S E M B I L A N

1K 30 2
                                    

Usai sahaja menunaikan solat maghrib, terus sahaja aku bersiap lalu pergi ke tempat aku ingin pergi.

Ketika aku menuruni tangga, encik Lee sedang berbual dengan umi dan abah. Sakitnya hati bila tengok muka dia. "Hani nak pergi mana?" tanya umi setelah perasan aku sedang turun. "Nak keluar kejap." Aku terus sahaja keluar dari rumah. Ah, sudah. Keretaku masih di pejabat. Baru aku ingat yang aku pergi sini Ashraf yang bawa.

"Hani, awak nak pergi mana? Saya hantarkan?" Aku pandang mukanya dengan pandangan tidak puas hati. "None of your business." Aku berdiri di luar pagar, kot-kot ada teksi. "Your business is mine now." Terbuntang mataku dengan percakapannya itu.

"Kau ni apahal hah? Tolong sikit ya Ashraf Lee, kita tiada hubungan langsung pun. Tiada. None. Faham?" Ada teksi yang sedang menuju ke arahku. Thanks God!  "Hani, please. Don't do this to me." katanya yang seperti merayu. Orang macam ni boleh merayu?

"Don't do what?! Kau tu yang tak sepatutnya buat macam ni dekat aku!" Aku tahan teksi dan terus sahaja aku masuk ke dalam teksi tersebut. Di dalam teksi, air mataku mengalir dengan lebat sekali. "Kenapa cik? Ada masalah besar ke?" tanya pakcik pemandu itu dengan lembut. "Hah? Takdelah pakcik." Aku lemparkan senyuman. "Kamu nak kahwin dengan dia tu ke?" Eh? Tau-tau je pakcik ni aku ada masalah macam tu. "Saya tak nak pakcik. Saya tak kenal pun siapa dia tu. Yang sekarang ni pun, saya bingung macam mana saya nak bagi tahu orang yang sudah susah payah nakkan saya. Dia dah buat macam-macam cara, tapi lelaki tu pula boleh hantar rombongan meminang tanpa saya tahu pun. Ya Allah.." Aku luahkan semua isi hatiku kepada pakcik tersebut.

"Sabarlah nak. Mungkin kamu bukan jodoh dia. Mungkin jodoh dia orang lain. Yang penting sekarang ni, fikirkan itu semua atas kekuasaan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Siapa tahu Allah aturkan hidup anak macam ni, nanti jadi bahagia? Siapa tahu?" kata pakcik itu sedikit menenangkan rasa hati aku.

Sembang punya sembang akhirnya sampai ke tempat aku ingin pergi. "Terima kasih pakcik. Maaflah sebab saya meluah tadi. Pakcik boleh tunggu sekejapkan?" Aku menyerahkan not 50 ringgit kepada pakcik tersebut. "Takpe, boleh, bincang dengan dia tu elok-elok. In shaa Allah dipermudahkan." Aku turun dari teksi tersebut dengan hati yang berdebar-debar.

Aku terus sahaja berjalan masuk ke dalam kafe tersebut dan ternampak Fauzan sedang menungguku. Apabila dia terlihat aku, terus sahaja wajahnya bertukar ceria. Cerianya itu pasti hilang apabila aku ceritakan semuanya kepada dia. "Assalamualaikum Fauzan." Aku duduk di hadapannya. Gementarnya! "Waalaikumsalam, Hani. Ada apa awak nak jumpa saya ni?" tanyanya. Dia kemudian memanggil pelayan untuk memesan minuman untukku.

"Ada benda penting saya nak bagi tahu awak ni." Aku membuat mukadimah lagi sebelum aku bercakap perkara yang sebenar. Mukanya berubah seperti ingin tahu. "Kejap, sebelum tu. Kenapa dengan encik Lee tu tadi?" tanyanya pula. Eih.. Aku sangka dia dah lupa.

"Itulah yang saya nak cakap ni."

"Sebenarnya, encik Lee..." Aku menggigit bawah bibirku. Sungguh aku takut dengan responnya itu nanti. "Sebenarnya, saya dah.." Makin kuat pula aku menggigit bibir. "Kenapa Hani? Ada apa hal ni? Tell me. You make me worry." Ya Allah, berdosanya aku sakitkan hati dia ni. Sungguh prihatin dengan aku. "Sebenarnya, saya dah dipinang oleh encik Lee." Dia terkejut dengan pernyataanku itu. "Sebenarnya salah saya juga sebab saya tak setuju awal-awal dengan awak. Saya tak nak, Fauzan! Saya tak nak! Bila saya nak tolak, saya tengok umi dengan abah saya bahagia sangat. Saya tak sanggup lukakan hati diorang. Forgive me, please?" Aku menunduklan kepalaku dan bermain-main dengan jariku di bawah meja.

"You're joking right Hani?" Dia menyandarkan badannya ke kerusi. Dia lilaukan pandangannya mungkin kerana dia tidak percayakan pernyataanku. "Maaf, tapi itu  betul Fauzan. Buat apa saya nak main-main dengan masa depan saya sendiri?" Kini aku semakin serius dengan pernyataanku. "Hani, saya tak tahu nak cakap apa dengan awak. Saya sayang awak sangat-sangat Hani. Kenapa boleh jadi macam ni?" Sungguh dia tidak percaya. Saya pun sayang awak juga. Ya Allah, kesiannya dia.

"Saya minta maaf, maaf, maaf, maaf, sangat-sangat. Sebenarnya, saya pun sayang awak juga. Tapi nak buat macam mana? Saya betul-betul bingung sekarang." Kami diam seketika. Dia kemudiannya membetulkan duduknya lalu menghela nafas panjang. Kemudian dia tersenyum. Eh? Dia suka ke?

"Takpelah Hani. Saya nak buat macam mana kan? Saya tak boleh juga nak halang lagi pun umi dengan abah awak dah setuju kan? But, we still can be friend right?" jawabnya lembut. Kenapalah tak dia je yang jadi suami aku? Mungkin aku bukan orang yang sesuai untuk dia sebab dia terlalu baik untuk aku. "Boleh! Boleh sangat-sangat. Dan maaf buat kesekian kalinya Fauzan, sungguh saya tak sangka jadi macam ini." Aku tidak berani mengangkat mukaku untuk memandangnya. "Tengok saya Hani." Aku terus sahaja mengangkat kepalaku untuk memandangnya.

"Look, saya maafkan awak okay? Dah lap air mata awak tu. Tak nak tengok awak sedih-sedih. Saya jadi kawan awak ni pun nanti ikut sedih. Nanti kita nangis sama-sama hairanlah orang." Aku hanya menangis sahaja dari tadi. Aku juga sedikit tercuit dengan lawak hambar yang dibuatnya. Dia dah mengaku dirinya sendiri jadi kawan aku. Kenapa ada orang sebaik ini?

Aku lap air mataku dan cuba ketawa. "Thanks Fauzan. Thanks for everything. Terima kasih sebab jadi kawan dengan orang yang jahat macam saya ni." Dia hanya tersenyum. "Boleh kita keluar hujung minggu ni? Spend time together before you become man's wife. Boleh?" Aku terus sahaja mengangguk. Mungkin itu boleh legakan hatinya sedikit, yang penting dia tidak marah sudahlah. Berdosa pula aku sebab bagi dia wrong first impression.

Haihlah Hani.. kenapa hidup kau boleh jadi macam ini sejak jumpa dengan mangkuk Korea tu? Argh!!

Annyeonghaseyo HusbandWhere stories live. Discover now