak kerana aku mengelarkan diriku sendiri adiknda, sembarang je mengelar nama sendiri. Adiknda? Ada ke? Mengarut je.
"Mengada je kau Hani." kata Angah. Dia mencubit lagi pipiku. Aduh. "Eleh, mengada pun dengan Angah dan Along je." Aku muncungkan bibirku. "Dah jom makan, umi dah masak tu. Kalau Hani layankan abang-abang Hani tu, memang tak habislah jejak kasih tu." tegur Kak Sara yang sedang mengandung 3 bulan sekarang ini.
Kami bertiga berdiri lalu bersama-sama pergi ke meja makan. Aku pautkan lenganku di lengan Along, "Subur kau eh Along." Terus Along mencubit pipiku. Ish diorang ni, takde tempat lain ke nak cubit? Asyik pipi aku je ni.
"Hani bila lagi? Umi ada cerita tau pasal butang baju Hani hari tu. Wow, what a cuddling husband you have, huh, my little sister? Even in the morning? Even me do it in the night only." Ya Allah, abang aku ke ni? Apa la umi ni. Itu pun nak cerita dengan Along ke?
"Ish apalah Along ni. Apa rahsia Along?" Aku sengaja. Angah tiba-tiba memaut lenganku yang sebelah pula. "Rahsia apa hah? Aku pun nak dengar jugak." Terus aku memukul lembut tangan Angah. "Menyibuk je kambing ni." kataku. And again my cheek become his target.
"Hani, suruhlah Ashraf singgah sini makan malam. Dah alang-alang kamu kat sini." kata umi tiba-tiba. Aku menyapu pipiku yang dicubit. "Okay."
"Hubby, datanglah sini. Anja tunggu tau." Angah mengejek dengan mengajuk nada suara perempuan gedik. "Eii, mengadanya kau Ngah. Kak Lin tengok Angah ni, mengada sangat. Kerjakan dia." Aku cubit pinggang Angah. "Ehh, kamu berdua ni. Dah jadi suami dengan isteri orang pun masih nak bergaduh macam budak-budak lagi ke?" marah umi. Terus sahaja kami berdua diam.
To: Ashraf 😋
Time: 2.50 p.m
Awak, dtg rumah umi lepas balik kerja. Umi ajak makan sini. And it is fortunate, coz I'm lazy to cook.Kami mula menjamu selera. Aku letakkan ikan masak lemak pedas di dalam piringku. Hmm, umi memang sayang aku. Baru sahaja ingin menyuap nasi ke dalam mulutku, notifikasi telefonku pula berbunyi.
From: Ashraf😋
Time:2.51 p.m
Okay darl. Can I have u for supper? 😊😘😌😌Tersengih-sengih aku membaca mesejnya itu. Gatal betul dia ni.
To: Ashraf 😋
Time: 2.51 p.m
Eiyyy, mwoya.. Dahla .. nnti kita jumpa.. Sy nak makan.. See u later hun ..Aku letakkan telefonku di tepi dan mula menjamu selera. Rindu untuk makan bersama keluarga seperti ini. Rindu nak bermanja dengan Along dan Angah. Nasiblah kakak-kakak ipar aku tak jeles dan mereka memang faham perangai aku macam mana. Dan mereka juga jadi tempat aku bermanja. Gedik kan aku? Haha.
⛄⛄❄❄❄
YOU ARE READING
Annyeonghaseyo Husband
RomanceNUR FARHANI BATRISYA merupakan seorang gadis yang sangat ceria. Dia bekerja di sebuah syarikat dan memegang jawatan sebagai setiausaha kepada duta dari Korea yang merangkap kepada pemilik syarikat tersebut. Dia dalam diam menaruh hati kepada seorang...