Beberapa hari sudah aku menetap disini. Malam ini aku membantu omma di dapur. Kebanyakan masa aku hanya menjadi cctv. Aku hendak membantu tapi aku langsung tidak tahu tentang masakan Korea.
Setelah beberapa minit kemudian, semuanya sudah siap. Aku dapat juga menolong walaupun hanya tolong menghidang. "Hani, can you call Han Bin upstairs?" kata omma sambil meletakkan pinggan di atas meja. Aku mengangguk lalu aku naik ke atas.
Mana bilik dia ek? Walaupun tinggal di sini sudah beberapa hari, aku hanya tahu bilikku dengan bilik omma. Aku terus sahaja berjalan mencari bilik. Tapi ada satu bilik yang pintunya terbuka sedikit. Aku perlahan-lahan masuk ke dalam bilik itu. Rasa ingin tahuku terus sahaja membuak.
Wah! Kemasnya bilik ni! Bilik omma yang lain ke ni? Tapi kenapa feel bilik ni macam bilik lelaki? "Hoi. Apa kau buat hah?" Terkejut aku terdengar suara encik Lee di belakangku. "Hah? Ti.. tiada. Om.. omma su.. suruh sa.. saya panggil awak." Kenapa aku boleh gagap pula ni? Terasa membahang pula mukaku melihat encik Lee yang hanya bertuala paras pinggang. Jantungku pula bagaikan orang baru habis dikejar hantu.
"Betul ke? Ke kau mengintip aku?" Dia tundukkan sedikit badannya supaya tingginya sama dengan ketinggianku. Mataku pula aku lilaukan ke tempat lain. Malu dengan keadaannya sekarang. "Apalah encik- eh awak ni?! Omma suruh saya panggil awaklah! Cepatlah turun." Belum sempat aku keluar daripada bilik itu, dia terlebih dahulu menutup pintu bilik itu. Aku pula bagaikan orang gila kerana terlalu menggelabah.
"En.. encik nak buat apa ni?" Dia mengepung badanku di pintu. Haruman shower cream nya masuk ke dalam hidungku. Matanya pula merenung ke arahku. Jantungku pula bagaikan mahu tercabut.
"I like when you call my mother omma. Seems to be sweet for me." katanya yang agak.. romantik, mungkin? Hesy! Gilalah kau Hani!
Mata kami bertentangan buat seketika. Kenapa ada aura lain dalam matanya? Mukanya semakin lama, semakin rapat denganku. Kepalanya mula disengetkan dan matanya mula terpejam. Dia nak cium aku ke? Arghh! Tidak!
Pukk!
Aku terus menumbuk tepi mulutnya. Dia terus sahaja berdiri tegak sambil memegang pipinya. "Kau buat apa ni?!" tanyanya bodoh. "Kau tanya aku?! Kau tu yang nak buat apa?" Habis hilang rasa hormatku dengan dia. Mahu sahaja aku menumbuk lagi pipinya.
Aku membuka pintu bilik itu dan ternampak omma sedang berdiri di luar. Mungkin dia terdengar suara kami. "Omma?" tanyaku. Terkedu aku dibuatnya bila omma ternampak aku keluar dari bilik Han Bin dan dia juga ternampak Han Bin yang memakai tuala separas pinggang.
Aku terus sahaja memeluk omma supaya omma tidak menyangka apa yang difikirkan. "Omma, mianhae. I've punched him." Bagai mahu pecah benteng air mataku kini. Aku mahu cakap yang dia tu mahu buat benda tak senonoh, tapi aku fikir nanti pasti mereka akan bergaduh.
"Waeyo? Niga ssaum-iya?" 'Kenapa? Kamu bergaduhkah?' tanyanya. Mungkin omma hanya terdengar suara kuat tetapi tidak mendengar apa yang dicakapkan. Fuhh..
"Aniyo omma. Gwenchana.. bla bla bla." Aniyo omma? Aku paham. Gwenchana hmm hmm hmm aku paham dan aku tak paham. Mereka berbual dalam bahasa Korea dan aku tak faham langsung.
"Hani, jum." Sungguh comel omma berbahasa melayu walaupun perkataan pendek. Dia mengajakku dan Encik Lee turun untuk makan. Aku hanya bercakap dengan omma sahaja. Encik Lee? Mukanya pun aku tidak pandang.
🎶 What if, what if we run away?
What if, what if we left today?🎶Telefonku berdering di atas meja. Siapa pula call aku yang ada di Korea ni?
Fauzan
Eh? Apa mimpi dia tiba-tiba telefon aku ni? Angkat jelah.
Aku meminta diri dari omma lalu aku keluar ke halaman belakang rumah yang mempunyai kolam renang. Wuu, sejuk gila.'Assalamualaikum Hani.'
'Waalaikumsalam Fauzan. Ada apa telefon saya ni?'
'Dah lama saya tak nampak awak. Awak pergi mana?'
'Saya temankan Encik Lee pergi Korea ni hah. Saya sangka awak tak nak cari saya dah.'
'Siapa kata saya tak cari? Saya tengah cari awakla ni. Dan saya pun dah jumpa. Awak okay kat sana?' -Alahai, lembutnya suara. Ini yang buat aku jatuh hati ni.
'Hah? Alhamdulillah okay. Wah, care juga awak kat saya.'
'Mestilah. You're my girlfriend anyway.' -Gf? Aku tak salah dengar ke ni? Ke girlfriend kawan perempuan? Ke girlfriend girlfriend?
'Hah? Ada-ada jelah awak ni Fauzan. Kekasih awak tak marah ke awak berbual dengan saya ni? Nanti dia cari saya?'
'Apa pula. Saya tengah berbual dengan dialah ni.' -Tolong selamatkan aku dari kecairan badan ini! Dahlah aku crush kat kau, kau boleh buat macam ni lagi? Ceh, crush.
'Awak ni. Betul-betullah. Saya serius ni. Saya tak nak cari pasal dengan orang tau tak?'
'Betullah. Lagipun awak belum ada yang punya kan?'
'Hmm. Siapalah yang nak kat saya ni? Muka pun tak cantik. Orang susah pula tu.'
'Siapa kata tak nak? Hmm, Hani, saya nak jumpa umi dengan abah awak boleh?' -Jumpa umi dengan abah? Dia nak meminang aku ke? Arghh!
'Eh? Buat apa jumpa umi dengan abah saya? Saya ada salah ke?' tanyaku risau. Terdengar ketawa halus Fauzan di corong telefon. Hai pengubat hati..
'Salah besar sangat. Sampai tak boleh nak maafkan.' -Eleh, nak buat pickup line lahtu.
'Hah? Salah apa?'
'Salah awak sebab awak dah curi hati saya ni. Sampai sekarang saya tak boleh dapat balik.' -Cia cia cia. Kan betul..
'Ada-ada jelah awak ni Fauzan.'
'So? Boleh ke tak?'
'Boleh tu boleh. Tapi apa hal sebenarnya ni?'
'Tak payahlah awak nak tahu. Nanti awak tahu juga dari umi awak. Betul ni boleh?' -Ish dia ni tak paham ke aku cakap boleh?
'Bolehlah. Pergi je. Lagipun awak tahu rumah saya jugakan?'
'Tahu. Thanks Hani! Okaylah, itu je saya nak tanya awak. Goodnight. Have a nice dream of me. Bye assalamualaikum.'
-Nice dream of you konon.'You're welcome. Bye waalaikumsalam.'
Panggilan dimatikan. Kenapa dia nak jumpa umi dengan abah ek? Ke betul dia nak ... ?
Kalau betul, apa salahnya? Haha.Ketika aku ingin berpusing ke belakang untuk masuk ke dalam rumah, mamat mangkuk ni sudah terpacak di hadapanku. "Siapa tu?" tanyanya. "None of your business." Aku cuba masuk ke dalam rumah tetapi dihalangnya.
"Fauzan? Dia nak buat apa jumpa umi dengan abah kau?" tanyanya lagi. Sibuk je. "Manalah saya tahu. Dia nak jumpa je." Aku berpeluk tubuh lalu aku melilaukan mataku ke tempat lain. Keadaan hening seketika. "Look, I'm sorry. I didn't mean to do that to you just now." Suaranya sedikit merundum. "Saya menyesal ikut encik pergi sini. Saya dah agak memang akan jadi benda macam ni, tulah saya tak nak ikut sangat. Awak boleh pula racun fikiran umi dengan abah saya supaya saya ikut awak." Ah, panasnya aku! Sampai panggilan kepadanya pun tersasul-sasul.
Aku cuba masuk ke dalam rumah tapi dia terlebih dahulu menutup pintu slide(?) itu dan menghalangku daripada masuk. "Please lah Encik Lee. Saya nak masuk. Nanti apa, omma sangka lain pula kita berdua lagi di luar ni." Aku bercakap tanpa memandangnya. "No Hani. Please, I'm really sorry."
Aku hanya berdiam diri. Entahlah. Macam susah sangat hati ni nak maafkan dia. Walaupun dia baru buat macam tu, tapi aku rasa dia dah buat salah besar dengan aku.
"Please, I'm begging you. I'm really, really sorry. Jeongmal mianhae."
YOU ARE READING
Annyeonghaseyo Husband
RomanceNUR FARHANI BATRISYA merupakan seorang gadis yang sangat ceria. Dia bekerja di sebuah syarikat dan memegang jawatan sebagai setiausaha kepada duta dari Korea yang merangkap kepada pemilik syarikat tersebut. Dia dalam diam menaruh hati kepada seorang...